Thursday, July 07, 2005

Majlis pertunangan Nini

Alhamdulillah...
Itulah kata-kata yang mampu dan selayaknya
saya lafazkan atas kesyukuran, berlangsungnya
majlis pertunaangan Nini dan Roslan,
pada 2 Julai yang lalu.
Dalam segalanya yang nampak macam tak sempat,dan Roslan pulak datang sangat awal (huh, taksabar betul bakal adik ipar nih!), pertolongan
bakal bonda mertua saya yang dibawa khas
dari Kampung Pandan, mencerahkan segala
peluang menjadi kenyataan. Mama Eina telah bertungkus lumus sejak awal pagi, seawal 6.30 pagi menyediakan makanan untuk hidangan tetamu. Dibantu pula dengan kehadiran jiran-jiran, kawan-kawan mak dan juga makcik-makcik, pertolongan mereka sangatlah berharga.
Pada tengahari itu,kami menjamu keluarga Roslan yang bertolak awal pagi dari Jengka, Pahang dengan nasi putih dan lauk pauk yang sedap gilerr! Serius, usaha mama Eina memasak ayam masak merah, kari daging, ada satu sayur yang orang Jawa suka tu (yang saya pun tak tahu apa nama dia) dan juga sajian yang lain, makan tengah hari itu, sangat menggembirakan. Kenapa mengembirakan? Tidak kah layak kita berasa gembira bila tetamu menikati makanan dengan berulang kali, dan kelazatan makanan itu terpancar setiap kali, tangan mereka menyuap ke mulut? Satu perasaan yang sungguh istimewa.
Jam lebih kurang 1.30 tengah hari, Nini selamat menjadi tunangan orang. Itupun, dalam syahdu jugak..especially semasa tunduk mencium tangan bakal bonda mertuanya, selepas disarungkan cincin.
Nampaknya, kami sekeluarga telah mula merasai bahang kenduri dan bau nasik minyak semakin menusuk hidung ini.
Alhamdulillah, dan terima kasih kepada setiap orang yang datang membantu. Dan tak dilupa doa kalian, kawan-kawan yang sentiasa menjadi "pembantu" dikala kami menghadapi cabaran.
Insya Allah, semua anda akan dijemput apabila tiba tarikh besar nanti.
Alahmdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

p/s: dalam kegembiraan itu, sebenarnya entah kenapa saya sebenarnya menunggu kehadiran seorang teman, yang saya fikir dia akan hadir. tetapi pastilah..sehingga majlis tamat pada lebih kurang jam 3 petang, saya memandang jalan raya kerumah saya denga perasaan kosong... tiada kelibat dia akan hadir.
emh..

No comments: