Thursday, December 22, 2005
Kesihatan
Dalam seminggu, boleh kata kerap juga kepala ini dilanda sakit kepala. Kalau sikit, boleh jugak digagahkan untuk bergerak, tetapi ni satu penyakit yang buat kita terduduk dan tersandar. Kepala yang sakit ini bagaikan diikat dengan besi, kemudian besi itu diketatkan. Lagaknya seperti satu drama cina di tv, kisah pengembaraan ke barat oleh seorang sami bersama pengikut2 nya yang mana salah satunya adalah seekor beruk yg nakal; dan bila dia melakukan kesalahan besar, si sami akan membacakan mantera menybabkan satu objek dikepalanya yang seperti gelang itu akan mengecut dan mengikat kepalanya. Emh... seperti itulah kot rasanya setiap kali serangan sakit kepala itu berlaku. Akibatnya entah berapa banyak balm dan ubat tigerbalm tu dilumurkan dikepala. Dan jarang2 pulak dia baik dengan segera. Maka akan berlalulah satu lagi hari tanpa banyak perkara dapat dilakukan.
Perut pun sepakat, kalau hari ini kepala elok, maka dia akan memulakan episode kesakitannya. Bagaikan ada angin bergelodak didalam. Beberapa kali sudah berjumpa dengan encik tandas, tetapi penantian hanyalah seperti menunggu durian yang tidak gugur. Duduklah berapa lama, tetapi tiada apapun hasilnya.Dan sekali lagi tigerbalm akan disapu di perut, dan bergolek lagi dikatil.
Mungkin akibat tidak bersenam, badan semakin lama semakin berisi.perut semakin lama semakin ke depan. Bukanlah tak ada masa langsung, tetapi keazaman pun sangat rendah. Sekarang ni kaki pulak luka, menyebabkan kalau nak pakai kasut, kenalah tampal plaster. Pulak tu, luka tu semakin hari semakin besar, dan luas permukaannya semakin bertambah.huh, satu lagi alasan kenapa tak boleh nak pakai kasut sport dan kemudian berlari.
Apa akhirnya kepada episode kesihatan yang semakin terjejas ni? Umur baru masuk 26, tetapi badan semakin rendah daya kuat nya. Mesti lakukan sesuatu, dan hari ini sekurang-kurangnya telah lakukan sesuatu: menyedari yang sesuatu perlu dilakukan.
Monday, December 19, 2005
Selepas balik dari Ipoh
Tetapi hari ini, tidak mungkin lari daripada perasaan gundah dalam hati setelah pulang sebentar ke Ipoh. Sesuatu yang mak katakan, walaupun tiada respon automatik daripada saya setelah emak melontarkan kata2nya, tetapi sepanjang perjalanan pulang ke Bangi siang tadi, kata2 emak seolah2 satu rakaman mp3 yang diulang berkali2 ke telinga.
Emak (atau apa sahaja panggilan anda: ummi,ibu,mummy etc) adalah insan yang istimewa dalam hidup. sebenarnya frasa "emak" itu bukan hanya merujuk kepada emak sendiri, tetapi generally kepada semua emak didunia ini. kalaupun ada pengececualian kepada keistimewaan itu, mungkin kepada emak2 yang membuang anak mereka ke dalam tong sampah/tandas/masjid/rumah orang dan lain2tempat . tetapi saya fikir, mereka ini adalah golongan terdesak, yang kadang2 keadaan memaksa mereka melakukan kezaliman yang akan menyebabkan mereka (sepatutnya) sesal di kemudian hari.
Sebenarnya, tak kiralah emak siapa, mereka adalah seseorang yang menyumbang besar kepada kehidupan anaknya. Secara genetik, 50% DNA anak itu adalah kepunyaan, diwarisi daripada emak. Dan menjadikan emak itu lebih istimewa apabila bendalir badannya, susu yang diminum oleh anaknya ketika bayi, menjadikan insan ini terlalu istimewa. Teringat satu perkara yang berlaku kira2 3 tahun dahulu, semasa saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dalam sebuah perhubungan, orang pertama yang saya hubungi untuk memaklumkan perkara itu adalah ibu kepada bekas kekasih saya itu. mohon dimaafkan segala silap salah, dihalalkan makan minum dan mohon dia memahami. pada waktu itu, saya juga memohon untuk dia tidak perlu menyampaikan kepada kekasih saya itu tentang keputusan itu, tetapi disudut hati, saya tahu dia akan "menolong" saya menyampaikannya. Secara tidak langsung. Dan telahan itu benar. Dia diberitahu oleh emaknya..katanya saya tak patut menyuruh emaknya merahsiakan perkara itu daripadanya. Tetapi, pada fikiran saya emak adalah insan yang dihormati, dan kerana hormatlah saya lakukan begitu dan kemudian berakhirlah kisah itu (walaupun bukan begitu sahaja...).
Tetapi, hari ini, bukan cerita itu yang mengetuk jiwa. Cuma tengahari tadi, mak saya berkata2 tentang akhirnya dia akan tinggal seorang di rumah. Sekarang, lepas SPM ni, adik saya Ayen mengikut Nini ke KL. Nak cari kerja katanya. Nana, nak ke Kuala Kangsar, juga mencari kerja sementara selepas habis pengajian sijilnya, Chai pun sedang mencari peluang kerja. Mak kata, Chai takder masalah nak dapat kerja, dah banyak temuduga yang dilaluinya. dan Aboy, entah..kalau dia mahu sambung belajar, mungkin dia akan ke asrama teknik. kalau pun dia tak sambung belajar, dia bukan lah akan duduk selalu dirumah. Oleh itu, mak akhirnya akan tinggal seorang dirumah. mak kata mak akan sunyi.
Perkataan sunyi itulah yang menyentuh hati. Mak ada meminta ayah pulang ke semenanjung, tetapi kata ayah, tempat kerja masih belum ada pengganti. tak boleh nak berhenti lagi walaupun kata ayah, dia pun dah tak larat kerja macam ni, berulang alik semenanjung-sarawak. Sebenarnya saya tak pernah terfikir, mak yang punya 8 orang anak akan sunyi juga akhirnya. Dan semasa meninggalkan rumah tadi, memang tinggal mak seorang dirumah. terasa sangat sayu. Sengaja di panjang2 masa duduk dirumah, walaupun pagi tadi sepatutnya sudah bergerak pulang ke KL.
Dalam memberi salam semasa meninggalkan rumah tadi, ada sebak di hati.
Mak akan sunyi nanti...
apalah yang boleh dilakukan oleh seorang anak ini?
Sunday, December 18, 2005
Semalam masa baca KOSMO, ada satu artikel yang berkaitan dengan filem baru Cip KODOK (Afdlin Shauki).. So enjoy lah keratan artikel ini-
Baik Punya Cilok - Lu Cilok Gua, Gua Cilok Lu
note: taken from KOSMO, segmen Glamorama, 17 Disember 2005.
Saturday, December 17, 2005
Baik Punya Cilok - preview
"Lu cilok gua, gua cilok lu"
Sebuah lagi buah tangan daripada aktor/pengarah/penyanyi/pelawak/penulis lagu/penulis skrip yang cuba mengembalikan senario "buddy movie" seperti waktu kegemilangan filem2 arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Aben (Afdlin), Bob KP (Awie), Wak (AC Mizal) dan Jerry (Hans) adalah watak2 yang memberikan dimensi baru dalam teknik penceritaan dan garapan filem kita. Sesuatu yang berlainan, melalui flashback yang diadakan dengan still photo berbanding filem2 lain yang melakukan flashback dalam bentuk yang seperti biasa kita tonton. Penceritaan juga diselang selikan dengan gaya dikir barat atau bahasa ala berdikir, juga satu sentuhan yang segar dan boleh dibanggakan.
Baik Punya Cilok adalah filem mudah, kelakar dan dekat dengan kebanyakan daripada kita. Mengambil tema dan premis yang juga dekat dengan kita, gaya penceritaan nya yang bersahaja menjadikan Baik Punya Cilok adalah must see movie untuk kita semua. Bukan sekadar kodok2 yang sentiasa menyokong karya seni Afdlin, saya merasakan Baik Punya Cilok adalah filem yang sangat dekat dengan kita, maka adalah wajar kita menontonnya. Mungkin sesetengah daripada kita kurang gemar dengan sesetengah filem Melayu kerana paparan filemnya adalah terlalu berbeza dengan gambaran sebenar kehidupan realiti, tetapi Baik Punya Cilok adalah sebuah filem yang seperti sewaktu rakan karib kita bercerita kepada kita. Segar, jujur, mudah dan bersahaja.
Di filem nanti perhatikan babak2 berikut yang mana bila anda keluar panggung nanti, anda pasti akan ketawa sendiri, atau bila anda bercerita bersama rakan anda, ianya pasti akan menyebabkan anda (dan kawan anda) ketawa dan gembira:
1. Masa Bob KP diperkenalkan kepada penonton, siapa Bob KP, macam mana sikapnya..
2. Sesi latihan stamina yang dikendalikan oleh Bob KP untuk Aben, Wak, Jerry dan Leman (Harun Salim Bachik)
3. "Mana la keledek dan lobak aku ni?" Tengok apa yang berlaku...
