Thursday, December 22, 2005

Kesihatan

Kebelakangan ini, kesihatan diri sentiasa menjadi sesuatu hal yang membantutkan perkara lain. Dalam kata lain, kesihatan diri sendiri baru2 ini sangat mengecewakan. Badan, kepala, perut, kaki… selalu sakit2. Kalau hari ini tak sakit kepala, mesti akan sakit perut. Kalau tak sakit perut, mesti badan terasa lemah yang akhirnya akan hanya membawa ke tempat pertiduran. Luka dikaki semkain merebak, entah kenapa lambat sungguh luka tu nak kering, dan sembuh.

Dalam seminggu, boleh kata kerap juga kepala ini dilanda sakit kepala. Kalau sikit, boleh jugak digagahkan untuk bergerak, tetapi ni satu penyakit yang buat kita terduduk dan tersandar. Kepala yang sakit ini bagaikan diikat dengan besi, kemudian besi itu diketatkan. Lagaknya seperti satu drama cina di tv, kisah pengembaraan ke barat oleh seorang sami bersama pengikut2 nya yang mana salah satunya adalah seekor beruk yg nakal; dan bila dia melakukan kesalahan besar, si sami akan membacakan mantera menybabkan satu objek dikepalanya yang seperti gelang itu akan mengecut dan mengikat kepalanya. Emh... seperti itulah kot rasanya setiap kali serangan sakit kepala itu berlaku. Akibatnya entah berapa banyak balm dan ubat tigerbalm tu dilumurkan dikepala. Dan jarang2 pulak dia baik dengan segera. Maka akan berlalulah satu lagi hari tanpa banyak perkara dapat dilakukan.

Perut pun sepakat, kalau hari ini kepala elok, maka dia akan memulakan episode kesakitannya. Bagaikan ada angin bergelodak didalam. Beberapa kali sudah berjumpa dengan encik tandas, tetapi penantian hanyalah seperti menunggu durian yang tidak gugur. Duduklah berapa lama, tetapi tiada apapun hasilnya.Dan sekali lagi tigerbalm akan disapu di perut, dan bergolek lagi dikatil.

Mungkin akibat tidak bersenam, badan semakin lama semakin berisi.perut semakin lama semakin ke depan. Bukanlah tak ada masa langsung, tetapi keazaman pun sangat rendah. Sekarang ni kaki pulak luka, menyebabkan kalau nak pakai kasut, kenalah tampal plaster. Pulak tu, luka tu semakin hari semakin besar, dan luas permukaannya semakin bertambah.huh, satu lagi alasan kenapa tak boleh nak pakai kasut sport dan kemudian berlari.

Apa akhirnya kepada episode kesihatan yang semakin terjejas ni? Umur baru masuk 26, tetapi badan semakin rendah daya kuat nya. Mesti lakukan sesuatu, dan hari ini sekurang-kurangnya telah lakukan sesuatu: menyedari yang sesuatu perlu dilakukan.

Monday, December 19, 2005

Selepas balik dari Ipoh

Sebenarnya agak lama jugak cerita peribadi saya tidak diutarakan dalam Blog nih. Banyak kepada perkara sosial luar yang taklah begitu related dengan kehidupan sendiri. Mungkin juga sebenarnya menulis sesuatu yang bukan peribadi, adalah salah satu teknik diri sendiri untuk tidak begitu memikirkan mengenai hal diri sendiri.

Tetapi hari ini, tidak mungkin lari daripada perasaan gundah dalam hati setelah pulang sebentar ke Ipoh. Sesuatu yang mak katakan, walaupun tiada respon automatik daripada saya setelah emak melontarkan kata2nya, tetapi sepanjang perjalanan pulang ke Bangi siang tadi, kata2 emak seolah2 satu rakaman mp3 yang diulang berkali2 ke telinga.

Emak (atau apa sahaja panggilan anda: ummi,ibu,mummy etc) adalah insan yang istimewa dalam hidup. sebenarnya frasa "emak" itu bukan hanya merujuk kepada emak sendiri, tetapi generally kepada semua emak didunia ini. kalaupun ada pengececualian kepada keistimewaan itu, mungkin kepada emak2 yang membuang anak mereka ke dalam tong sampah/tandas/masjid/rumah orang dan lain2tempat . tetapi saya fikir, mereka ini adalah golongan terdesak, yang kadang2 keadaan memaksa mereka melakukan kezaliman yang akan menyebabkan mereka (sepatutnya) sesal di kemudian hari.

Sebenarnya, tak kiralah emak siapa, mereka adalah seseorang yang menyumbang besar kepada kehidupan anaknya. Secara genetik, 50% DNA anak itu adalah kepunyaan, diwarisi daripada emak. Dan menjadikan emak itu lebih istimewa apabila bendalir badannya, susu yang diminum oleh anaknya ketika bayi, menjadikan insan ini terlalu istimewa. Teringat satu perkara yang berlaku kira2 3 tahun dahulu, semasa saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dalam sebuah perhubungan, orang pertama yang saya hubungi untuk memaklumkan perkara itu adalah ibu kepada bekas kekasih saya itu. mohon dimaafkan segala silap salah, dihalalkan makan minum dan mohon dia memahami. pada waktu itu, saya juga memohon untuk dia tidak perlu menyampaikan kepada kekasih saya itu tentang keputusan itu, tetapi disudut hati, saya tahu dia akan "menolong" saya menyampaikannya. Secara tidak langsung. Dan telahan itu benar. Dia diberitahu oleh emaknya..katanya saya tak patut menyuruh emaknya merahsiakan perkara itu daripadanya. Tetapi, pada fikiran saya emak adalah insan yang dihormati, dan kerana hormatlah saya lakukan begitu dan kemudian berakhirlah kisah itu (walaupun bukan begitu sahaja...).

Tetapi, hari ini, bukan cerita itu yang mengetuk jiwa. Cuma tengahari tadi, mak saya berkata2 tentang akhirnya dia akan tinggal seorang di rumah. Sekarang, lepas SPM ni, adik saya Ayen mengikut Nini ke KL. Nak cari kerja katanya. Nana, nak ke Kuala Kangsar, juga mencari kerja sementara selepas habis pengajian sijilnya, Chai pun sedang mencari peluang kerja. Mak kata, Chai takder masalah nak dapat kerja, dah banyak temuduga yang dilaluinya. dan Aboy, entah..kalau dia mahu sambung belajar, mungkin dia akan ke asrama teknik. kalau pun dia tak sambung belajar, dia bukan lah akan duduk selalu dirumah. Oleh itu, mak akhirnya akan tinggal seorang dirumah. mak kata mak akan sunyi.

Perkataan sunyi itulah yang menyentuh hati. Mak ada meminta ayah pulang ke semenanjung, tetapi kata ayah, tempat kerja masih belum ada pengganti. tak boleh nak berhenti lagi walaupun kata ayah, dia pun dah tak larat kerja macam ni, berulang alik semenanjung-sarawak. Sebenarnya saya tak pernah terfikir, mak yang punya 8 orang anak akan sunyi juga akhirnya. Dan semasa meninggalkan rumah tadi, memang tinggal mak seorang dirumah. terasa sangat sayu. Sengaja di panjang2 masa duduk dirumah, walaupun pagi tadi sepatutnya sudah bergerak pulang ke KL.
Dalam memberi salam semasa meninggalkan rumah tadi, ada sebak di hati.
Mak akan sunyi nanti...
apalah yang boleh dilakukan oleh seorang anak ini?

Sunday, December 18, 2005

Hola..
Semalam masa baca KOSMO, ada satu artikel yang berkaitan dengan filem baru Cip KODOK (Afdlin Shauki).. So enjoy lah keratan artikel ini-
Baik Punya Cilok - Lu Cilok Gua, Gua Cilok Lu



note: taken from KOSMO, segmen Glamorama, 17 Disember 2005.

Saturday, December 17, 2005

Baik Punya Cilok - preview


"Lu cilok gua, gua cilok lu"
Sebuah lagi buah tangan daripada aktor/pengarah/penyanyi/pelawak/penulis lagu/penulis skrip yang cuba mengembalikan senario "buddy movie" seperti waktu kegemilangan filem2 arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Aben (Afdlin), Bob KP (Awie), Wak (AC Mizal) dan Jerry (Hans) adalah watak2 yang memberikan dimensi baru dalam teknik penceritaan dan garapan filem kita. Sesuatu yang berlainan, melalui flashback yang diadakan dengan still photo berbanding filem2 lain yang melakukan flashback dalam bentuk yang seperti biasa kita tonton. Penceritaan juga diselang selikan dengan gaya dikir barat atau bahasa ala berdikir, juga satu sentuhan yang segar dan boleh dibanggakan.

Baik Punya Cilok adalah filem mudah, kelakar dan dekat dengan kebanyakan daripada kita. Mengambil tema dan premis yang juga dekat dengan kita, gaya penceritaan nya yang bersahaja menjadikan Baik Punya Cilok adalah must see movie untuk kita semua. Bukan sekadar kodok2 yang sentiasa menyokong karya seni Afdlin, saya merasakan Baik Punya Cilok adalah filem yang sangat dekat dengan kita, maka adalah wajar kita menontonnya. Mungkin sesetengah daripada kita kurang gemar dengan sesetengah filem Melayu kerana paparan filemnya adalah terlalu berbeza dengan gambaran sebenar kehidupan realiti, tetapi Baik Punya Cilok adalah sebuah filem yang seperti sewaktu rakan karib kita bercerita kepada kita. Segar, jujur, mudah dan bersahaja.

Di filem nanti perhatikan babak2 berikut yang mana bila anda keluar panggung nanti, anda pasti akan ketawa sendiri, atau bila anda bercerita bersama rakan anda, ianya pasti akan menyebabkan anda (dan kawan anda) ketawa dan gembira:
1. Masa Bob KP diperkenalkan kepada penonton, siapa Bob KP, macam mana sikapnya..
2. Sesi latihan stamina yang dikendalikan oleh Bob KP untuk Aben, Wak, Jerry dan Leman (Harun Salim Bachik)
3. "Mana la keledek dan lobak aku ni?" Tengok apa yang berlaku...
4. Leman pergi carik stokin wanita untuk buat cover muka.

Ada lagi beberapa scene, tetapi adalah lebih baik korang semua saksikannya sendiri di pawagam bermula 22hb Disember ini..

Sesi preview Baik Punya Cilok yang berlangsung pada 13 Disember 2005 di GSC Midvalley yang lalu, menemukan saya dengan beberapa kodok yang sesama menyokong perjuangan seni Afdlin aka Cip Kodok (khususnya) dan juga industri filem Malaysia amnya. Terima kasih untuk Anne, daniel, eleen, fiza, amin, ana, lizzam, nana, lynnzul, wan, pye, shidah, nina, wan, dan core. Korang boleh gak klik kat nama2 diorang ni untuk review filem Baik Punya Cilok.

Well..
Good luck untuk Baik Punya Cilok, Well done Cip! Lu cilok 4 bintang dari gua!


nota: "kodok" adalah merujuk kepada penyokong2 Afdlin. maklumat lanjut sila layari blog Afdlin.

Friday, December 02, 2005

Iklan percuma

Sebagai menyokong industri muzik tanah air: kat sebelah kanan tu ada banner pasal Nikki MI. kalau korang minat, klik la. beli la.

p/s: saya pun tak beli lagi, tapi review kat surat khabar, banyak bagi komen2 yang baik.