Monday, December 17, 2007
Hilang fokus dan tercari-cari sesuatu yang hati dan otak tidak selari dalam mencarinya
Tuesday, December 11, 2007
Hujan di Kuala Lumpur, Banjir di Kelantan
Aku ada rasa sedikit tak percaya pada blogger ni. Apahal entah, entri aku yang sudah sejengkal aku tulis, meluahkan rasa tak puas hati aku, tiba-tiba tidak dapat diupload.Dan kemudian hilang.
Lebih malang, aku patut save or copy dulu entri tu sebelum tangan gatal aku hit "Publish Post" button tu. Padahal hati dah sound tadi.
Sekali lagilah aku tulis: Tajuk entri ni takder kena mengena dengan apa yang aku nak tulis ni. Sebab apa yang aku tulis ni sebenarnya tentang perasaan tak puas hati dan rasa terikat serta mulut terkunci daripada meluahkan rasa yang terbuku didada.
Aku fikir, faktor umur adalah penyebab utama kenapa aku semakin kurang vokal terhadap apa yang hati aku rasa?
Kenapa aku cakap macam tu?
Kalau rasa yang sama ini hadir dalam jiwa aku pada ketika aku berusia awal 20-an dahulu, ketika nafsu remaja membuak-buak, ketika agresif aku berada dipuncak, pasti tindakan aku lebih fizikal dan keras. Jadi, pada usia yang menginjak ke akhir 20-an ini, jika bukan kematangan yang menjadi penghalang kepada tindakan-tindakan "agresif tanpa banyak berfikir" aku, pastilah kerana tahap testosteron aku semakin rendah.
Mungkin Power Root boleh membantu.
Aku sebenarnya semakin bosan dengan isu-isu kat Malaysia ni. Isu banjir, isu rasuah, isu barang naik, isu tol dan petrol naik, isu SPR tak telus, isu orang India tak puas hati, isu surau kena runtuh dan banyak lagi. Sama ada benar atau terancang setiap daripada peristiwa ini, aku jadi lebih bosan bila aku rasa aku tidak dapat meluahkan rasa/pendapat. Mungkin juga perasaan ini ada dalam hati beberapa rakan aku, bezanya mereka tidak bekerja dengan majikan yang tidak perlu mencarum PERKESO. Jadi mereka boleh bersuara. Tulis la kat blog. Pergi berdemonstrasi. Rakam pancutan air berbahan kimia oleh pihak berkuasa(?) dan upload di YouTube. Suara mereka tertulis. Bahasa mereka terbaca. Kata-kata mereka terakam.
Aku?
Paling-paling pun meluahkan rasa kepada sang isteri yang sekali sekala memberikan respon, dan mungkin dalam kebanyakan waktu yang lain berkata didalam hati "apakejadnya suami aku ni?"
Saturday, November 17, 2007
Budak hilang
Setelah saya copy dan paste maklumat-makulumat yang penting seperti yang diberikan diemail, tergerak hati saya untuk membaca susulan email yang berkaitan dengan kes tersebut. To my suprise, rupa-rupanya kes itu cerita lama dan sudah pun ditutup.
Malang sungguh bila orang menggunakan kemudahan internet ini untuk sesuatu yang tidak benar, palsu dan mungkin fitnah.
Friday, November 09, 2007
KisSing (4)
Pekerja Pasar Tesco: Kak, ikan ni nak siang ke nak potong?
Akak yang tak tahu: Saya tak tahu la. (Geleng kepala.Dahi berkerut. Muka tak faham)
Saya (yang menyibuk): Kak, siang tu maksudnya buang insang sahaja, dan tak kerat ikan tu. Potong tu maksudnya, kerat ikan tu kepada beberapa bahagian. (Ya, dialog bahasa melayu secara hampir tepat nahunya dan tatabahasanya).
Akak yang tak tahu (sekarang dah tahu): Oo... Siang je lah. (Angguk kepala.Dahi dah tak berkerut. Muka dah nampak faham)
Pekerja Pasar: Baik kak.
KisSing (3)
Mukhsin: Aku ni baru je berjinak-jinak...Tak pernah turun green lagi.. tapi dah lebih 100m laa
kalau driving range..cuma feeling pukul atas green berbeza dari dekat driving range.Aku dengar cerita org lain aaa... Kalau nak join aku, setiap Selasa di Bukit Jalil
Golf Club, 8.30 malam dan Cyberjaya Driving Range (depan MMU) setiap Khamis
jam 6 petang.
Sulaiman angguk.
Mukhsin: Kalu kau turun driving range, ajak aku. Aku tengah cari kengkawan nak kasi cukup
flight. Dapat 4 orang dah boleh masuk mana-mana green.
Sulaiman angguk lagi dan berkata;
Sulaiman: Kau boleh represent batch kita..senior kita akan organize golf event untuk
ANSARA tak silap, Januari / Februari 2008..ada 3-4 bulan lagi nak practice
swing!!
Mukhsin: Kau pun bukan lagi hebat dari aku ke dalam golf??? Dengar citer kau dah main
beberapa tournament dah.
Sulaiman: Adala jugak...Aku ingat hari ni nak main..tapi CD pulak tertinggal kat rumah!
Mukhsin: ??
**Mukhsin dan Sulaiman adalah bukan nama sebenar.
Friday, October 26, 2007
KisSing (2)
KisSing (1)
Berbudi bahasa itu penting.
Sangat penting sehinggakan kesan dan akibat daripada berbudi bahasa ni kadang-kadang membuatkan seseorang memberikan respond yang abnormal dan sangat menyentuh kalbunya.
Petang tadi, tangan dan hati tanpa sangsi memilih barang-barang di sebuah kedai.
Satu diambil.Satu diletak ke bakul.
Dua diambil. Menyertai satu dibakul.
Hingga bakul separa penuh.
Dikaunter,tokei kedai mula mengimbas kod bar barang.
Satu barang..tut..tut.. RM10.90 di panel cash machine nya.
Dua barang..Tut..tut..RM15.90 ditambah.
Hingga barang terakhir daripada bakul separa penuh, jumlah kesemuanya RM132.50.
Kad kredit dihulur.
"Encik,kad kredit ni dah patah" kata tokei.
"Takper,cuba dulu." kata siapa lagi.
"Encik,chip failed" kata tokei.
"Takper, cuba kad ini pula." Tangan cepat-cepat keluarkan kad lain dan beri pada tokei.
"Encik, chip failed juga" kata tokei.
Cis!
"Takper, saya bayar cash."
Muka rasa panas.
Tangan cepat-cepat keluarkan kepingan wang kertas.
"Tapi Encik kena bayar ngam-ngam RM132.50"
Ces. Demand pulak!
Geram la nih.
Muka lebih rasa panas.
Tangan lebih laju mengorek-ngorek dompet.
RM132.50 bertukar tangan 10 saat selepas itu.
Kemudian, senario ini tiba-tiba berlaku...
"Wah! Encik memang bagus. Saya suka customer macam encik. Encik cekap lah. Encik pandai lah. Datanglah lagi kesini. Nanti saya boleh bagi diskaun dan seterusnya.." dengan suara yang begitu teruja dan mesra, tak macam masa bilang kad kredit aku di reject tadi.
Secara otomatis ketika itu,muka jadi tak panas dah. Senyum terus sampai ke telinga. Badan dah terasa ringan dan melayang-layang dengan pujian...
Kan penting budi bahasa tu?
Tak sedar harga RM132.50
Tak ingat kad kredit tak boleh guna (kenapa eh?gua dah bayar ok....)
Jadi,berbudi bahasalah kita yer?.
Nota kaki: Gambar Maisarah di kolam tiada kaitan dengan KisSing ni, sekadar hiasan dan makluman, Maisarah first time masuk kolam dan dia suka mandi kolam!
Tuesday, October 23, 2007
Ouchh!
Silap sendiri jugak.
Ahad malam lepas, sambil menunggu order nasi goreng kat desa pandan, hujan turun renyai-renyai.Tak lebat, rebas kata orang. Tapi mamat yang goreng nasi goreng tu punyalah lama, sampai kan hujan yang turun sikit-sikit tu mulai menunjukkan kesan diatas tubuh yang menunggu nasi goreng, di bawah hujan.
Balik rumah, terus tidur. Nasi goreng pun tak dimakan.
Hari isnin, jam 6:00pagi sudah terasa denyut-denyut kecil dibelakang kepala. 2biji panadol dimakan dan tidur semula. Bagitahu Eina, tak boleh nak gi kerja, dia kena ambil public transport untuk ke UKM.
Dan hari isnin berlalu dengan 6 biji panadol ditelan tapi denyut-denyut kecil itu hanya semakin menggila.
Hari ini, 5 biji panadol (sebiji panadol terjatuh, kalau tak jadikla 6 biji) dah ditelan. Tapi sampai saat ni, sakit kepala ni masih bermastautin.
Help!
Friday, October 12, 2007
CyberCafe
Wednesday, October 03, 2007
Iftar@Cozy House
Iftar pertama diluar bersama rerakan kodoks sangat dinantikan. Apatah lagi, ms. gorgonizer telah bertungkus lumus membuat tempahan di Cozy House, Great Eastern Mall Ampang sejak awal lagi. Malah sebelum itu, banyak laman web yang diluncuri untuk mencari nombor telefon tempat yang bernama Cozy House ini. Kata orang, makanannya sedap.
Panggilan jam 1:00 petang Ahad itu oleh ms.gorgornizer meminta saya dan cik crabster memberikan menu untuk kami makan di Cozy House petang itu, disambut dengan ngangaan besar mulut kami. Mana nak tahu makan apa, dan mana pernah pergi ini Cozy House..Tapi kami order jugak. Dalam minit terakhir saya menukar order sebab order pertama saya tidak ada dalam senarai Cozy House, kata ms.gorgenizer susah betul nak dapat line di Cozy House tu.
Itu bukanlah sesuatu yang teruk dalam pengalaman pertama diCozy House ini.
1. Mulut kami lebih ternganga besar bila dimaklumkan tempahan ms.gorgonizer telah terdelete dan ini menyebabkan kami hanya boleh masuk di Cozy House pada jam 7:30malam
2. Bila kami sampai jam 7:30 malam di Cozy House tu, kami belum dapat masuk dan ms.gorgonozer still kena beratur, dan menunggu (dan kami pun menunggulah) walaupun telah membuat tempahan (yang telah terdelete dan diundelete kan)
3. Ada pulak 3 jenis line, yang mengamalkan budaya dijalan raya Malaysia iaitu "potong sesuka hati aku kerana macam aku sorang bayar road tax" yang menyebabkan penantian kami bertambah bila cik gorgonizer di potong barisannya
4. Akhirnya dapat masuk dan ditempatkan kat meja yang tak cozy langsung. Sila rujuk gambar sebenar di blog pye
5. Air orange juice saya paling kecik berbanding apple juice crabster, or ice lemon tea shidah/pye or even carrot juice lizzam
6. Pye et al. lambat dapat drink dan bila panggil waitress untuk check mana drinks yang tak sampai, datang la pulak waitress ni dengan order slip yang menurutnya takder pun senarai drinks tu padanya. Aiyah.. terdelete la tu, lagi mahu tunjuk-tunjuk bukti konon tak bersalah
7. Mintak air kosong sejuk, tapi yang sampai air suam sebab ais dah terdelete on the way nak sampai meja kami
Apapun, gembira dapat together-gether with my fellowships of the kodoks. Thanks guys!
Oh, the food is okay-lah by the way (8 patah perkataan sahaja). ** I ordered Chicken Chop with gravy and cik crabster ordered Fish n Chips.
<--The fellowships of the Kodok without the Cip
Jantung untuk Hui Yee
Jadi seluruh media massa menyeru untuk membantu Hui Yee. Membantu Hui Yee bermakna satu nyawa perlu pergi, demi memberikan nyawa buat Hui Yee. Bukan sesuatu yang senang.
Ada pendapat berkata, inilah masa untuk mereka yang merasakan diri tidak pernah berbuat amal kebajikan, peluang untuk menebus dosa setelah dirinya meninggal.
Apapun, apa kata mat-mat rempit diluar sana: Jika anda ingin berlumba dihari raya nanti, dan anda rasa ada kemungkinan anda akan mati kerana perbuatan sia-sia anda, jangan lupa hubungi Utusan Malaysia di talian 03-9221 7055 sambungan 123 dan dermakan jantung anda kepada gadis yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini dengan menghubungi Pusat Transplant Negara di talian 03-2615 6576 atau talian bebas tol 1-800-88-9080.
Jangan lupa ya. Anda boleh beramal selepas anda meninggal.