4. Leman pergi carik stokin wanita untuk buat cover muka.
Ada lagi beberapa scene, tetapi adalah lebih baik korang semua saksikannya sendiri di pawagam bermula 22hb Disember ini..
Sesi preview Baik Punya Cilok yang berlangsung pada 13 Disember 2005 di GSC Midvalley yang lalu, menemukan saya dengan beberapa kodok yang sesama menyokong perjuangan seni Afdlin aka Cip Kodok (khususnya) dan juga industri filem Malaysia amnya. Terima kasih untuk Anne, daniel, eleen, fiza, amin, ana, lizzam, nana, lynnzul, wan, pye, shidah, nina, wan, dan core. Korang boleh gak klik kat nama2 diorang ni untuk review filem Baik Punya Cilok.
Well..
Good luck untuk Baik Punya Cilok, Well done Cip! Lu cilok 4 bintang dari gua!
nota: "kodok" adalah merujuk kepada penyokong2 Afdlin. maklumat lanjut sila layari blog Afdlin.
Friday, December 02, 2005
Iklan percuma
p/s: saya pun tak beli lagi, tapi review kat surat khabar, banyak bagi komen2 yang baik.
Tuesday, November 29, 2005
Apa yer?
Sesak.
Sedak.
Semak.
hanya satu huruf sahaja yang ditukar dalam perkataan2 diatas. satu huruf ditengah2. sesuatu yang ironi tentang perkataan2 ini adalah, ianya paling jelas untuk menggambarkan perasaan saya diwaktu ini.
nak pegi tengok pantai dan laut, hati mendesak2.
ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. proposal project master,nak baca pasal NDV (Newcastle Disease Virus), nak siapkan laporan semester untuk serahkan pada JPA/USM, hal2 peribadi.
Senak.
Sesak.
Sedak.
Semak.
Huh, itulah yang dirasakan sekarang.
Alhamdulillah.
Note: Selesai sudah majlis perkahwinan adik saya, Nini dan pasangannya Roslan pada 19 November 2005 yang lalu.
Saturday, November 12, 2005
sebuah sajak di satu syawal
Laaillahaillah Allahu Allahu akbar,
Allahu akbar walillahillam.
Takbir raya telah bergema lagi.
Setelah satu tahun ianya pergi.
Sebagai tanda Ramadhan telah dilalui.
Syawal bermula Aidilfitri dirai.
Namun bagi keluarga itu, esok hari adalah hari perit.
tiada lemang,nasi himpit mahupun biskut semperit.
ayah yang dinanti nampaknya tak akan kembali.
abang sulong pula menambah derita dihati.
dalam sayu orang bertakbir dimalam raya.
along, ceti menjerit dipagar rumah.
si abang sulong dah sekali dilepuk didada.
kata kesat semua keluar, tak ada hemah.
malam raya, jatuh air muka ibu.
orang menyerbu mintak duit di langsai malam itu.
nak harap pada suami, dah pasti dia tak balik.
anak pulak, bawak masalah buat perangai pelik.
malam raya dah hilang seri.
berhutangla ibu nak selamatkan anak.
tapi entah anak itu akan insaf nanti?
apakah anak itu akan minta maaf pada si emak?
Thursday, October 06, 2005
2 weeks of hectic and depressed time
duduk hari ini atas kerusi mengadap laptop, ada suatu rasa yang bercampur aduk; antara manis dan kurang manis.
2 minggu yang berlalu memberikan "rojak rasa" yang sehingga ke saat ini belum benar-benar pasti kandungan ingredientnya. Banyak peristiwa yang berlaku dalam 2 minggu ini, dan sedikit sebanyak menyentuh hati dangan rasa yang seronok dan tidak gembira.
Lama sudah tak update kat blogspot nih, sampai Zulviper dah tanya apa yang berlaku, kenapa tak update.. (Timer kasihlah zul eh..).
Satu perkara besar berlaku ialah wedding ayong Zarina...dengan abang Mize. Dipermulaan majlis hinggalah pengakhirannya, dapatlah berpeluang menjadi amateur photographer untuk majlis tu.
sebahagian gambar yang disnap pada hari itu.
kemudian datang lak exam yang berlaku dalam keadaan menyedihkan...
sehingga kehari ini, rupa-rupanya sedih exam tu belum lagi dapat ditangani.
p/s: Kak Yong, nanti saya "bersih"kan gambar dan upload di fotopages.
Wednesday, October 05, 2005
Eid' Mubarak
Amin…
Wednesday, September 07, 2005
My forecast today: 07.09.05
You want things to go your way, but someone you're very close to has different ideas about what should happen next. Talk it over rather than declaring 'my way or the highway.' You might find that you'll end up on the same path that way.
Your mind is on business, but your emotions still matter. Let your feelings show.
In Detail
Kehilangan...
Dalam satu masa yang tidak pernah terjangka, dalam satu keadaan yang tidak pernah terbayang.
Satu ketika dahulu, ketika dia hadir dalam hidupku, mungkin aku kurang menghargainya.
Benarlah kata orang tua, apabila kita telah kehilangan barulah kita menghargai sesuatu itu.
Ketika dia bersamaku dahulu, segalanya nampak mudah, walau kadangkala ada waktunya susah.
Sudah lumrah hidup begitu, adakala kita diatas, dan adakala dibawah.
Namun dia tetap bersamaku senang dan susah.
Masih terngiang suara halusnya..dan suaranya yang kadangkala kuat melalak.
Memanggilku.
Mengingatkanku.
Tanpa jemu.
Sekarang, aku merindui waktu itu.
Dia hadir dalam hidupku kira-kira 4 tahun yang lalu.
4 tahun yang indah.
Dan kini aku kehilangannya.
Hilang sekelip mata, dalam waktu yang tidak terjangka, tidak terbayang.
p/s: Kawan-kawan, handphone hilanglah. Sedih woo.. Semua kengkawan, boleh tak email atau "ym" kan nombor hp korang masing2. nanti kita leh berhubung semula.. OK.
Saturday, September 03, 2005
Kasih
When i said that i love you, i didn't just say it, i engraved it on your heart...
Assalamualaikum Zarina,
Jika mahu diimbas semula, bagaimana dibawah hujan pada hari itu, pada hari saya meluahkan apa yang terbuku dan terpahat didada, dan kembali menitipkannya dalam perkataan, sesungguhnya amatlah sukar untuk saya melakukannya kerana hari yang berlaku itu sungguh istimewa.
Namun, jika boleh saya kembalikan perasaan pada hari itu melalui bait2 perkataan, biarlah saya menyatakan apa yang berlaku pada saya setelah awak meninggalkan kawasan itu. Memerhatikan awak masuk kedalam teksi, saya masih terpaku dan terkasima disitu. Seakan tidak percaya apabila semasa awak pergi, hati ini terasa sayunya. Perasaan yang bercampuran, dan sukar dimengertikan. Dalam hujan itu, saya dapat merasakan hati saya yang mencair kerana kepanasan yang tak terjangka, dan kemudian beku semula dek kesejukan yang tidak terasa. Dalam hujan itu, saya kembali percaya pada sebuah cinta. Kembali menyatakan kepada diri saya, betapa saya perlu teruskan hidup ini seperti yang saya rancangkan. Walaupun saya tidak pernah menyangka, pertemuan antara hati saya dan hati awak berakhir dengan satu penyatuan.
Saya bersyukur dengan pertemuan kita. Saya berterima kasih kerana awak menerima saya. Selepas peristiwa hujan itu, banyak lagi perkara dan peristiwa yang menjadi ingatan kepada awak. Awak akan sentiasa mengingati tarikh itu, dan kemudian tarikh kita bertunang seterusnya tarikh2 istimewa yang lain dan hari2 istimewa yang lain, dan menjadikan hari2 kita sentiasa istimewa. Selain keistimewaan itu, tidak kurang juga sengketa kecil kita, yang kadang kala mengundang rasa hiba dan jauh hati. Saya orang yang ego, Zarina. Saya sentiasa percaya kepada apa yang saya fikirkan betul. Saya fikir, sifat itu jugalah yang menjadi kekuatan dalam diri saya. Sifat itulah yang menjadikan saya seorang yang berpegang kepada prinsip hidup saya, dan saya percaya tentang apa yang saya rasa. Namun, pastilah ada harinya keegoan saya itu bukan berada ditempat yang betul. Saya membuat kesilapan ekoran keegoan saya. Saya mohon awak bertahan dengan saya. Lembutkanlah kerasnya keegoan itu dengan suara lembut awak yang menuturkan kata-kata yang manis. Usah dicampakkan dengan kata-kata kasar kerana ianya hanya akan lebih mengundang duka antara kita. Gunakanlah senyuman manis awak untuk kembali meruntun hati saya yang dipenuhi amarah tika itu.
Saya suka melihat awak tersenyum. Suka melihat dua lesung pipit dipipi montel awak, terutama sekali dipagi hari. Alangkah indahnya hidup saya apabila memulakan hari dengan sebuah senyuman daripada insan yang saya sayangi...
