Meskipun ada percanggahan maklumat, dalam laporan diberita mahupun surat khabar, (rujuk: http://nurinjazlin.blogspot.com/) namun isi penting keseluruhan peristiwa ini masih relevan untuk kita sama-sama mengutuk perbuatan penjenayah kurang ajar, kejam, sadis dan zalim ini. Tidak wajar lagi dituturkan sebagai "apakejadahnya perbuatan ini", tetapi kalau mencarut pada orang ini (sekali lagi, layak kah dipanggil orang?) pun adalah tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan.
Ujian DNA adalah tepat. Tak perlu dipertikaikan. Memang sukar untuk menerima, tetapi mungkin untuk anak kecil yang mengidap penyakit darah tinggi ini, tidak menerima rawatan sepanjang tempoh diculik, ada kebarangkalian susuk tubuhnya susut dan berubah. Tak dapat dibayangkan tentang deraan dan kezaliman yang dilakukan, hingga merubah struktur wajahdan gigi anak kecil ini, dan lebam-lebam dimuka nya. Apatah lagi deraan seksual yang dilakukan... Ya Allah...betapa terseksa anak ini.
Anak menerima 50% DNA daripada bapa dan 50% lagi daripada ibu. Dalam ujian DNA, beberapa lokus (kawasan) pada DNA yang dipanggil STR akan diuji. Setiap lokus ini akan memberikan keputusan alel yang dikongsi oleh anak daripada ibubapanya dan kebangkalian alel ini dikira dengan statistik yang kita namakan Parentage Index (PI). PI ini dikira sebagai relatif keunikan diantara alel yang menyamai alel ibubapa. Semakin tinggi nilai PI, semakin unik persamaan anak antara anak dan ibubapanya. Mungkin contoh dibawah dapat membantu sedikit (bukan DNA Nurin dan ibubapanya) penjelasan tentang ujian DNA:
Untuk ibubapa Nurin, bersabarlah. Kita sama-sama berdoa supaya allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal. Jangan bimbang, jika bukan didunia ini, diakhirat nanti pasti dia/mereka akan menerima hukuman Allah.
2 comments:
It's a sad news indeed. Paling terkejut dengan deraan seksual tu. Tak tau la apa kepuasan si lahanat tu dapat.
Ya betul Pak Su..
Baru dapat email yang menerangkan keadaan mayat arwah nurin ni. Mengalir air mata bila memabacanya. Apatah lagi dia yang tersiksa.
Kita sama-sama berdoa dapat ditangkap si durjana ni.
Post a Comment