Friday, September 21, 2007
Alfatihah untuk Nurin Jazlin
Meskipun ada percanggahan maklumat, dalam laporan diberita mahupun surat khabar, (rujuk: http://nurinjazlin.blogspot.com/) namun isi penting keseluruhan peristiwa ini masih relevan untuk kita sama-sama mengutuk perbuatan penjenayah kurang ajar, kejam, sadis dan zalim ini. Tidak wajar lagi dituturkan sebagai "apakejadahnya perbuatan ini", tetapi kalau mencarut pada orang ini (sekali lagi, layak kah dipanggil orang?) pun adalah tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan.
Ujian DNA adalah tepat. Tak perlu dipertikaikan. Memang sukar untuk menerima, tetapi mungkin untuk anak kecil yang mengidap penyakit darah tinggi ini, tidak menerima rawatan sepanjang tempoh diculik, ada kebarangkalian susuk tubuhnya susut dan berubah. Tak dapat dibayangkan tentang deraan dan kezaliman yang dilakukan, hingga merubah struktur wajahdan gigi anak kecil ini, dan lebam-lebam dimuka nya. Apatah lagi deraan seksual yang dilakukan... Ya Allah...betapa terseksa anak ini.
Anak menerima 50% DNA daripada bapa dan 50% lagi daripada ibu. Dalam ujian DNA, beberapa lokus (kawasan) pada DNA yang dipanggil STR akan diuji. Setiap lokus ini akan memberikan keputusan alel yang dikongsi oleh anak daripada ibubapanya dan kebangkalian alel ini dikira dengan statistik yang kita namakan Parentage Index (PI). PI ini dikira sebagai relatif keunikan diantara alel yang menyamai alel ibubapa. Semakin tinggi nilai PI, semakin unik persamaan anak antara anak dan ibubapanya. Mungkin contoh dibawah dapat membantu sedikit (bukan DNA Nurin dan ibubapanya) penjelasan tentang ujian DNA:
Untuk ibubapa Nurin, bersabarlah. Kita sama-sama berdoa supaya allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal. Jangan bimbang, jika bukan didunia ini, diakhirat nanti pasti dia/mereka akan menerima hukuman Allah.
Wednesday, September 19, 2007
7 hari berpuasa
Wednesday, August 29, 2007
Saya bertanya pada saya tentang MERDEKA
2hari lagi, kita bakal menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Saya terfikir...
-saya tak letak bendera kat kereta,saya tak merdeka ke?
-saya tak catkan warna jalur gemilang kat dinding rumah,saya tak merdeka ke?
-saya tak sertai perarakan nanti,saya tak merdeka ke?
-saya tak pergi tengok percikan bunga api nanti,saya tak merdeka ke?
-saya tak pergi kelab malam yang ada sambutan kemerdekaan,saya tak merdeka?
-apa saya buat untuk merdeka ini?
Takda apa.
Jadi saya tak merdeka?
-Jadi orang yang letak bendera kat kereta,Merdeka?
-Orang yang cat rumah dengan warna Jalur Gemilang,Merdeka?
-Mereka yang sertai perarakan sahaja yang Merdeka?
-Mereka yang tengok percikan bunga api,Merdeka?
-Pergi kelab malam yang ada sambutan kemerdekaan,Merdeka?
Emh..kata hati saya,saya tetap MERDEKA.Saya bersyukur pada Allah atas kurniaan kemerdekaan ini(semoga ianya terus berkekalan,Aminn...).Berterima kasih pada pejuang yang ternama dan tidak bernama yang mendapatkan kemerdekaan ini. Generasi pasca merdeka perlu membaca sejarah yang benar tentang kemerdekaan ini.Barulah kamu boleh berbangga dengan benar,bila bendera berkibar di atas kereta kamu..
Eh,masa saya "google" perkataan merdeka, saya terjumpa kartun ini:
Merdeka kah kita?
Sunday, August 19, 2007
Attitude
Saturday, August 11, 2007
Friday, July 27, 2007
myresearch
I dont mean to talk about my work here,but this thing is so complex and it already took half of my day, waiting the process to finish. I dont know why the process is sooooo slow today..
Aiyah, AutoDock..cepat sikit boleh?
Sunday, July 08, 2007
Nota buat Anak
Pernah satu ketika, saya terfikir; boleh ke anak ini bermanja dengan papa nya ni. Sementelah, papa dia ni bukannya pandai memanjakan orang (tanya mama sarah..), jadi macam mana yer?Tetapi, itulah keajaiban yang sering kali berlaku, dan terus berlaku sepanjang masa ini. Maisarah pandai bermanja dengan papanya (mungkin dengan mamanya lebih-lebih lagi), dan papa nya berani jugak nak memanjakan maisarah. Nampak macam menjadi jer proses manja-memanjai itu.
Kuasa Papa!
Heh!
Tuesday, May 29, 2007
Komik
Utopia High (UH) adalah antara karya Slaium yang bagi saya penuh dengan ideologi dan pemikiran yang sangat memberansangkan. Kalau disusuri penceritaan karya ini yang berlatarbelakangkan kisah pelajar sekolah (daripada sekolah rendah hingga menengah), kisah ini menekankan tentang prinsip hidup, dan prinsip persahabatan yang kuat. Idea yang diselangi dengan beberapa "quote" dan kadangkala lirik lagu, menjadikan bacaan santai ini sangat bermakna.
Sunday, May 27, 2007
1st Anniversary
Tuesday, April 10, 2007
Debut
Tanggal 24 Mac 2007, jam 10:08 malam di Hospital Kuala Lumpur, anakanda yang dinanti-nanti dilahirkan secara pembedahan. Eina diberikan induce jam 12:00 tengahari selepas menunggu tanda-tanda sakit bersalin secara semulajadi tidak berlaku. Pada 24 Mac, usia kandungan adalah 10bulan 9hari, dan Eina belum menunjukkan rasa sakit untuk bersalin. Oleh itu, induce perlu diberikan dan nampaknya berkesan.
Jam 7:30 malam, Eina dibawa ke labour room selepas pemeriksaan menunjukkan ada tanda-tanda untuk melahirkan. Dan bermula saat itu, entah kenapa detik waktu rasa terlalu lambat. Jam 8:40 malam, saya dibenarkan masuk ke dalam labour room untuk berada disisi Eina. Dengan hati yang berdebar-debar dan perasaan yang berkobar-kobar, saya mahu berada disisi Eina untuk memberikan semangat.
Eina mencuba dan mencuba tapi tidak berjaya. Kesian juga melihatkan si isteri yang cuba meneran sekuat tenaga, tetapi masih tidak berjaya. Kata Dr, baby masih jauh walaupun laluan telah terbuka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menggunakan vacuum.
Entahlah, waktu itu terasa longlai kaki ini bila diarah keluar kerana Dr ingin melakukan prosedur itu. Diluar labour room, saya menunggu dan berdoa. Jam 915 malam, seorang Dr wanita keluar dan masih terngiang kata-katanya:
”Encik suami Zarina?”
Saya mengangguk. Hilang suara.
”Keadaan jantung baby lemah. Jadi untuk menyelamatkan kedua-duanya, kami perlu menjalankan pembedahan sekarang juga”
Saya mengangguk lagi.
”Encik faham?”
Saya mengangguk juga.
”Betul faham?”
Mungkin muka yang blur dan perasaan yang kucar kacir membuatkan reaksi muka saya sungguh mengelirukan. Dengan suara yang tersekat dikerongkong saya menjawab faham.
Diluar dewan bedah, hati dan mulut terkumat kamit berdoa. Segala ayat yang saya tahu habis sudah dibaca. Dan bila jururawat keluar pada jam 10:30malam, mendukung seorang bayi dan mencari suami Puan Zarina, saya cepat-cepat bangun. Jururawat suruh mengecamkan jantina dan kemudian bayi dibawa pergi.
Belum ada lagi saya teruja kerana Eina masih didalam. Dan jam 11:00 malam Eina ditolak keluar diatas katil beroda dan ayat pertama yang keluar daripada mulutnya;
”Dah tengok baby? Tak muka abang kan?”
Huh?Saya tersenyum (kelat)...
Tuesday, March 13, 2007
Nota 9: Belum lagi...
"Qicha: mana adik ni??"
In medicine cardiotocography (CTG) is a technical means of recording (-graphy) the fetal heartbeat (cardio-) and the uterine contractions (-toco-) during childbirth. CTG can be used to identify signs of fetal distress.
Friday, March 02, 2007
Nukilan 8: Joran di tangan
Matahari juga sudah berwarna kejinggaan
Tanda malam dan siang bakal bertukar pekerjaan
Kerana itu sudah perjanjian
Joran telah banyak kali dilontar
Umpan sudah sedikit tinggal di pelantar
Namun belum ada ikan berjaya dinaikkan
Anak isteri dirumah apa nak dimakan?
Ikan oh ikan
Kenapa kau tak makan umpan?
Makan la umpan wahai si ikan
Dapat ku masak jadikan santapan
Tidak lama matahari pun tenggelam
Pulang si pemancing tanpa balasan
Atas kesabararan dan masa yang dikorban
Rasanya mahu jer dicampakkan joran...
Begitulah perumpamaan kehidupan
Seperti mencampakan joran dan umpan
Penuh cabaran dan perlukan kesabaran
Ada rezeki pasti ada balasan
Cerita 7:Menghitung hari
Eina akan duduk dirumah sampai tiba masanya untuk melahirkan "sidia" yang kami nantikan. Sama ada saya akan terkocoh2 balik dari office dan hantar ke hospital atau ketika Eina rasa tanda2 bersalin saya ada disisi, itulah yang akan saya nanti-nantikan.
Kalau belum bersalin minggu depan, saya akan duduk diBangi sendiri. Mudah untuk ke UPM atau Ke Nottingham University sebenarnya, nak siapkan kerja penyelidikan yang Insya Allah akan tamat tengah tahun ni.
Emh..
Apapun, doakan kesejahteraan Eina dan baby... yer?
Terima kasih.
Tuesday, February 06, 2007
Kisah 6: Sesuatu yang tidak terlihat...
Catitan 5: Kehilangan...
Mama** membuat pengubahsuaian rumah di Kampung Pandan. Membuat beberapa bilik baru untuk anak-anak dan menantu. Akibat daripada pengubahsuaian itu, rumah Mama di Kampung Pandan itu memang rompong tidak berpintu. Dinding depan rumah telah dirobohkan dan tiada pintu yang menjadi laluan utama. Dalam erti kata lain, rumah Mama yang belum siap itu dapat dilihat jelas isi rumahnya daripada lorong depan rumah. Malah orang yang lalu lalang memang tak lepas memandang rumah itu. Apatah lagi jika ada mata yang sememangnya bersambung dengan ligat akal yang penuh dengan niat jahat.
Malam Ahad yang lalu, saya dan Eina balik ke Kampung Pandan, ke rumah Mama selepas petangnya kami menghadiri majlis sepupu yang melangsungkan perkahwinannya di Shah Alam. Macam kebiasaannya, saya akan menjadi jurufoto tak bertauliah. Banyak jugak gambar yang berjaya di"snap" petang itu. Walaupun cuaca panas, oleh kerana minat, merakamkan gambar ini semacam satu kepuasan bila dapat merakamkan detik-detik bermakna untuk kedua mempelai. Daripada mula berarak hinggalah tangan menyuap santapan raja sehari kemulut pasangan. Segalanya terakam di kamera digital kecil ditangan.
Balik dari Shah Alam, mungkin kerana panas disiangnya, migraine menyerang. Tak banyak perkara dibuat malam itu, hanya berbaring sambil mata menonton ABPBH. Lepas mandi, terus saya ke ruang tamu yang tidak berdinding itu, menghampar tilam dan meletakkan kepala yang sakit berdenyut2. Kamera dan handphone diletakkan diTV, tak jauh daripada tilam tempat berbaring.
Berbaring untuk melelapkan mata, tiba-tiba handphone berbunyi. Isteri mengambil handphone dan memberikan kepada saya yang terlantar ditilam dengan jari memicit kepala. Rupa-rupanya sms daripada kawan yang baru membalas sms yang saya hantar siang tadi. Selepas itu, saya terlelap.
Hinggalah pagi Isnin itu, kira-kira jam 6:15 pagi, terdengar suara Mama bertanyakan tentang handphone nya yang diletakkan berdekatan dengan televisyen, diatas meja tinggi. Dalam terpisat-pisat bangun dan kepala yang masih berat akibat migraine semalam, saya terus menghalakan mata kearah televisyen, tempat saya meletakkan kamera bersama handphone (yang kemudiannya handphone saya letak disisi saya selepas membaca sms). Tak nampak pun casing hitam kamera saya. Kepala masih sakit, tetapi hati terus berdebar-debar. Mana dia kamera nih?