Satu hari nanti, saya ingin membina mahligai hidup saya bersama2 dengan awak. Pastinya kita akan melalui kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duka. Mahukah awak berjanji untuk menempuhi duka dan bahagia bersama? Seperti yang awak tahu, saya tidak punya apa untuk dipersembahkan kepada awak. Saya hanyalah lelaki biasa yang sedang mengejar cita2nya. Semasa dia mengejar apa yang dia percaya, adakalanya bukit sukar, gunung tinggi, lembah curam harus dia jelajahi sebelum dapat meneguk air yang manis dari tasik bermadu. Mahukah awak berjanji untuk sentiasa bertahan dengan lelaki ini?
Zarina,
Telah saya ceritakan tentang impian saya. Tentang keluarga yang ingin saya bina. Tentang teratak yang bakal didiami. Tentang kerjaya. Tentang harapan. Tentang mak. Tentang ayah. Tentang abang, nini, papa, chai, nana, ayen dan aboy. Meskipun ada perkara yang masih tersimpan, sentiasalah percaya pada saya. Kepercayaan awak kepada saya, keterbukaan awak tentang apa yang saya ingin lakukan, sangat bermakna untuk saya. Tidaklah saya ingin melukakan hati lagi. Cukuplah sekali.
Zarina,
Dikesempatan ini juga saya ingin merakam rasa terima kasih saya atas segala yang telah awak lakukan untuk saya. Mungkin tidak selalu saya mengucapkan terima kasih, namun sentiasa saya menghargainya. Jika ada sesuatu yang saya lakukan untuk awak, bukanlah bermakna untuk membalas kembali segala kebaikan awak, cuma sebagai tanda penghargaan saya untuk awak, sebagai ingatan saya untuk awak. Juga dimohonkan maaf atas kekasaran atas sifat saya yang tidak tersedar itu.
Sayang ku Zarina Yang Ahmad...
Semoga kasih ini adalah sesuatu yang terindah pernah terjadi dalam hidupmu...
Ya Allah,hambaMu memohon dipanjangkan jodoh kami sehingga keakhir hayat kami, beroleh kehidupan yang sentiasa dibawah rahmat Mu dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Amin...
Tuesday, August 30, 2005
Afdlin Shauki rocks!
Mingguan Malaysia yang tidak sempat dibaca semalam. Menyelak sikit2 helaian akhbar, tiada apa yang menarik perhatian. Sekadar bacaan sekali lalu, kurang-kurang tahu jugak hi-lite isu2 semasa.
Hinggalah kepada sisipan Pancaindera diruangan yang selalu juga saya baca dihari minggu: Tolong Jawab (oleh Tengku Khalidah) membicarakan tentang tajuk - Afdlin Shauki Dah Hilang Akal.
Membaca patah demi patah perkataan, ayat demi ayat, barulah saya tahu selama ini Afdlin tengah buat satu projek giler tak penah dibuat dek orang: menjual album "Fuyoo" nya melalui "konsep dengar dulu baru bayar". Maksudnya, Afdlin akan hantar CD/kaset kat korang, lepas tu korang dengar lagu2 dia. Kalau suka, puas hati..hantarlah bayaran kat dia mengikut sukahati korang nak bagi berapa. Kata Afdlin, kalau korang rasa nilai album tu 25sen, hah, bagilah 25sen. Tak ke hilang akal namanya tuh.. Tapi kalau korang tak suka, apa yag korang perlu buat, campak je CD tu, atau hancurkan jer. Takleh bagi orang. Reason Afdlin buat cam gitu..?
Afdlin is one good and talented person, yang memang sejak dulu jadi idola saya. Senang citer, setiap tindakan dia adalah tindakan yang dibawa dengan otak dan ilmu. Malah dengan keadaan dia yang agak besar tu, dia sebenarnya mempunyai attitude yang tinggi tentang keyakinan diri. Dia boleh jadi kurus, kalau dia nak. Dan jadi gemuk balik bila dia perlukan. Buktinya, korang tengoklah filem Buli. BYW, sesapa yang tak tahu, Buli menang pengarah terbaik dan aktor filem terbaik (Afdlin lahh, mengalahkan Rosyam Nor dan M.Nasir) dalam Anugerah Skrin baru2 nih. To afdlin: "Serius, you deserved it Bro! Good Luck untuk projek2 akan datang ..."
Kenapa bagi saya Afdlin adalah idola...
Korang kalau baca blog mamat kodok nih (bacalah, korang nanti tahu kenapa saya cakap mamat kodok) http://afdlinshauki.blogspot.com, korang akan dapati nilai2 kejujuran dalam dia berkarya dan jugak nilai individu yang baik. Ahh..susah ah nak puji orang nih.. Tapi meh tengok apa yag saya quote kat blog dia nih:
"Since today is wanita day, i would like to pay much respect an homage to all the women in my life... MY MOM especially, for being my strength and inspiration. My wife Chris, for her friendship, love and devotion, Miasara Shauki, my first child for giving meaning to my life, to Anais Shauki, my second busyuk bacin for teaching me what being a father is all about. "
(this article(partial) and photo of Buli was taken with no permission from afdlin shauki's blog, and used only for promoting purposes)
Dalam hidup ni, berjaya atau masih kurang berjaya, nilai keluarga perlu kuat. Sebab dalam keluarga, bermula dengan entiti suami dan isteri, perlu sentiasa saling sokong menyokong, kemudian bila dah ber+ dengan anak2, hubungan yang dbina atas dasar saling memahami ni akan jadi benda yang buat teguh, buat kuatkan family.
Dalam catatan Afdlin, beberapa kali menyebut pasal isterinya, dan pada malam Anugerah Skrin itu hari, isteri dia yang datang represent dia...
What a lovely couple.
Banyak lagi alasan untuk diri saya kata kenapa Afdlin leh jadik idol.
Tapi takper.. korang lawat Afdlin's blog, dan jangan lupa beli Fuyoo!
p/s: Saya dah hantar email kat selambakodok@gmail.com untuk tempah satu CD Fuyoo!!!. Harap leh dapat cepat.
Monday, August 29, 2005
Kemerdekaan dan Malam Puisi Merdeka, Putrajaya
31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 2005.
Sudah 48 tahun lamanya kita merdeka. Setiap tahun, pada masa tersebut, kita akan melaungkan perkataan keramat ini, yang menaikkan setiap bulu roma kita setiap kali ianya diucap kuat.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Di setiap pelusuk tanah air, pasti ada sekurang-kurangnya satu bendera yang terpacak. Baguslah, jika ianya dipacak atas nama semangat kemerdekaan, tetapi malanglah jika ianya terpacak kerana, alah..barang free, letak je lah. Di atas kenderaan, sama ada bendera kecil yang dilekatkan atau bendera besar yang membalut tubuh kenderaan, sangat menaikkan perasaan patriotik kemerdekaan. Baguslah jika ianya kerana gembira dan bangga tentang negara, namun malanglah andai kata bendera yang terpacak itu, sekadar memenuhi arahan tanpa niat ikhlas kerana negara. Lebih-lebih lagi apabila bendera itu rupa-rupanya edaran di pejabat, yang mana semua orang, tak kiralah yang punya kenderaan atau pun berjalan kaki, atau menggunakan LRT semua orang mendapatnya. Dalam pada itu, dalam kebanggaan melihat bendera berkibar megah diatas kenderaan, perasaan sedikit terguris bila melihat tidak sedikit juga bendera yang jatuh diatas jalan raya bila angin yang kuat kencangnya menyebabkan bendera terlepas daripada tempat asalnya dan akhirnya terbang dan jatuh. Kemudian, kenderaan lain berdesup desap laju terus melenyek bendera jalur gemilang itu. Sigh...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Di tempat membeli belah juga, terasa aura kemerdekaan dengan bendera Malaysia disamping dekorasi lain yang ada kalanya, terasa menenggelamkan Jalur Gemilang yang dipasang. Emh, cantik sebenarnya bendera Malaysia yang dicipta oleh En. Mohamad bin Hamzah ini, seorang arkitek anak jati Johor dalam sebuah pertandingan. Rekaan arkitek ini telah diumumkan setelah diterima melalui pendapat majoriti orang ramai dalam The Malay Mail pada 29 November 1949. Setelah melalui beberapa penyesuaian maka pada 19 April 1950 dibacakan seperti berikut sebagai usul terima bendera Malaysia (pada ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) :
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera tersebut dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor, pertama kali dikibarkan dibumi Tanah Melayu. Kerana itu, jika dikirakan tempoh masanya bendera Jalur Gemilang ini (pada waktu itu belum dibei nama lagi) telah dulu diangkat sebagai lambang negara (walaupun pada ketika itu, negara ini belum merdeka).
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, bersebelahan Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam negara, agama rasmi Malaysia dan berhadapan Bangunan Persekutuan yang berkubah hijau, pada malam Ahad, 28.08.05 yang lalu[ketika itu rancak di tv3 menayangkan program realiti tv: Mentor] hangat malam itu dengan bacaan puisi kemerdekaan oleh para pemuisi negara. Semangat merdeka diekspresikan melalui sajak-sajak dan nyanyian puisi yang menyentuh tentang bangsa Malaysia umumnya, dan bangsa Melayu khususnya. Menyentuh tentang betapa kita sebenarnya hanya sekelumit menghirup nafas kemerdekaan ini kerana sebenarnya kita telah dijajah selama 400 tahun sebelum kemerdekaan ini kita capai. Malam itu kami mengenang pejuang-pejuang tanah air, seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Maharajalela dan lain-lain yang menumpahkan darah mereka, yang hilang nyawa mereka mempertahankan negara daripada penjajah! Betapa pada hari ini, ramai anak muda yang hanya menumpahkan air mata kerana program realiti tv. Betapa anak-anak muda lebih merasa sedih melihat pujaan hati mereka tersingkir kerana tidak cukup undian daripada mengalirkan air mata mengenang pengorbanan pahlawan negara yang berjuang mempertahankan negara. Betapa kita lebih ingat siapakah yang tersinggkir di minggu pertama daripada mengenangkan nyawa pahlawan negara yang disingkir oleh penjajah ketika pejuang ini mengangkat senjata menentang si penjajah. Lebih menyentuh rasa apabila anak Melayu hari ini, sangat lemah dek pengaruh barat dan penjajahan senyap kuasa-kuasa luar [melalui dadah, fesyen, konsert dan lain-lain] yang cemburukan negara Malaysia yang aman ini.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malam itu Pak Samad membacakan sajaknya tentang tuah Malaysia yang dikurniakan dengan empat Perdana Menteri yang terdahulu. Sengaja tidak dibacakan tentang Perdana Menteri yang sekarang, katanya. Setiap pemimpin negara kita ini telah menyumbang bakti yang tidak ternilai, bermula dengan (Allahyarham) Tunku Abdul Rahman, kemudian (Allahyarham) Tun Abdul Razak, (Allahyarham) Tun Hussein Onn, dan kemudiannya Tun Dr. Mahathir. Kita beruntung mempunyai pemimpin - pemimpin yang bukan calang orangnya, kerana bangsa Malaysia adalah bangsa majmuk. Masyarakat yang berbeza budaya, agama dan cara hidup tetapi Allah mengurniakan negara kita dan masyarakat kita ini dengan seseorang yang berupaya menyatukan bangsa-bangsa ini. Bukan sedikit pengorbanan pemimpin2 ini. Kemudian kesinambungan kepimpinan negara ini disambung pula oleh YAB Datuk Seri Abdullah yang beriltizam membawa Malaysia kepada sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Sudahkah kita melafazkan syukur Alhamdulillah hari ini kerana nikmat kemerdekaan dan keamanan negara ini?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Diakhirnya, marilah kita mempertahankan kemerdekaan ini dengan nilai ketimuran kita, memegang nilai bangsa kita dengan utuh, berpaksikan agama kita dengan kuat dan sentiasa ingat pada sejarah kita. Kita ini adalah bumi yang bersejarah. Marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang, kerana kita berbangga dengan bendera dan negara kita. Marilah laungkan kata Merdeka dengan semangat patriotik sebagai tanda kita pewaris bangsa. Marilah kita memastikan bahawa air mata kita yang jatuh, malah jika darah sekalipun yang kita tumpahkan, adalah demi negara. Memetik kata salah seoarng pemuisi pada malam itu:
Kita orang Melayu,
Merdeka kerana Alif, Ba dan Ta.
Alif itu agama (Islam),
Ba itu Bangsa (Melayu),
Ta itu Tanah Air (Malaysia).
p/s: Marilah sedekah Al-fatihah untuk pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang negara, para tentera, polis dan setiap perwira yang berkorban nyawa demi tanah air kita yang tercinta ini, Al-fatihah.
Wednesday, August 24, 2005
Migraine Headache
Setelah "mendiagnosis" diri sendiri, saya rasa ada jugak simptom2 migraine nih kat diri yang satu ni. Kesian kepala, kesian badan. Tak boleh nak amik Paracetamol, nanti effect kat hati yang jugak tak berapa baik nih pulak. Itulah..lepas satu, satu.
Besar betul dugaan berkaitan dengan penyakit ni. Badan yang baik adalah impian setiap daripada kita. Masa kecik2 dulu, walaupun aktif, jika dah besar(dewasa) amalan kesihatan yang baik tidak dilakukan, seperti makan dengan betul dan amalan senaman, badan yang nak pakai lama ni boleh jatuh sakit ooh.. Tetapi sebenarnya, pokok utama kepada maslah kesihatan ii adalah apa yang kita makan. Sebab, setiap zat makanan yang masuk dalam badan kita sebenarnya menyumbang kepada pembentukan badan kita. Daripada protein yang kita makan, tisu2 baru akan dibentuk dan yang rosak akan diperbaiki, karbohidrat pula akan menjanakan tenaga untuk aktiviti fizikal badan.
Lemak. Orang selalu mengaitkan lemak sebagai punca penyakit. Hakikat umumnya, lemak penting untuk metabolisme badan. Tak semua lemak adalah "lemak jahat", yang mebawa penyakit. Kalau kita belajar lebih jauh, ada dua kategori lemak atau bahasa yang selalu kita dengar lemak ialah cholestrol, jadi ada 2 jenis cholestrol. Iaitu LDL (Low density lipoprotein) dan HDL (High density lipoprotein). Dua2 ni kita makan setiap hari. Tapi salah satu adalah "lemak jahat" yang kita patut kurangkan. Ianya adalah LDL. LDL yang berlebihan ini boleh meyebabkan berlaku pembentukan atherosclerosis (iaitu salur darah tersumbat dengan LDL nih). Akibatnya , kita boleh kena serangan jantung dan darah tinggi.
Berbalik kepada apa yang kita makan tadi, sebenarnya kita selalu tak kisah dengan apa yang kita makan. Goreng2 nih dah jadik macam satu tabiat harian kita. Ditambah pulak dengan masakan lemak2 yang bagi kita sungguh menyelerakan. Itu tak kira lagi dengan fast food yang rajin kita makan. Semua ni adalah sumber kepada masalah dalam badan kita dikemudian hari.
Jadi, apa nak buat nih?
Nak kena berhenti makan apa? Kepala makin sakit, dan ditambah sakit lagi bila tengok harga untuk makanan diet, huh.. mahal giler! Macam mana nak diet?
Saturday, August 20, 2005
fotopages mafiaries
Teruja jugak tengok fotopages orang lain. Walaupun skill photography masih ditahap sangat rendah, tetapi selain daripada jealous tengok orang lain punya online album, semangat nak mintak orang lain kongsi komen (dan kongsi tengok gambar), pun adalah jugak.
Apa pun, silalah lawati:
http://mafiaries.fotopages.com/
p/s: buat masa ni lum banyak gambar lagik. dan kebanyakan gambar pun, personal jek. ada masa, nanti upload gambar AF punya Konsert kat TwelveSI. Ayyway,comments are welcome.
Tuesday, August 16, 2005
6 finalist Akademi Fantasia 3
Huh, demi Konsert Eksklusif AF3, kami meredah hujan lebat yang turun sejak jam 2.oo petang. Saya yang memandu Kancil dalam hujan, dan Eina melilau mata melihat tepi2 jalan kerana kedua2 kami tak tahu kat manalah terletaknya Atmosphere, TwelveSI ni. Dan akhirnya...selepas satu round pusingan tak jauh daripada Hard Rock, kami menjumpai tempat tu. [Dah banyak kali lalu di Jalan Sultan Ismail tu menghala ke KLCC, tak pernahnya saya ambil tahu nama kelab2 kat situ]. Nasiblah, banner2 Hotlink memberi petunjuk kepada tempat tu. Kemudiannya kami mencari parking kereta. Hujan semakin lebat. Ditambah pulak dengan angin yang bertiup dengan sungguh kuat. [Rahmatnya hujan petang itu, bila jerubu yang melanda Lembah Kelang sejak seminggu yang lalu, telah semakin berkurang selepas itu].
Kami beratur.Bertolak2an.Serbu ke pentas. dan basah!
Kata pukul 3.oo petang, tapi lambat sungguh untuk mula! Sehingga lebih kurang hampir ke jam 4.00 petang, barulah persembahan bermula. Si deejay yang tak habis-habis kata persembahan akan bermula sebentar lagi, dan berulang-ulang memainkan lagu baru Hotlink (oleh Siti Nurhaliza), rasa macam nak campak kasut jer kat dia. Ces...
Felix memulakan persembahan yang hangat (dalam itu, saya sebenarnya sangat kesejukan...hujan membasahkan kasut, seluar, batu etc..sigh...) dengan lagu daripada Amuk - "Matahari". Felix, naib juara AF3 ni, memang suka lagu rock gamaknya. Overall persembahan Felix biasa jer, takder tarik2 suara macam lagu "Tiada Lagi Kidungmu" dan "Hukum Karma". relax2 jer. Tapi oklah.
Kemudian, duo Kefli dan Yazer menyanyikan lagu "Hati Emas". Sebenarnya sessi ni untuk Kefli, tapi biasalah si Yazer, back up singer untuk Kefli. Tapi Yazer memang penyanyi yang baik, sebab apabila sessi dia..dengan suara rock serak2 basah tuh, layan lagu "Pupus", peghh... memang layan. Kata yazer, dia pernah bertepuk sebelah tangan [Jadi sapa nak bertepuk tangan ngan Yazer, sila angkat tangan... Err, Eina, awak takleh angkat tangan.]Dan masa Kefli dan Yazer menyanyi kat pentas nih, cam biasa, perempuan2 jerit2. Sigh...
Alamak...(hati cair..hati cair..tolong!tolong!)
Marsha lah.
Heheh.. Marsha nyanyi lagu Saloma/Sheila Majid-alamak, lupa lak nama lagu tu.tapi lagu tu Marsha nyanyi masa final AF3 itu hari. Cuma masa ni, lupa lak tajuk dia. Sesiapa yang ingat, tolong refresh saya...Masa Marsha nyanyi, ada pulak "mamat" ni siap naik atas pentas untuk bergelek2 lak. Ces..mentang2 la Marsha nih bersukan (sporting, lah).
Amylea yang kecik comel, [serius, memang kecik jer adik ni] menyanyi kan lagu final concertnya, Sweet Child O'mine (original singer, the coolest rock band -Guns and Roses).
Yeah!Yeah! Lompat! Lompat! Cam best jer. Ada satu shot tu, Amylea memang dekat giler ngan saya, dan siap head banging lagik tu. Dapat la wat short movie ngan digital camera tu..
Dan akhir sekali, lepas orang menjerit2 panggil nama mamat ni (sejak mula konsert), dan entah berapa kali si deejay nih suruh jerit "World!!!", barulah Mawi keluar. Mawi nyanyi lagu Jawa (dia yang cakap) bertajuk "Beautiful Maria". Ala, cam kita tengok kat tv gak. Adalah perasaan macam dicubit2 oleh Marlia Musa, cam kat diari tu. Mawi kata, world2 jugak, akhirat jangan lupa. Mawi siap ajak semua berselawat keatas Rasulullah (S.A.W) dalam Atmosphere, TwelveSI tu. Huh, bergegar!
Personally, saya memang rasa dia ni something jugak ah.
Dan persembahan berakhir dengan lagu "Menuju Puncak" dan sesi beramah mesra (alah... tangkap2 gambar, sign2 autograph) antara 6 finalist ni ngan 30 penonton bertuah (yang mana diorang ni telah dipilih sebelum konsert bermula untuk naik ke atas pentas, dan kemudian kena jadi model Hotlink dengan melakukan catwalk, bergelek dangdut, dan menari hindustan dengan lagu Kuch2 Hota Hai)... Mana2 yang tak dapat naik tu, duduk la kat bawah tunggu2, kalau2 ada peluang naik.
Saya dan Eina... blah jer dari situ lepas Eina naik pentas tangkap2 gambar ngan diorang.
Hujan dah berhenti, jam dah dekat 6.oo petang. Eksklusif? Emh..
Note: adalah beberapa shots lagi gambar, tak tahu nak post kat mana. Friendster ker, photopages ker, tapi kalau dah ada link nanti, sesapa nak tengok, boleh la...
Saturday, August 13, 2005
Ungu Violet
Mendakap penuh harapan
Tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
Tuk memilikimu"
Menghayati satu lagi buah tangan karya artisan Indo, mengetuk pintu hati untuk mencatatkan satu lagi perasaan indah yang berjaya diekspresikan dilayar perak dengan baik sekali. Bermula dengan starting cerita yang mempunyai konflik kepada watak utmanya, Lando dan bersambungan hingga ke akhir cerita, Ungu Violet membawa kita ke suatu daerah yang sebenarnya "biasa" dihati kita (walaupun kita tidak berada di tanah air yang sama dengan mereka). Kerana persoalan ceritanya sangat universal iaitu : CINTA. Kisah cinta yang diangkat bersama-sama sedikit sebanyak nilai kekeluargaan, seni tari bumi Indo dan juga tarikan actress utamanya, Dian (sebagai Kalin). Sebenarnya Ungu Violet adalah sebuah cerita biasa.
Cuma apa yang menjadikan ianya luar biasa (pada pandangan mata ini) ialah, kisahnya adalah seperti kisah kebanyakannya daripada kita. Yang ada cita-cita untuk memperbaiki diri, mencari kerja yang lebih baik untuk membantu keluarga, tentang ada antara kita yang sempit fikir akalnya bila menghadapi sesuatu penyakit hingga sanggup menolak keindahan cinta, dan juga tentang kita yang sering kali terperangkap dalam perasaan cinta.
Bertanya pada Eina, scene mana paling dingati:
"Scene Kalin mengintai Lando dari booth tiket"
Dan mafiaries:
"Scene Kalin dan Lando, memegang titik hujan bersama-sama dalam mata Kalin tertutup oleh kebutaannya dan hanya tangan Lando mengarahkan tangannya pada titis hujan"
[Perasaan percaya pada orang yang kita sayang, membolehkan walau dalam mata yang tertutup, kita mampu merasai indahnya sesuatu itu tanpa perlu melihat].
** Nanti bila anda menonton, perhatikan scene-scene ini ya! **
Ungu Violet berakhir dengan satu perasaan cinta yang mendalam. (Indah). Mungkin itu satu perkataan yang terbaik dapat dituliskan untuk menilai kehadiran Ungu Violet ditengah-tengah perasaan cinta yang kadang-kala terusik oleh perkara-perkara kecil. Betapa Ungu Violet mencetuskan perasaan menghargai keluarga, meghargai insan yang menyayangi kita, dan mempertahankan persahabatan.
Begitu sempitnya waktu,
Begitu besarnya cinta.
Gambar petikan daripada filem Ungu-Violet adalah milik Sinemart Production.
Tuesday, August 09, 2005
Fenomena Mawi
Petang ini, masa dihabiskan dengan melayari website http://mawifc.com , lamatweb untuk peminat2 Mawi - Akademi Fantasia 3.
Emh, sudah hampir 2 hari berlalu.Hingga sekarang fenomena Tsumawi tetap terus diperkatakan. Dan hari ini, semasa menjengah ke kedai sekejap untuk membeli makanan tengah hari, hampir semua surat khabar mempunyai tulisan masing2 mengenai Mawi. Sungguh fenomena lah mamat ni. Cuma tertarik dengan sebuah akhbar tempatan, yang turut meletakkan cerita Mawi dimuka depannya. Bezanya, perspektif penulisan mereka adalah melalui cerita daripada tunang Mawi (emh..comel jugak...). Kata tunang Mawi, dia tahu Mawi tak kan lupa janji. Janji Mawi pada dia sebelum Mawi masuk AF3. Dan juga dia turut menceritakan mengenai saat-saat perkenalannya dengan Mawi (bagaimana jumpa, dimana jumpa, apa Mawi ajar dia..etc .
Dan di website MawiFC.. banyaklah mula mempertaruhkan komen tentang sikap tunang Mawi yang sungguh naif, menceritakan kisahnya dan Mawi. Nak baca komen2 tu. Pergilah layari site http://mawifc.com. Tapi perlu diingatkan, kena daftar dulu sebagai FC. Macam mana saya tahu? heh, saya pun dah daftar sebagai MawiFC!
Hahahahahahahahahah! Mawi.....World!
Sunday, August 07, 2005
Stress
Dan di 3R (best jugak series yang dah banyak menang award nih..walaupun fokus utama sesuatu isu tu pada wanita) ironinya, turut membincangkan perkara yang sama.
Stress ni dah jadi macam satu rencah dalam hidup. Kata salah seorang pengacara 3R tu, budak umur 5 tahun pun boleh rasa stress sekarang nih. Macam saya, dah nampak punca nya. Kalau nak cakap kerja/assignment yang banyak, kan dah jadi lumrah, banyak kerja jadikan kita "lebih" dewasa. Dan banyak kerja buat dahi kita akan makin berkerut, dan kerut tu kan buat kita nampak semakin dewasa.. hahahaha (entah apa ntah!)
Sebenarnya: [Ni penyakit malas dan tak pandai bahagi masa]. Dua benda yang dok datang kat dalam diri, pastu bawak kepada penyakit suka tido.. Huh, salah satu nikmat hidup yang indah ialah tidur yang lama. Nampak sangat, kalau statement ni ada orang lain quote, akan jadi statement yang paling mengarut. [Pesanan ikhlas untuk diri sendiri]. Bukan tak tahu, tidur yang paling baik adalah tidur yang betul. Walau tempoh masanya sedikit, tapi yang penting kualiti.
Bercakap pasal stress ni, teringat pada Diman dan Dya.
Dua orang kawan yang sedang berhadapan dengan masa sukar (masa stress?) masing2.
Diman: Aku harap ko dapat menghadapi "perkara manis dalam dunia" tu dengan baik. Aku tahu ko tengah rindu [eh, dah lepas 3hari dah kan?] pada silangsat, dan dalam masa yang sama berhadapan dengan perkara ko ngan cik m**u - aku harap semakin ber+ baik. Aku ikhlas bila kata ko seorang kawan yang baik. Walaupun kita sekejap jer kenal, aku senang ngan ko. Walaupun kita tak pernah lantit bersama lagi, tapi aku tahu bila tiba masanya nanti, sebagai seorang yang baik, ko pasti akan belanja aku... heheheheh... Anyway bro, my best wishes to you and silangsat!
Dya: Saya harap awak tabah hadapi kesukaran sekarang nih. Saya doakan abah awak cepat sembuh jugak. Macam saya selalu kata, awak kena kuat. Untuk mak awak. Adik2 awak. You're the pillar of your family. Tiba2 saya rasa, ada baiknya jika awak tak pergi jauh ke mana2 sekarang ni. Mungkin stabilkan sedikit keadaan. Kalau awak rasa saya boleh membantu... you know how to get me.
Emh.. selepas menulis kepada 2kawan nih, terasa satu kelegaan dihati. Stress jadi sikit kendur...
Sunday, July 24, 2005
Ruang dan risiko
Begitulah.
Hari ini, saya menguatkan hati tentang satu keputusan yang telah saya buat. Teringat kata-kata daripada Afdlin Shauki [my idol!] kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia 3 bahawa dalam hidup ini kita mesti bertanya "kenapa?" dalam tindakan kita. Kita hendaklah tahu, kenapa kita mahu/akan melakukan sesuatu yang kita rasa perlu dilakukan itu. Soalan "kenapa?" ini kita perlu tanya sebelum kita membuat perkara tersebut. dan dalam perjalanan kita mencapai apa yang kita mahu itu, alasan dan sebab itu lah menjadi pegangan untuk kita menguatkan diri kita. Jangan apabila disatu masa kita terjelepuk dan terjatuh, barulah kita bertanya "kenapa?". Pada waktu itu mungkin sudah terlambat.
Hari ini, saya bertanya pada diri saya buat ke sekian kalinya, kenapa saya berhenti kerja dan menyambung belajar?
kenapa saya tinggalkan satu bidang yang ramai orang berebut nak masuk, dan sambung belajar?
kenapa saya tidak terus stay bekerja dan sambung belajar semasa berkerja?
kenapa itu?
kenapa ini?
Dan dalam kegelisahan akibat hidung yang berhingus, dan tekak yang mula merasai batuk ini, hati saya kuat berkata...
"Tahun ini, saya mahu kejar impian saya, walau banyak dugaannya (yang sudah mula terasa), untuk masa hadapan yang selalu saya impikan."
"seperti bola tampar : hidup ini adalah ibarat mengambil peluang dan menghadapi risiko"
Tuesday, July 19, 2005
3 bulan yang berlalu
Nur Alya Irdina - 20 April 2005
Pada 20hb Julai ini, cukup 3bulan. Emh, sejak majlis Aqiqah yang lalu, belum berkesempatan menatap wajah comel anak ini. Mungkin makin tembam. Kesibukan dan juga kepentingan perkara2 lain, membuatkan saya tidaklah melawat anak kecil ini.
Sebenarnya ada perasaan sedikit rindu. Heh, entahlah. Naluri kebapaan? Jauh lagi nampaknya. Menatap wajah ini juga, sebenarnya mencetus satu perasaan tenang. Indahnya perasaan ibu dan bapa yang dapat menimang anak kecil ini. Betapa perasaan istimewa itu, sangat berharga apabila ianya hadir diantara diri kita sendiri dan orang yang disayangi.
"Nur Alya Irdina, doa uncle untuk Alya, semoga sentiasa dicurahi kasih sayang daripada 2orang insan yang uncle hormati."
Thursday, July 07, 2005
Majlis pertunangan Nini
Itulah kata-kata yang mampu dan selayaknya
saya lafazkan atas kesyukuran, berlangsungnya
majlis pertunaangan Nini dan Roslan,
pada 2 Julai yang lalu.
Dalam segalanya yang nampak macam tak sempat,dan Roslan pulak datang sangat awal (huh, taksabar betul bakal adik ipar nih!), pertolongan
bakal bonda mertua saya yang dibawa khas
dari Kampung Pandan, mencerahkan segala
peluang menjadi kenyataan. Mama Eina telah bertungkus lumus sejak awal pagi, seawal 6.30 pagi menyediakan makanan untuk hidangan tetamu. Dibantu pula dengan kehadiran jiran-jiran, kawan-kawan mak dan juga makcik-makcik, pertolongan mereka sangatlah berharga.
Pada tengahari itu,kami menjamu keluarga Roslan yang bertolak awal pagi dari Jengka, Pahang dengan nasi putih dan lauk pauk yang sedap gilerr! Serius, usaha mama Eina memasak ayam masak merah, kari daging, ada satu sayur yang orang Jawa suka tu (yang saya pun tak tahu apa nama dia) dan juga sajian yang lain, makan tengah hari itu, sangat menggembirakan. Kenapa mengembirakan? Tidak kah layak kita berasa gembira bila tetamu menikati makanan dengan berulang kali, dan kelazatan makanan itu terpancar setiap kali, tangan mereka menyuap ke mulut? Satu perasaan yang sungguh istimewa.
Jam lebih kurang 1.30 tengah hari, Nini selamat menjadi tunangan orang. Itupun, dalam syahdu jugak..especially semasa tunduk mencium tangan bakal bonda mertuanya, selepas disarungkan cincin.
Nampaknya, kami sekeluarga telah mula merasai bahang kenduri dan bau nasik minyak semakin menusuk hidung ini.
Alhamdulillah, dan terima kasih kepada setiap orang yang datang membantu. Dan tak dilupa doa kalian, kawan-kawan yang sentiasa menjadi "pembantu" dikala kami menghadapi cabaran.
Insya Allah, semua anda akan dijemput apabila tiba tarikh besar nanti.
Alahmdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
p/s: dalam kegembiraan itu, sebenarnya entah kenapa saya sebenarnya menunggu kehadiran seorang teman, yang saya fikir dia akan hadir. tetapi pastilah..sehingga majlis tamat pada lebih kurang jam 3 petang, saya memandang jalan raya kerumah saya denga perasaan kosong... tiada kelibat dia akan hadir.
emh..
Monday, June 27, 2005
Langkah satu
Isnin, 945 pagi
venue: bilik bos.
"Good morning Mr.P(nama samaran jer ni...). You got a minute?" saya memulakan kata-kata, selepas mengetuk pintu. dalam perut pada waktu ini, sangat terasalah anak-anak gajah dalam enam- lapan ekor berlari-lari disekitar usus dan hempedu. walaupun begitu, ayat alamnasrah dah dua tiga kali dibaca kat luar tadi.untuk menenangkan hati.
"Yes?" singkat betul jawapan Mr.P ni.dan mata dia terus merenung saya yang pada waktu itu,serius cakaplah, perut ni kalau ada microphone dan speaker dah terdengar jeritan-jeritan seksaan batin mereka.
"Actualy I wanted to talk to you about this matter earlier, I mean last Saturday but you went off early that day, [fuh..fuh.. berjaya menyusun ayat dengan baik..] so i think today is the best time. But I dont know how to put it to you" sekali lagi saya menyambung satu ayat yang panjang ini, dengan satu nafas. dan lancar. :)
"Just straight foward" [fuh,ringkas betul la respon boss ni!! bukan ke ayat saya dah tersusun punya baik dan panjang, alih-alih reply dia, punyala pendek...]
Dengan menarik nafas panjang, saya memulakan agenda (melegakan isi perut) dan mula meluahkan perasaan (dan melepaskan anak-anak gajah itu berlari-lari pergi) dan pandangan serta apakah sebenarnya perkara itu.
Ya, pada hari in, saya telah menyatakan kepada boss saya, tentang hasrat saya untuk menyambung pelajaran. dengan satu offer daripada sebuah universiti tempatan. dengan pemberitahuan kepada boss ini, sebenarnya secara tidak langsung saya telah melangkah satu tapak kearah mengejar impian. dan secara tak langsung sebenarnya, saya memberikan hint saya akan meletak jawatan. satu keputusan yang besar dan sukar. (saya akan bercakap pasal perasaan sukar ini dilain edisi)
Dan pada hari Sabtu nanti (2hb Julai), adik saya, Nini akan (insya Allah) melangsungkan pertunangan denga pilihan hati dia, Roslan. Setelah perpisahan yang lalu, Nini telah membuat keputusan yang besar dalam hidup dia. Dengan pertunangan ini juga, Nini juga membuat satu langkah yang besar dalam hidup dia. [Nini, amin doakan pilihan kamu adalah yang terbaik untuk kamu.dan amin percaya, kamu telah bersedia untuk semua yang akan kamu alami dimasa hadapan nanti, bersama Roslan.]
Pastilah dalam hidup ini, kita akan membuat keputusan dan memilih satu antara dua (atau antara berapa sekali pun) dan keputusan yang kita ambil itu adalah langkah pertama kita kearah satu siri perjalanan hidup yang panjang (insya Allah).
A long journey starts with one small step.
Monday, June 20, 2005
bila resah
perkara satu: pilihan kerjaya-sama ada ingin teruskan dengan aa yang telah ada sekarang, atau kejar impian dan apa yang kita inginkan dahulu.
perkara dua: persoalan tentang agama.
kedua2-dua perkara ini agak serius. malah kiranya dibincangkan diblog ini tanpa penjelasan panjang lebar, pasti mengundang sesuatu yang negatif satu masa nanti. cuma, dalam kekeliruan ini, terasa ingin mencurahkan sedikit perasaan. sekurang-kurangnya, sedikit ketengangan dan kekeliruan ini telah diluahkan.
tentang dua perkara ini, sebenarnya, saya pernah cuba bercakap (dengan orang lain). cuma, itulah.. kadang-kadang kedegilan dalam diri ini, buat orang lain malas nak bagi pendapat. mungkin mereka rasa, "alah, macam dia nak dengar apa yang orang lain cakap." atau orang lain fikir, "last-last nanti, dia ikut rasa hati dia jer".
tentang rasa hati, saya tahu saya sentiasa kuat pada gerak hati (intuisi) dan apa yang saya fikir betul (yang sebenarnya, dalam ketika tertentu, ada jugak yang tak betul). saya rasa, inilah kekuatan diri saya. yang menjadikan saya, tegas dan dapat membuat keputusan dengan baik dalam hidup saya. tekanan banyak berlaku.dan cara untuk saya menghadapi tekanan ini adalah dengan ketegasan dalaman, berpegang pada prinsip diri. dan baru-baru ini, ada orang saya hormati, memberitahu saya, terlalu keras dengan prinsip itu tidak baik, tidak bagus.
Entahlah.
Apakah apa yang saya percaya, tentang diri saya, tentang pegangan saya, selama 25 tahun ini salah?
saya sendiri tidak ada jawapannya malam ini.
Tuesday, June 14, 2005
Keluarga adalah hidup kita
Pada waktu ini,terasa sungguh rindu pada emak dan adik-adik kat rumah. Biasalah,dalam adik beradik ni, kadang-kala, adalah sikit salah faham. Angah harap, Aboy (adik saya-hujung kiri,pakai baju putih) akan faham suatu hari nanti tentang apa yang angah cakapkan. Mak, pada usia 55 ni, harapnya kami semua dapat menyenangkan hidup mak. Tak perlu rasa susah macam dulu-dulu. Adik-adik (angkat), Izzat dan Luqman, kita adalah famili. Emh..terasa sebak kat dada ni.. [Gambar outing keluarga ke Lost World@Tambun]
kemaafan
malangnya,
janji tu tak tertunai oleh diri ini.jam 9.00 baru sedar diri daripada mimpi.weh, teman..maaf.maaf besar nih.nak jadi cerita, teman yang berjanji tu, memang bagus sekali, siap miscall/call jam 7:50 pagi.bagi tanda siapkan diri.tapi teman, handphone tengah dicas bateri, kat tingkat bawah, tempat beradu ditingkat satu lagi.itulah tak dengar suara telefon tu menjerit pagi-pagi.
maaf sekali lagi..
sorry bro, tak buat lagi!
Sunday, June 05, 2005
terusik kenangan
susahkah untuk menjadi seorang lelaki yang bisa menggembirakan hati seorang wanita?susahkan untuk melafazkan kata-kata pujukan, andai walau dengan satu perkataan?
saya tahu, saya pernah melukakan hati.dan saya tahu, saya kerap mengulanginya. [tetapi kenapa setakat tahu, en.herman?] hati yang terluka, pasti sukar diubati.pasti akan berbekas dihati dengan parut kelukaan. dan parut itu akan kekal, dan dibawa sepanjang hidup.[ herman, mahukah engkau menjadikan hati wanita yang kau sayangi, penuh dengan parut kelukaan? pasti engkau tidak dapat menghilang parut duka pada hati seorang wanita yang lain itu, dan tidak cukupkah perbuatan itu?
hargailah hati itu, herman.parut dihati memang tidak akan nampak dimata kasar, tetapi...ia akan selamanya kekal.
Friday, April 29, 2005
:: kata mafiaries hari ini ::
baru balik.singgah destina.beli air cincau.bukak blogdrive satu member.
wah!
menarik.penuh jiwang.teruja.kepala tengah ligat.ada banyak frasa-frasa.bait-bait kata.
huh!malam ni nak jegil sikit mata.menulis pada tagboard kwan ini.
huh!teruja!
sila lawat : www.oksigen.blogdrive.com untuk keterangan lanjut. (Superdiman, aku tak mintak izin ni..)
Wednesday, April 27, 2005
Wednesday, March 23, 2005
BIG sigh...
Dalam tak nampak mana satu link yang akan membawa ke laman web amosse, saya pun klik pada link Babyripp. Yup, memang orang yang saya kenal. Apatah lagi gambar Terry pun ada. Oh, kedua-duanya adalah schoolmate masa kat MRSM Taiping dulu. Walau taklah begitu kenal dengan Babyripp, tapi Terry tu agak saya kenali lah.. Lagipun, kalau tak silap, beberapa tahun yang lalu pernah terserempak dengan Terry di Perak (kat mana yerr?).
Page by page, bukak laman Babyripp..sampailah ke laman dimana ada gambar perkahwinan Babyripp dan Terry.. Tiba-tiba rasa sebak.. heh..bukan sebab saya pernah simpan perasaan pada si Babyripp ni, tapi perasaan ini datang bila tengok gambar perkahwinan tu..
Alah...
Dah 25 tahun dah saya ni..
Kalau ikut perancangan dulu-dulu dah kahwin dah sekarang ni..
Sedih la, pulak. Terasa pulak bila tengok kawan-kawan yang dah berbahagia berkahwin.. Tahulah pasal jodoh dan ketentuan, cuma rasa sedih jer.. Tak salah kot..
Tahniahlah kepada kawan-kawan yang dah berumahtangga. Kepada kawan-kawan yang belum, dan akan menempuh hidup baru, tak lama lagi...selamat menempuh hidup baru..Kepada kawan-kawan yang belum, dan lambat lagi, sabarlah yer (sebenarnya, nak sedapkan hati sendiri jerr..).
Itulah..ada satu rasa yang besar kat dada nih sekarang.
SIGH...
Tuesday, March 15, 2005
:: Inspirasi ::
Hi..
Setiap kali menulis diruangan ini, saya sebenarnya dibayangi oleh tulisan-tulisan yang saya pernah baca di majalah atau diruangan artikel diakhbar. Sebenarnya tulisan-tulisan beberapa orang ini, sangat mempengaruhi saya sama ada secara langsung atau tidak. Malah sebenarnya saya sangat mengagumi cara penulisan mereka. Kadangkala, penulisan mereka ini sangat dekat dihati saya. Mungkin kerana penulisan itu lahir daripada pengalaman mereka sendiri, atau kadangkala pendapat mereka itu ditulis atas dasar ilmu yang mereka ada. Antara mereka yang sering saya ternanti tulisannya adalah Yuen** (beliau menulis di akhbar Kosmo, dalam ruangan "Karenah Yuen"). Penulisan beliau yang sungguh ikhlas, dapar saya rasakan dalam setiap kata-katanya. Begitulah hebatnya ayat dan perkataan dalam hidup saya ini.
Sebenarnya saya sangat meminati corak penulisan yang berdasarkan poengalaman. Ini kerana pengalaman adalah satu perjalanan cerita untuk sebuah kehidupan. Malah setiap pengalaman yang berlaku untuk seseorang itu, tidak semestinya ianya berlaku pada orang lain. Jadi kira-kiranya, saya boleh belajar sesuatu daripada pengalaman orang lain. Kadang-kadang, bila membelek Majalah Eh! pada bulan-bulan tertentu (ini kerana Eina tak beli tiap-tiap bulan Majalah ni.. p/s: sayang jangan marah yer..), saya akan bermula dengan membaca muka-muka terakhir majalah itu kerana disitu terdapat kolum-kolum editor dan pendapat. Kadangkala isu yang dikupas oleh penulis ini sangat mudah, tetapi ibarat petir membelah bumi, ia memberikan kesan yang mendalam dihati.
Jadi, kepada pembaca blog ini, anda juga boleh memberikan "pancaran petir" juga untuk saya.. apa kata kongsi dengan saya dengan menulis di ruangan komen. Kalaupun bukan saya yang terkena pancarannya, mungkin ada insan lain yang akan menerima cahayanya...
Fin!
** Yuen ialah bekas host 3R, dan sekarang merupakan seorang pengarah/penulis skrip/pengacara dll.
:: Life without a friend, is death without a witness ::
Wednesday, March 09, 2005
Reasons and excuses
It all started when Mr.Jee came into the lab and started walking and inspecting the (people in the) lab. When he came into the laboratory, he asked all the L.A to gather and he had some points to deliver to these people. Of course it was all about jobs, and tasks that was not done completely. The talk by Mr.Jee was very straight forward, talking about how he wanted all of us to do well in the auditing later, besides he kept asking why were they (us?) not listened to his previous order.
As for me, who was standing there, it was okay to hear all the stuffs. I had nothing to do with their work, by the way. I was there only to help doing some works that I think will make their work lesser. They should be responsible in their work. But i came to piss off, when they started to give reasons, before even tried to follow the order from the superior. I believe, anything in this life, I have to face it. Good or bad. Nice or not. Everything happens for reasons. So, do first. Try the very best, and then only you analyze back all the pros and cons. Do not keep giving excuses..!
Tuesday, March 08, 2005
seminggu selepas induksi
Seminggu selepas induksi, banyak bahan-bahan tulisan yang ingin aku kongsi dengan beberapa kawan aku yang sudi membaca catatan kat sini. Tetapi seminggu yang berlalu ni, aku sebenarnya belum berkesempatan merancang penulisan aku.
Tetapi (hari) miggu yang lalu, beberapa perancangan masa depan telah dibuat. Beberara perancangan yang aku terlibat, kerana ini perancangan keluarga. Mak dan ayah datang Kuala Lumpur: berbincang mengenai "masa hadapan" kami adik beradik. 19hb Mac ni, ada kawan Nini nak datang berkenalan dengan keluarga. Roslan nama dia. Dah jumpa dah Roslan ni (struktur: agak kurus la. rambut cam askar. pakai cermin mata. takla terlalu tinggi). Kemudian pada 2hb April, Abang pulak nak bertunang (ke, merisik?aku pun tak pasti pulak-) Kemudiannya, pastilah bermula pada tahun ini, maka akan ada series perkahwinan.
Abang merancang untuk meneamatkan zaman bujangnya pada umur 29 pada tahun ini. Nini, dengar ceritanya, Roslan nak membina masjidnya pada tahun ini, tetapi sebab Nini pakai braces maka, dia akan menunggu sehingga tahun depan. Mak kata, tak mahu ada dua orang anaknya berkahwin dalam satu tahun yang sama. Tak elok kata dia. Walaupun pada akhir perbincangan mak kata, tak kisah lah, tetapi cara mak cakap tak menyedapkan hati. Akibatnya, aku menangguh tarikh dan masa untuk aku dan eina bersatu sebagai suami isteri... ke tahun 2007.
Aku cakap pada Eina, kita kahwin pada tarikh ni: 010107. Tapi dia cam sedih jer. Kesian Eina. Aku pada masa sekarang ni, cuba memikirkan yang terbaiklah. Mungkin dengan adanya satu tahun ini (2006) aku boleh merancang dengan libih baik. Rancang masa untuk menempah pakaian, tempat honeymoon, kanopi..dan semua-semua. Boleh ker?
Emh..
Aku harap aku boleh buat yang terbaik untuk wedding kami.
Korang ada cadangan? Aku sebenarnya nak komen daripada korang. tapi taktau kenapa tak boleh pulak tulis komen kat sini. apa kata korang antar email pada aku- Hantarla kat aku: mafiaries@yahoo.com.
Chiao!
:: Live life to the fullest ::
Monday, February 14, 2005
Monday, February 07, 2005
Money wise
Tapi, masalah aku- aku tak reti nak budget duit. bukan aku tak buat macam yang aku tengok dalam RinggitSense@TV3 (setiap hari Ahad, jam 7:30 malam - heh, lambatlah Maghrib aku), tapi ntah.. sampai sekarang simpanan aku tak pernahnya berjaya. macam manala aku nak kumpul duit untuk "mendirikan masjid". Sekarang, untuk buat benda-benda baik ni, bukannya murah. nak pulak kalau ada simpan hasrat nak buat majlis ala-la bali-lah, ala-ala indo-lah,ala-ala minang-lah...
Teringat lagu sifoo M.Nasir pasal duit (lagu yang baru-baru ni aku dengar versi Hattan, pulak).. Iyalah.Sekarang ni zaman semuanya berduit.. nak ikut peredaran zaman, gadjet baru semua harga ribu-ribu. Gaji kecik? itu alasan yang baik ker.. aku pun tak pasti. Tengok member yang kerja kecik dari aku, boleh pulak pakai barang-barang lebih canggih daripada aku. Sigh.. Aku sedar, aku punya cara spending tak ikut yang sepatutnya. Kadang-kadang aku rasa, benda2 kecik yang aku beli, bila dicampur-campur nilainya, mak aihh.. banyak la pulak.
Emh..nak bincang ngan sapa pulak pasal benda ni..?
Anyway, aku jumpa satu site yang agak baikla..boleh belajar something kot pasal money wise nih: http://www.mymoneyskills.com/
:: Life is about being wiser each day ::
Wednesday, February 02, 2005
Sad but true-
"…Tetibe je rasa cam bersalah sangat pada herman dan nini….Skang nini dah clash ngan pakwe dia…hopefully…bukan sebab masinnyer kata-kata aku setahun yang lalu…mmg aku ada cakap cam ni….”Allah itu maha adil…tak semestinya balasan tu herman yang dapat…mungkin anak dia…mungkin adik dia…aku berharap sangat…suatu hari nanti…aku dapat tgk balasan tu….”…….tapi…tapi…itu dulu…setahun yang lalu…waktu aku masih terawang awang mencari siapa aku dan waktu aku tengah frust menonggeng…bagi aku…semua orang tak sempurna…so…teruk sangat ke “ketidaksempurnaan” aku???…Tapi…sekarang dah lain….aku ada hidup aku sendiri…aku selesa hidup tanpa seorang yang bergelar pakwe….cukuplah…aku ada kawan2 yang memahami aku…kalau aku rasa…banyak sangat kekurangan yang ada dalam diri aku…aku tetap aku…kekurangan tu aku takkan share dengan org lain melainkan dengan org yang betul-betul terima kekurangan diri aku……selagi aku tak jumpa org yang boleh terima buruk baik aku….selagi tu aku suka hidup aku sekarang…
Untuk nini…kak nadia doakan agar kau kuat semangat…jangan ikutkan sangat rasa sedih tu…kak nadia mintak maaf kalau betul kata-kata kak nadia dulu tu masin…masa kak nadia cakap tu…kak nadia mmg tengah sedih sangat…masa tu…kak nadia cuma ada mak seorang sahaja tempat kak nadia bercerita…nyaris kak nadia ada kawan yang agak rapat jugak kat putrajaya ni…dialah jadi mangsa dengar kisah sedih kak nadia…waktu tu…kak nadia memang betul betul buntu….sebab tu…terkeluarnyer kata-kata yang kak nadia rasa…tak elok doakan orang macam tu….
Kak nadia jadik kuat sebab berpegang pada kata-kata nih…”kita hanya kehilangan orang yang tak sayang pada kita…sebaliknya…dia telah kehilangan orang yang sayang pada dia…alangkah ruginyerrr dia!!!!….”
Sekarang…semua tu dah jadik sejarah…herman pun dah bertunang…kak nadia berharap sangat….suatu hari nanti…kak nadia dapat ucapkan terima kasih pada abang awak….”terima kasih sebab tak memilih saya….:)”….cuma…masa yang akan menentukannya…apa yang kak nadia buat sekarang nih…kak nadia doakan agar herman bahagia…dan…kak nadia jugak berdoa agar nini akan dapat pengganti yang lebih baik dari hendree"
Bismillah..
Catatan pertama aku bermula dengan sesuatu yang sebenarnya banyak mengubah "diri" aku. Beberapa hari yang lalu, berjumpa dnegan Nini, dan bercakap mengenai perkara2 yang telah berlaku (dia dan hendree) dan perkara2 yang bakal berlaku (dia dan roslan), aku sebenarnya telah menjadi seseorang yang melihat dunia ini lebih objektif. Semacam ada satu rasa bila membaca blog ini dari Nadia http://sena-tetpei.diaryland.com tetapi kisah aku dan dya adalah chapter hidup aku yang banyak menyumbang kepada pembentukan diri aku yang sekarang.
Rasa yang bertandang kat hati tatkala membaca secebis catitan blog Nadia, adalah satu rasa yang sukar untuk ditulis. Sehingga ke hari ini, bila Nadia bertanyakan tentang alasan sebenar mengenai perpisahan kami, aku (hanya) mendiamkan diri. Aku fikir, cukuplah dia tahu tentang alasan-alasan yang pernah aku berikan dahulu. Kerana perkara itu ada kebenarannya (bagi aku) dan aku harap dia telah melihatnya secara terbuka dan percaya ianya baik untuk dia dan aku.
Kira-kira dua minggu yang lalu, lama betul aku melihat kebelakang dan mengenangkan kembali apa yang telah berlaku antara aku dan Nadia. Aku kira, masa itu cukup memberikan aku rasa sedih. Tetapi, hakikatnya aku patut sedar aku sudah berdiri, malah telah berlari bersama Eina sekarang..Mungkin ini permulaannya aku melihat terus kehadapan. Apa yang berlaku pada Nini, adalah dugaan. Aku simpati dengan adik aku. Dan aku harap aku dan dia (Nini) dapat 'belajar' sesuatu. Pastilah satu perkara yang lebih baik sekarang adalah aku 'menjaga' Eina.Hati dan perasaannya.
Apapun.. Nadia, biarlah saya mengucapkan terima kasih pada awak. Terima kasih kerana masih menjadi kawan herman.Saya sangat menghargainya. Terima kasih kerana pernah hadir dan menggembirakan (dan menyedihkan) saya.
Eina, saya sayangkan awak. Saya tahu awak banyak juga bersusah untuk saya, dan saya tahu awak sayangkan saya. Thank you for hearing me when i am in silence...
:: Life, face me. I am ready ::