Monday, June 27, 2005

Langkah satu

Bermula dari hari Sabtu yang lepas, perasaan berdebar-debar sungguh terasa bila setiap kali mengenangkan perkara yang satu ini. dan hari ini, perkara itu selesai sudah...

Isnin, 945 pagi
venue: bilik bos.

"Good morning Mr.P(nama samaran jer ni...). You got a minute?" saya memulakan kata-kata, selepas mengetuk pintu. dalam perut pada waktu ini, sangat terasalah anak-anak gajah dalam enam- lapan ekor berlari-lari disekitar usus dan hempedu. walaupun begitu, ayat alamnasrah dah dua tiga kali dibaca kat luar tadi.untuk menenangkan hati.
"Yes?" singkat betul jawapan Mr.P ni.dan mata dia terus merenung saya yang pada waktu itu,serius cakaplah, perut ni kalau ada microphone dan speaker dah terdengar jeritan-jeritan seksaan batin mereka.

"Actualy I wanted to talk to you about this matter earlier, I mean last Saturday but you went off early that day, [fuh..fuh.. berjaya menyusun ayat dengan baik..] so i think today is the best time. But I dont know how to put it to you" sekali lagi saya menyambung satu ayat yang panjang ini, dengan satu nafas. dan lancar. :)
"Just straight foward" [fuh,ringkas betul la respon boss ni!! bukan ke ayat saya dah tersusun punya baik dan panjang, alih-alih reply dia, punyala pendek...]

Dengan menarik nafas panjang, saya memulakan agenda (melegakan isi perut) dan mula meluahkan perasaan (dan melepaskan anak-anak gajah itu berlari-lari pergi) dan pandangan serta apakah sebenarnya perkara itu.

Ya, pada hari in, saya telah menyatakan kepada boss saya, tentang hasrat saya untuk menyambung pelajaran. dengan satu offer daripada sebuah universiti tempatan. dengan pemberitahuan kepada boss ini, sebenarnya secara tidak langsung saya telah melangkah satu tapak kearah mengejar impian. dan secara tak langsung sebenarnya, saya memberikan hint saya akan meletak jawatan. satu keputusan yang besar dan sukar. (saya akan bercakap pasal perasaan sukar ini dilain edisi)

Dan pada hari Sabtu nanti (2hb Julai), adik saya, Nini akan (insya Allah) melangsungkan pertunangan denga pilihan hati dia, Roslan. Setelah perpisahan yang lalu, Nini telah membuat keputusan yang besar dalam hidup dia. Dengan pertunangan ini juga, Nini juga membuat satu langkah yang besar dalam hidup dia. [Nini, amin doakan pilihan kamu adalah yang terbaik untuk kamu.dan amin percaya, kamu telah bersedia untuk semua yang akan kamu alami dimasa hadapan nanti, bersama Roslan.]

Pastilah dalam hidup ini, kita akan membuat keputusan dan memilih satu antara dua (atau antara berapa sekali pun) dan keputusan yang kita ambil itu adalah langkah pertama kita kearah satu siri perjalanan hidup yang panjang (insya Allah).

A long journey starts with one small step.

Monday, June 20, 2005

bila resah

baru-baru ini, ada dua tiga perkara yang berlaku mengundang sedikit resah dan gelisah dalam hidup saya. sedikit keliru dan seolah-olah perlu untuk "satu tangan" lain datang membantu.
perkara satu: pilihan kerjaya-sama ada ingin teruskan dengan aa yang telah ada sekarang, atau kejar impian dan apa yang kita inginkan dahulu.
perkara dua: persoalan tentang agama.
kedua2-dua perkara ini agak serius. malah kiranya dibincangkan diblog ini tanpa penjelasan panjang lebar, pasti mengundang sesuatu yang negatif satu masa nanti. cuma, dalam kekeliruan ini, terasa ingin mencurahkan sedikit perasaan. sekurang-kurangnya, sedikit ketengangan dan kekeliruan ini telah diluahkan.
tentang dua perkara ini, sebenarnya, saya pernah cuba bercakap (dengan orang lain). cuma, itulah.. kadang-kadang kedegilan dalam diri ini, buat orang lain malas nak bagi pendapat. mungkin mereka rasa, "alah, macam dia nak dengar apa yang orang lain cakap." atau orang lain fikir, "last-last nanti, dia ikut rasa hati dia jer".
tentang rasa hati, saya tahu saya sentiasa kuat pada gerak hati (intuisi) dan apa yang saya fikir betul (yang sebenarnya, dalam ketika tertentu, ada jugak yang tak betul). saya rasa, inilah kekuatan diri saya. yang menjadikan saya, tegas dan dapat membuat keputusan dengan baik dalam hidup saya. tekanan banyak berlaku.dan cara untuk saya menghadapi tekanan ini adalah dengan ketegasan dalaman, berpegang pada prinsip diri. dan baru-baru ini, ada orang saya hormati, memberitahu saya, terlalu keras dengan prinsip itu tidak baik, tidak bagus.
Entahlah.
Apakah apa yang saya percaya, tentang diri saya, tentang pegangan saya, selama 25 tahun ini salah?
saya sendiri tidak ada jawapannya malam ini.

Tuesday, June 14, 2005

Keluarga adalah hidup kita


Pada waktu ini,terasa sungguh rindu pada emak dan adik-adik kat rumah. Biasalah,dalam adik beradik ni, kadang-kala, adalah sikit salah faham. Angah harap, Aboy (adik saya-hujung kiri,pakai baju putih) akan faham suatu hari nanti tentang apa yang angah cakapkan. Mak, pada usia 55 ni, harapnya kami semua dapat menyenangkan hidup mak. Tak perlu rasa susah macam dulu-dulu. Adik-adik (angkat), Izzat dan Luqman, kita adalah famili. Emh..terasa sebak kat dada ni.. [Gambar outing keluarga ke Lost World@Tambun] Posted by Hello

kemaafan

hari sabtu yang lalu, telah berjanji saya pada seorang rakan. janji tentang satu gathering yang sebenarnya sangat ditunggu-tunggu. malah, betapa bersungguhnya diri ini, dan juga rakan itu, janji diulang-ulang dan disemat dalam hati berkali-kali. janji pada pagi sabtu, bertemu di masjid upm, untuk menuju destinasi sesuai untuk lakukan janji: bertemu kawan-kawan baru, bersapa membina ukhkuwah.
malangnya,
janji tu tak tertunai oleh diri ini.jam 9.00 baru sedar diri daripada mimpi.weh, teman..maaf.maaf besar nih.nak jadi cerita, teman yang berjanji tu, memang bagus sekali, siap miscall/call jam 7:50 pagi.bagi tanda siapkan diri.tapi teman, handphone tengah dicas bateri, kat tingkat bawah, tempat beradu ditingkat satu lagi.itulah tak dengar suara telefon tu menjerit pagi-pagi.
maaf sekali lagi..
sorry bro, tak buat lagi!

Oh Kancilku! Posted by Hello

Sunday, June 05, 2005

terusik kenangan

Kadang-kadang, dalam hidup ini akan ada waktu kita merasakan sangat blues. dan pada waktu ini, perasaan biru ini sangat mendesak-desak hati saya. sejak maghrib tadi, berbagai-bagai perasaan datang. bila mengenang kembali apa yang telah berlaku, macam terasa saya seolah-olah tidak belajar banyak daripadanya. contoh: kenapalah si herman ni, masih lagi tak belajar untuk memujuk. dah beberapa artikel kat macam-macam majalah dibaca, tetapi macam orang tua kata, masuk telinga kiri,keluar telinga kanan, perkara itu tak lekat dihati.
susahkah untuk menjadi seorang lelaki yang bisa menggembirakan hati seorang wanita?susahkan untuk melafazkan kata-kata pujukan, andai walau dengan satu perkataan?
saya tahu, saya pernah melukakan hati.dan saya tahu, saya kerap mengulanginya. [tetapi kenapa setakat tahu, en.herman?] hati yang terluka, pasti sukar diubati.pasti akan berbekas dihati dengan parut kelukaan. dan parut itu akan kekal, dan dibawa sepanjang hidup.[ herman, mahukah engkau menjadikan hati wanita yang kau sayangi, penuh dengan parut kelukaan? pasti engkau tidak dapat menghilang parut duka pada hati seorang wanita yang lain itu, dan tidak cukupkah perbuatan itu?
hargailah hati itu, herman.parut dihati memang tidak akan nampak dimata kasar, tetapi...ia akan selamanya kekal.