Bangun dan periksa di tepi tv. Sambil mulut berkata, mungkin adik ipar saya telah menyimpannya. Tak ada! Mama pula waktu itu terus menerus mengatakan, rumah dimasuki orang! Rumah dimasuki pencuri!
Biar betul!
Terkocoh-kocoh saya lari keluar rumah untuk melihat kereta. Waktu itu saya tak pasti dimana kunci kereta. Bimbang kalau-kalau kunci juga diambil pencuri. Alhamdulillah, kereta ada ditempat yang diparking. Berlari semula kerumah dan kemudian terduduk tidak percaya.
2 dompet (kepunyaan adik ipar saya, Bidin dan Ipin), 2 handphone (Mama dan Ipin) dan Kamera Casio Exilim EX500 saya yang disayangi telah hilang dicuri!
Rumah Mama dimasuki pencuri!
dan kami semua yang tidur diruang tamu tidak berdinding itu, seorang pun tidak menyedarinya.
Kata Mama, jam 2:00pagi dia baru masuk tidur.
dan jam 6:00pagi kami semua baru sedar, pencuri telah masuk rumah Mama.
Pencuri dah panjat pagar.
Pencuri dah cilok barang berharga.
Kamera yang disayangi sudah tiada.
Gambar perkahwinan sepupu lenyap bersamanya.
Dihari pertama minggu kedua bulan februari ni, saya mulakan dengan kesedihan akibat kehilangan...
**Mama pasti lagi sedih sebab handphone yang hilang tu pemberian arwah abah, dan handphone Ipin pulak adalah handphone yang arwah abah pernah pakai dan diberikan pada Ipin selepas arwah abah beli handphone yang lain.
Saturday, February 03, 2007
Thursday, January 25, 2007
Nukilan 3: Kesihatan
Friday, January 05, 2007
Catatan Dua: Hujan
Perut dah rasa lapar, sebab tengahari tadi tak makan.
Ingatkan sekeping capati pagi tadi boleh tahan sampai petang.
Tapi, tak dapat nak balik.
Hujan turun lebat betul kat bumi Serdang ni.
Nak pergi ke kereta, mesti basah kuyup.
Tak mahulah basahkan beg2 yang berat dikendong ni.
Biarlah.
Tunggu kejap.
Karang berhentilah hujan tu.
Eh..
dah berhentilahhujan!
jadi, saya nak balik rumah lah.
Perut dah rasa lapar, sebab tengahari tadi tak makan.
Ingatkan sekeping capati......
Wednesday, January 03, 2007
Langkah 1: 2007
Yup.
It's another year, in life. Alhamdulillah, for the chance to be here on this earth until today.
Selamat Tahun Baru to my fellow friends. Nampaknya, tahun ini bakal menjadi tahun busy saya, dan tahun yang mendebarkan..
1. Tak lama lagi nak jadik seorang ayah (dubdab dubdab)
2. Nak siapkan tesis master sebelum bulan Mei 2007 dan nak berjaya dalam viva nya
3. Nak buat proposal PhD dan kemudian sambung belajar lagi
dan list ini pastinya akan berterusan sehingga tahun yang baru datang semula. Tak payah ceritalah pasal azam, sebab topik ni dah jadi sangat klise, namun tak banyak daripada kita berjaya mencapai azam dan cita-cita tahun 2006. Ish..tak payah cakap pasal orang lain, sebenarnya hanya merujuk kepada diri sendiri.
Dalam newspaper, banyak ramalan tentang 2007 nih. Mungkin ada yang dah baca tentang peredaran planet marikh yang bakal mempengaruhi tahun ini. Kehadiran marikh dalam jajaran selari planet2 akan membawa beberapa perkara "panas" dalam dunia dengan peristiwa2 yang menggemparkan, namun ekonomi untuk golongan berpendapatan rendah seperti petani akan bertambah baik. Bukan nak percaya, apatah lagi ini hanya ramalan. Namun memang sifat manusia, sering terpengaruh dengan sesuatu yang bersifat ramalan.Mungkin boleh, sekadar panduan...
Apapun, rancanglah hidup kita. Perbaiki mana yang patut. Apa yang kita lihat buruk, jadikan sempadan, dan yang baik jadikan tauladan.
yang pasti, hari ini, tahun baru telah masuk hari ketiga, berapa banyakkah perubahan yang telah kita lakukan?
v'oila c'est la vie!