Sebenarnya agak lama jugak cerita peribadi saya tidak diutarakan dalam Blog nih. Banyak kepada perkara sosial luar yang taklah begitu related dengan kehidupan sendiri. Mungkin juga sebenarnya menulis sesuatu yang bukan peribadi, adalah salah satu teknik diri sendiri untuk tidak begitu memikirkan mengenai hal diri sendiri.
Tetapi hari ini, tidak mungkin lari daripada perasaan gundah dalam hati setelah pulang sebentar ke Ipoh. Sesuatu yang mak katakan, walaupun tiada respon automatik daripada saya setelah emak melontarkan kata2nya, tetapi sepanjang perjalanan pulang ke Bangi siang tadi, kata2 emak seolah2 satu rakaman mp3 yang diulang berkali2 ke telinga.
Emak (atau apa sahaja panggilan anda: ummi,ibu,mummy etc) adalah insan yang istimewa dalam hidup. sebenarnya frasa "emak" itu bukan hanya merujuk kepada emak sendiri, tetapi generally kepada semua emak didunia ini. kalaupun ada pengececualian kepada keistimewaan itu, mungkin kepada emak2 yang membuang anak mereka ke dalam tong sampah/tandas/masjid/rumah orang dan lain2tempat . tetapi saya fikir, mereka ini adalah golongan terdesak, yang kadang2 keadaan memaksa mereka melakukan kezaliman yang akan menyebabkan mereka (sepatutnya) sesal di kemudian hari.
Sebenarnya, tak kiralah emak siapa, mereka adalah seseorang yang menyumbang besar kepada kehidupan anaknya. Secara genetik, 50% DNA anak itu adalah kepunyaan, diwarisi daripada emak. Dan menjadikan emak itu lebih istimewa apabila bendalir badannya, susu yang diminum oleh anaknya ketika bayi, menjadikan insan ini terlalu istimewa. Teringat satu perkara yang berlaku kira2 3 tahun dahulu, semasa saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dalam sebuah perhubungan, orang pertama yang saya hubungi untuk memaklumkan perkara itu adalah ibu kepada bekas kekasih saya itu. mohon dimaafkan segala silap salah, dihalalkan makan minum dan mohon dia memahami. pada waktu itu, saya juga memohon untuk dia tidak perlu menyampaikan kepada kekasih saya itu tentang keputusan itu, tetapi disudut hati, saya tahu dia akan "menolong" saya menyampaikannya. Secara tidak langsung. Dan telahan itu benar. Dia diberitahu oleh emaknya..katanya saya tak patut menyuruh emaknya merahsiakan perkara itu daripadanya. Tetapi, pada fikiran saya emak adalah insan yang dihormati, dan kerana hormatlah saya lakukan begitu dan kemudian berakhirlah kisah itu (walaupun bukan begitu sahaja...).
Tetapi, hari ini, bukan cerita itu yang mengetuk jiwa. Cuma tengahari tadi, mak saya berkata2 tentang akhirnya dia akan tinggal seorang di rumah. Sekarang, lepas SPM ni, adik saya Ayen mengikut Nini ke KL. Nak cari kerja katanya. Nana, nak ke Kuala Kangsar, juga mencari kerja sementara selepas habis pengajian sijilnya, Chai pun sedang mencari peluang kerja. Mak kata, Chai takder masalah nak dapat kerja, dah banyak temuduga yang dilaluinya. dan Aboy, entah..kalau dia mahu sambung belajar, mungkin dia akan ke asrama teknik. kalau pun dia tak sambung belajar, dia bukan lah akan duduk selalu dirumah. Oleh itu, mak akhirnya akan tinggal seorang dirumah. mak kata mak akan sunyi.
Perkataan sunyi itulah yang menyentuh hati. Mak ada meminta ayah pulang ke semenanjung, tetapi kata ayah, tempat kerja masih belum ada pengganti. tak boleh nak berhenti lagi walaupun kata ayah, dia pun dah tak larat kerja macam ni, berulang alik semenanjung-sarawak. Sebenarnya saya tak pernah terfikir, mak yang punya 8 orang anak akan sunyi juga akhirnya. Dan semasa meninggalkan rumah tadi, memang tinggal mak seorang dirumah. terasa sangat sayu. Sengaja di panjang2 masa duduk dirumah, walaupun pagi tadi sepatutnya sudah bergerak pulang ke KL.
Dalam memberi salam semasa meninggalkan rumah tadi, ada sebak di hati.
Mak akan sunyi nanti...
apalah yang boleh dilakukan oleh seorang anak ini?
4 comments:
hmm.. bila baca post nih.. terasa sayu pula... teringat mama kat kampung. . .
~harsha~:make a call,one call may just bring smiles to her all day long.
tomorrow.. i promise ;) now dah tido agaknya kot...
thanks! you're very right.. one call will make her day.
yeah.. been there and still now..
feels so sayu if my mom said she's lonely.. walaupun dekat rumah ada my dad & 2 org lagi my sisters but she's still lonely. betul la org ckp, walau ramai org di sekeliling kita tak semestinya kita akan rasa di 'accompanied'. klu dh hati rasa sunyi, camna² pun still sunyi.
i know there's nothing much you can do since you pun keje kat KL, but maybe you boleh balik hometown lebih kerap or you and your siblings gilir² balik rumah.. tak la your mom lonely sgt. A little sacrifice doesn't harm us aite? :-)
Post a Comment