Wednesday, August 29, 2007

Saya bertanya pada saya tentang MERDEKA

Pada suatu hari yang indah dalam tahun 1957, pada tarikh 31 Ogos, jam 9:30pagi Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat "MERDEKA" sebanyak 7kali.Diikuti dengan azan tanda rasa syukur atas nikmat kurniaan Illahi. Kemudian bendera Malaysia dinaikkan serentak dengan lagu Negaraku dimainkan buat pertama kali. Itu 50 tahun lalu, pada hari yang begitu bersejarah, sebuah negara bebas tercipta, sebuah bangsa Malaysia yang berbilang bangsa menjadi satu bangsa bersama.Demi negara,Malaysia!

2hari lagi, kita bakal menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Saya terfikir...
-saya tak letak bendera kat kereta,saya tak merdeka ke?
-saya tak catkan warna jalur gemilang kat dinding rumah,saya tak merdeka ke?
-saya tak sertai perarakan nanti,saya tak merdeka ke?
-saya tak pergi tengok percikan bunga api nanti,saya tak merdeka ke?
-saya tak pergi kelab malam yang ada sambutan kemerdekaan,saya tak merdeka?

-apa saya buat untuk merdeka ini?
Takda apa.
Jadi saya tak merdeka?

-Jadi orang yang letak bendera kat kereta,Merdeka?
-Orang yang cat rumah dengan warna Jalur Gemilang,Merdeka?
-Mereka yang sertai perarakan sahaja yang Merdeka?
-Mereka yang tengok percikan bunga api,Merdeka?
-Pergi kelab malam yang ada sambutan kemerdekaan,Merdeka?

Emh..kata hati saya,saya tetap MERDEKA.Saya bersyukur pada Allah atas kurniaan kemerdekaan ini(semoga ianya terus berkekalan,Aminn...).Berterima kasih pada pejuang yang ternama dan tidak bernama yang mendapatkan kemerdekaan ini. Generasi pasca merdeka perlu membaca sejarah yang benar tentang kemerdekaan ini.Barulah kamu boleh berbangga dengan benar,bila bendera berkibar di atas kereta kamu..

Eh,masa saya "google" perkataan merdeka, saya terjumpa kartun ini:








Merdeka kah kita?

1 comment:

Anonymous said...

Mafia, I couldn't agree more with this entry. I especially think that placing a flag on your car to demonstrate your merdeka spirit is stupid! Dua tiga hari lepas, aku nampak bendera-bendera kecik ni berterabur atas jalan. Ini ke definisi merdeka?

Change the attitude first, then we can change the world *matila save the cheerleader, save the world*