Tuesday, March 15, 2005

:: Inspirasi ::


Hi..
Setiap kali menulis diruangan ini, saya sebenarnya dibayangi oleh tulisan-tulisan yang saya pernah baca di majalah atau diruangan artikel diakhbar. Sebenarnya tulisan-tulisan beberapa orang ini, sangat mempengaruhi saya sama ada secara langsung atau tidak. Malah sebenarnya saya sangat mengagumi cara penulisan mereka. Kadangkala, penulisan mereka ini sangat dekat dihati saya. Mungkin kerana penulisan itu lahir daripada pengalaman mereka sendiri, atau kadangkala pendapat mereka itu ditulis atas dasar ilmu yang mereka ada. Antara mereka yang sering saya ternanti tulisannya adalah Yuen** (beliau menulis di akhbar Kosmo, dalam ruangan "Karenah Yuen"). Penulisan beliau yang sungguh ikhlas, dapar saya rasakan dalam setiap kata-katanya. Begitulah hebatnya ayat dan perkataan dalam hidup saya ini.
Sebenarnya saya sangat meminati corak penulisan yang berdasarkan poengalaman. Ini kerana pengalaman adalah satu perjalanan cerita untuk sebuah kehidupan. Malah setiap pengalaman yang berlaku untuk seseorang itu, tidak semestinya ianya berlaku pada orang lain. Jadi kira-kiranya, saya boleh belajar sesuatu daripada pengalaman orang lain. Kadang-kadang, bila membelek Majalah Eh! pada bulan-bulan tertentu (ini kerana Eina tak beli tiap-tiap bulan Majalah ni.. p/s: sayang jangan marah yer..), saya akan bermula dengan membaca muka-muka terakhir majalah itu kerana disitu terdapat kolum-kolum editor dan pendapat. Kadangkala isu yang dikupas oleh penulis ini sangat mudah, tetapi ibarat petir membelah bumi, ia memberikan kesan yang mendalam dihati.
Jadi, kepada pembaca blog ini, anda juga boleh memberikan "pancaran petir" juga untuk saya.. apa kata kongsi dengan saya dengan menulis di ruangan komen. Kalaupun bukan saya yang terkena pancarannya, mungkin ada insan lain yang akan menerima cahayanya...
Fin!

** Yuen ialah bekas host 3R, dan sekarang merupakan seorang pengarah/penulis skrip/pengacara dll.

:: Life without a friend, is death without a witness ::

No comments: