![](http://photos1.blogger.com/img/190/3566/320/bola%20tampar%20019.jpg)
Begitulah.
Hari ini, saya menguatkan hati tentang satu keputusan yang telah saya buat. Teringat kata-kata daripada Afdlin Shauki [my idol!] kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia 3 bahawa dalam hidup ini kita mesti bertanya "kenapa?" dalam tindakan kita. Kita hendaklah tahu, kenapa kita mahu/akan melakukan sesuatu yang kita rasa perlu dilakukan itu. Soalan "kenapa?" ini kita perlu tanya sebelum kita membuat perkara tersebut. dan dalam perjalanan kita mencapai apa yang kita mahu itu, alasan dan sebab itu lah menjadi pegangan untuk kita menguatkan diri kita. Jangan apabila disatu masa kita terjelepuk dan terjatuh, barulah kita bertanya "kenapa?". Pada waktu itu mungkin sudah terlambat.
Hari ini, saya bertanya pada diri saya buat ke sekian kalinya, kenapa saya berhenti kerja dan menyambung belajar?
kenapa saya tinggalkan satu bidang yang ramai orang berebut nak masuk, dan sambung belajar?
kenapa saya tidak terus stay bekerja dan sambung belajar semasa berkerja?
kenapa itu?
kenapa ini?
Dan dalam kegelisahan akibat hidung yang berhingus, dan tekak yang mula merasai batuk ini, hati saya kuat berkata...
"Tahun ini, saya mahu kejar impian saya, walau banyak dugaannya (yang sudah mula terasa), untuk masa hadapan yang selalu saya impikan."
"seperti bola tampar : hidup ini adalah ibarat mengambil peluang dan menghadapi risiko"
![Posted by Picasa](http://photos1.blogger.com/pbp.gif)
3 comments:
yup!! berani tempoh...berani tanggung...jika tiada liku dlm kehidupan tiadalah seri dlm kewujudan(:
Moga berjaya dalam setiap tindakan yang diambil. -zulviper-
timer kasih.doa kawan2 buat jadik semangat.timer kasih!
Post a Comment