Wednesday, October 03, 2007

Iftar@Cozy House

[ Pernyataan awal: Semoga entri ini dapat ditulis sempurna dan tidak terdelete ]

Iftar pertama diluar bersama rerakan kodoks sangat dinantikan. Apatah lagi, ms. gorgonizer telah bertungkus lumus membuat tempahan di Cozy House, Great Eastern Mall Ampang sejak awal lagi. Malah sebelum itu, banyak laman web yang diluncuri untuk mencari nombor telefon tempat yang bernama Cozy House ini. Kata orang, makanannya sedap.

Panggilan jam 1:00 petang Ahad itu oleh ms.gorgornizer meminta saya dan cik crabster memberikan menu untuk kami makan di Cozy House petang itu, disambut dengan ngangaan besar mulut kami. Mana nak tahu makan apa, dan mana pernah pergi ini Cozy House..Tapi kami order jugak. Dalam minit terakhir saya menukar order sebab order pertama saya tidak ada dalam senarai Cozy House, kata ms.gorgenizer susah betul nak dapat line di Cozy House tu.

Itu bukanlah sesuatu yang teruk dalam pengalaman pertama diCozy House ini.

1. Mulut kami lebih ternganga besar bila dimaklumkan tempahan ms.gorgonizer telah terdelete dan ini menyebabkan kami hanya boleh masuk di Cozy House pada jam 7:30malam
2. Bila kami sampai jam 7:30 malam di Cozy House tu, kami belum dapat masuk dan ms.gorgonozer still kena beratur, dan menunggu (dan kami pun menunggulah) walaupun telah membuat tempahan (yang telah terdelete dan diundelete kan)
3. Ada pulak 3 jenis line, yang mengamalkan budaya dijalan raya Malaysia iaitu "potong sesuka hati aku kerana macam aku sorang bayar road tax" yang menyebabkan penantian kami bertambah bila cik gorgonizer di potong barisannya
4. Akhirnya dapat masuk dan ditempatkan kat meja yang tak cozy langsung. Sila rujuk gambar sebenar di blog pye
5. Air orange juice saya paling kecik berbanding apple juice crabster, or ice lemon tea shidah/pye or even carrot juice lizzam
6. Pye et al. lambat dapat drink dan bila panggil waitress untuk check mana drinks yang tak sampai, datang la pulak waitress ni dengan order slip yang menurutnya takder pun senarai drinks tu padanya. Aiyah.. terdelete la tu, lagi mahu tunjuk-tunjuk bukti konon tak bersalah
7. Mintak air kosong sejuk, tapi yang sampai air suam sebab ais dah terdelete on the way nak sampai meja kami
Apapun, gembira dapat together-gether with my fellowships of the kodoks. Thanks guys!

Oh, the food is okay-lah by the way (8 patah perkataan sahaja). ** I ordered Chicken Chop with gravy and cik crabster ordered Fish n Chips.






<--The fellowships of the Kodok without the Cip

3 comments:

pye:rudz said...

bro, ko join tak majlis esok nih? text aku direct. ape2 hal refer blog aku.

Anonymous said...

salam.. saja nak nyampuk.. since u all first time hari tu makan kat cozy kan.. fyi saya penggemar makanan kat cozy.. mungkin timing u all pg tak kena.. hi-peak hour.. sajian paling kick saya suka ialah tomyam seafood nye.. cuba la rasa :) slamat berpose

Mrs. Amie said...

hi,

yer..saye pun baru jek mkn kat cozy house 2,3 hari lepas..sedap..dan b4 nie pun saye slalu mkn kat sana..