Saturday, January 15, 2011

secawan coklat panas di kedai kopi

P1625_15-01-11Sejak dulu, kedai buku adalah tempat kegemaran aku. Melihat buku-buku yang tersusun, sudah membuatkan hati aku berkobar-kobar, melonjak riang seperti kanak-kanak yang baru mendapat lolipop merah dari atas meja doktor (ketakutan berhadapan dengan doktor sebelum itu hilang begitu sahaja…). 

Jadi ketika ini, bila berada di dalam kedai kopi di sebuah kedai buku, menghirup coklat panas yang berharga Rm6.50 ini, seperti seluruh aura buku-buku di sekitar ini meresap masuk ke dalam minuman coklat itu. Kemudian apabila minuman coklat itu melalui esofagusku, maka bersatulah ilmu bersama aroma coklat itu kedalam tubuhku.

 

:)

Friday, January 14, 2011

Tulisan tangan

Semalam, semasa menghantar Sasaran Kerja Tahunan yang di minta pihak atasan makmal di mana aku bekerja, lady boss aku menegur tulisan aku yang lebih kemas daripada biasa. Kecil-kecil dan bulat-bulat. Tidak seperti kebiasaannya yang mana buruk-buruk dan cakar ayam.

Sebetulnya, tulisan aku cantik.

Ini bukan pujian atau bakul yang aku angkat tinggi, tapi itu kata kawan-kawan aku, mahupun senior dan junior ku sama ada semasa aku di sekolah atau di universiti dahulu. Mungkin, ex-girlfriend aku pun boleh menjadi saksi pada statement angkat bakul aku itu. Bukan isteri tak boleh jadi saksi, tapi nampak bias pulak.

Tapi…itu cerita lama, der. Tulisan aku hari ini, dalam mode routine, memang tak boleh bla. Aku sendiri tak suka. Tak cantik. Senget benget. Tak kemas.  

Tulisan adalah aspek penting dalam hidup aku. Sejak kenal ABC, kemudian ke buku garis-garis yang melatih kita menulis abjad tu sebijik-sebijik, dan kemudian menulis di atas buku latihan sebelum ke foolscap paper, kekemasan dan keboleh bacaan, serta kecomelan tulisan antara aspek yang menjadikan sesuatu penulisan itu di anggap menarik (pada impressi pertama), pada pandangan aku. Aku masih ingat saat aku dapat 4A masa UPSR, mak menghadiahkan aku sebatang pen dakwat jenama Parker, yang dakwatnya didalam botol dan boleh diisi apabila diperlukan. Mata pennya hujung tirus, macam dip pen dalam cerita omputih- rambut ropol-ropol warna putih, zaman kolonial. Mungkin itu antara punca kenapa tulisan aku agak baik, kerana aku dilatih emak menulis dengan pen sebegitu, dalam versi tulisan sambung.

Menginjak remaja, aku jarang-jarang menggunakan pen mata bola kilometrico, tetapi pen pilot g1 fine atau super fine tips. Tak pun, aku gunakan pen technical. Sedikit mahal ketika itu, tetapi awek boleh impress bila tulis ayat jiwang dengan pen dan tulisan cantik (tipu, jer). Heh.

Zaman ini, semuanya bertaip. Dulu-dulu, surat cinta ditulis tangan dengan penuh ketelitian, dalam memastikan warkah yang ditulis betul ejaannya, suku kata dan maksudnya, agar si manis yang membaca nanti terpersona dengan apa yang di tulis xi teruna. Ada personal touch, kata kita hari ini. Nak tambah lebih personal, sebelum warkah di lipat kemas, sedikit talkum di tabur, biar wangi warkah cinta, haruman menjadi igauan si dara di malam hari.

Hari  ini, semuanya kita text aja. Tweet, dan shout di fb (eh, betul ker fb nak tutup pada bulan Mac ni?). Semuanya di taip ya, encik. Ayat-ayat cinta hanya atas skrin. Itu pun dalam bentuk short form. “syg awk”. Dijawabnya, “2!”. Dah! Tak der personal touch. :)

Jika ada pilihan aku ingin:

a. Menulis dengan tulisan tangan ku di blog ini. Jika tak semua pun, mungkin ada entri tertentu. (Apa gajet yang diperlukan untuk aplikasi ini yer?)

b. Menulis kemas kembali. Bulat. Besar. Macam dulu.

c. Tulis surat cinta kembali, untuk isteri.

d. Catatan dan pesanan buat anak-anak, yang di tulis tangan dalam buku khas.

e. Jika sampai ke tempat tertentu, hantar poskad. Boleh buat kenangan dalam simpanan.

 

Ya. Boleh buat ni…

Thursday, January 13, 2011

10 hari di tahun 2011

Entri ini ditulis (difikiran) pada hari kesebelas dalam tahun 2011. Mengambil “semangat” 110111, kononnya. Dalam gundah demam yang sekoyong-koyong datang, tiba-tiba terbit di sudut hati untuk menulis kembali dalam blog yang semakin bersawang ini.

Menjangkau papan usia 30-an ini, aku sendiri merasakan semacam ada satu perubahan dalam diri yang sangat sukar aku tuliskan dengan kata-kata. Cuma aku sedar, sedikit sebanyak perubahan itu sedikit, jika tidak banyak “mencabar” aku yang dahulu. Aku yang melihat perkara dalam perspektif berbeza, aku yang menjadi lebih garang dan terkadang tegas yang sangat tegas, dan kesemua perubahan yang memberikan tekanan kepada keluarga kecilku. Dalam kebanyakan masa, aku sendiri bingung dan tertanya tentang diriku ini.

a. Apakah ini perubahan hormon testosteron yang semakin menurun (atau menaik, hinggakan aku menjadi vicious)?

b. Apakah tekanan akibat sekeliling sama ada di tempat kerja, di rumah atau di kedai buku? (Ya, Borders di BTS mengalami perubahan, dan perubahan itu adalah menjadikan Borders itu lebih kecil. Sungguh tidak seronok)

c. Apakah aku sudah hilang sifat feminisme aku yang kononnya tinggi satu ketika dahulu, hingga aku selesa berkawan dengan ramai kawan perempuan, berbanding lelaki. 

d. Atau ada alasan lain yang aku perlu cari bagi menyedapkan hati yang gundah gulana ini.

 

Yang pasti, selepas sepuluh hari berlalu dalam 2011 ini, aku masih tiada jawapannya.