Tuesday, August 16, 2005

6 finalist Akademi Fantasia 3

Bertempat di Atmosphere, TwelveSI, Kuala Lumpur, pada 14 Ogos 2005. Masa yang dicatatkan di tiket masuk adalah dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Tiket; Eina beli top up Hotlink RM10, dapat satu tiket. Beli dua top up RM10, dapat dua tiket; satu untuk saya, satu untuk dia.

Huh, demi Konsert Eksklusif AF3, kami meredah hujan lebat yang turun sejak jam 2.oo petang. Saya yang memandu Kancil dalam hujan, dan Eina melilau mata melihat tepi2 jalan kerana kedua2 kami tak tahu kat manalah terletaknya Atmosphere, TwelveSI ni. Dan akhirnya...selepas satu round pusingan tak jauh daripada Hard Rock, kami menjumpai tempat tu. [Dah banyak kali lalu di Jalan Sultan Ismail tu menghala ke KLCC, tak pernahnya saya ambil tahu nama kelab2 kat situ]. Nasiblah, banner2 Hotlink memberi petunjuk kepada tempat tu. Kemudiannya kami mencari parking kereta. Hujan semakin lebat. Ditambah pulak dengan angin yang bertiup dengan sungguh kuat. [Rahmatnya hujan petang itu, bila jerubu yang melanda Lembah Kelang sejak seminggu yang lalu, telah semakin berkurang selepas itu].
Kami beratur.Bertolak2an.Serbu ke pentas. dan basah!
Kata pukul 3.oo petang, tapi lambat sungguh untuk mula! Sehingga lebih kurang hampir ke jam 4.00 petang, barulah persembahan bermula. Si deejay yang tak habis-habis kata persembahan akan bermula sebentar lagi, dan berulang-ulang memainkan lagu baru Hotlink (oleh Siti Nurhaliza), rasa macam nak campak kasut jer kat dia. Ces...


Felix memulakan persembahan yang hangat (dalam itu, saya sebenarnya sangat kesejukan...hujan membasahkan kasut, seluar, batu etc..sigh...) dengan lagu daripada Amuk - "Matahari". Felix, naib juara AF3 ni, memang suka lagu rock gamaknya. Overall persembahan Felix biasa jer, takder tarik2 suara macam lagu "Tiada Lagi Kidungmu" dan "Hukum Karma". relax2 jer. Tapi oklah.



Kemudian, duo Kefli dan Yazer menyanyikan lagu "Hati Emas". Sebenarnya sessi ni untuk Kefli, tapi biasalah si Yazer, back up singer untuk Kefli. Tapi Yazer memang penyanyi yang baik, sebab apabila sessi dia..dengan suara rock serak2 basah tuh, layan lagu "Pupus", peghh... memang layan. Kata yazer, dia pernah bertepuk sebelah tangan [Jadi sapa nak bertepuk tangan ngan Yazer, sila angkat tangan... Err, Eina, awak takleh angkat tangan.]Dan masa Kefli dan Yazer menyanyi kat pentas nih, cam biasa, perempuan2 jerit2. Sigh...

Alamak...(hati cair..hati cair..tolong!tolong!)

Marsha lah.

Heheh.. Marsha nyanyi lagu Saloma/Sheila Majid-alamak, lupa lak nama lagu tu.tapi lagu tu Marsha nyanyi masa final AF3 itu hari. Cuma masa ni, lupa lak tajuk dia. Sesiapa yang ingat, tolong refresh saya...Masa Marsha nyanyi, ada pulak "mamat" ni siap naik atas pentas untuk bergelek2 lak. Ces..mentang2 la Marsha nih bersukan (sporting, lah).

Amylea yang kecik comel, [serius, memang kecik jer adik ni] menyanyi kan lagu final concertnya, Sweet Child O'mine (original singer, the coolest rock band -Guns and Roses).

Yeah!Yeah! Lompat! Lompat! Cam best jer. Ada satu shot tu, Amylea memang dekat giler ngan saya, dan siap head banging lagik tu. Dapat la wat short movie ngan digital camera tu..

Dan akhir sekali, lepas orang menjerit2 panggil nama mamat ni (sejak mula konsert), dan entah berapa kali si deejay nih suruh jerit "World!!!", barulah Mawi keluar. Mawi nyanyi lagu Jawa (dia yang cakap) bertajuk "Beautiful Maria". Ala, cam kita tengok kat tv gak. Adalah perasaan macam dicubit2 oleh Marlia Musa, cam kat diari tu. Mawi kata, world2 jugak, akhirat jangan lupa. Mawi siap ajak semua berselawat keatas Rasulullah (S.A.W) dalam Atmosphere, TwelveSI tu. Huh, bergegar!

Personally, saya memang rasa dia ni something jugak ah.

Dan persembahan berakhir dengan lagu "Menuju Puncak" dan sesi beramah mesra (alah... tangkap2 gambar, sign2 autograph) antara 6 finalist ni ngan 30 penonton bertuah (yang mana diorang ni telah dipilih sebelum konsert bermula untuk naik ke atas pentas, dan kemudian kena jadi model Hotlink dengan melakukan catwalk, bergelek dangdut, dan menari hindustan dengan lagu Kuch2 Hota Hai)... Mana2 yang tak dapat naik tu, duduk la kat bawah tunggu2, kalau2 ada peluang naik.

Saya dan Eina... blah jer dari situ lepas Eina naik pentas tangkap2 gambar ngan diorang.

Hujan dah berhenti, jam dah dekat 6.oo petang. Eksklusif? Emh..

Note: adalah beberapa shots lagi gambar, tak tahu nak post kat mana. Friendster ker, photopages ker, tapi kalau dah ada link nanti, sesapa nak tengok, boleh la...

No comments: