Thursday, December 21, 2006
Selftalk: Saat aku ingin mengenali mu...
Selftalk: Cerita Cinta
Satu subjek yang cukup indah, malah dekat dihati bagi hampir semua manusia di dunia ini.
Perkataan keramat bagi sesetengah daripada kita.
Malah Cinta dianggap begitu suci, biar daripada sudut mana kita melihatnya.
Oleh kerana begitu subjektifnya rasa yang terbuai daripada perasaan ini, cinta sebenarnya telah lahir dalam hidup setiap kita ini sejak lahir lagi.
Perasaan tulus seorang ibu yang menanggung sakit semasa melahirkan seperti hilang begitu sahaja bila melihat anak yang dikandungkannya, diletakkan diatas dadanya sebaik sahaja keluar menjengah dunia. Kerana CINTA.
Seorang bapa berasa sayu dan gembira melihat bayi kecil yang dikandung isterinya, kini berada didunia sebenarnya, dan menjadi pengikat kasih cinta antaranya dan si isteri. Kerana CINTA.
Dan bermula sahaja hari pertama seorang anak itu, maka kisah "cinta" akan datang bersama-samanya dalam pelbagai versi. Sama ada kisah itu akan bermula dengan gembira dan berakhir dengan bahagia jua, atau bagaimana sekalipun kisah itu bermula dan berakhir, semua itu didorong oleh satu rasa universal yang berada di hati setiap manusia.
dan Cinta di pawagam sekarang ini mengangkat lima cerita yang berlaku disekelilling kita.
Pastilah, setiap penonton akan mempunyai kecenderungan terhadap salah satu (atau dua, atau tiga) daripada ceritera yang dilukiskan dengan baik oleh Kabir Bhatia dilayar perak ini.
Atas alasan seperti pengalaman sendiri, atau pengalaman disekellilling yang berlaku, atau apa sahaja alasannya, sesetengah scene itu memang berjaya menyentuh hati.
Di kala ini, cinta bagi saya telah melepasi peringkat "mengenali hati budi" tetapi pada fasa ini, "memahami antara satu sama lain" adalah kunci kepada keindahan cinta. Kemudian "percaya" mungkin adalah tangga satu kepada seratus atau seribu anak tangga yang bakal sama-sama kami langkah. Maka dalam Cinta, kisah Airin dan Harris paling menyentuh hati. Malah, Harris seperti bukti bahawa masih wujud lelaki yang tulus dan ikhlas dalam kasih terhadap seorang isteri.
Menutup tahun 2006 ini, saya boleh senang dengan apa yang telah saya lakukan sebagai seorang suami.
Pasti 2007 nanti, saya mengharapkan menjadi lebih baik apatah lagi nametag " seorang bapa" bakal saya pakai nanti.
semoga, kisah CINTA ini telah mengajar khalayak sesuatu, supaya masyarakat dapat sedikit berlajar, sometimes it's all about the loved one.
p/s: Nina, terima kasih sekali lagi atas gathering ini.
Pye and Shidah, raikan cinta kamu berdua selalu!
Tuesday, December 12, 2006
Selftalk: my anak buah
I'll let you guys know in the next entry. Cubalah teka yer...
On the same note, still about my anak buah, Khalisyah dah mula dress up like a model.
Ni satu shot yang diambil selepas dipakaikan dengan cermin mata besar gedabak. Its "in" now to wear this BIG shades, kan?
Cute la, kamu ni Kica!
p/s: Emh, makngah korang dah 6bulan dah...
Entri ini tidak bertajuk
Pada 19 November 2006, abah meninggalkan kami, pulang ke Rahmatullah. Seorang suami kepada seorang isteri, seorang ayah kepada 5 orang anak dan 2 orang menantu, dan seorang datuk kepada seorang cucu. Abah hanya sakit dada, malah batuknya pagi itu, tidak banyak beza dengan batuknya yang sebelum ini. Cuma, pada tarikh itu, kesannya tidak sama seperti hari-hari yang lain. Abah menghadap Illahi pada jam 9:22 pagi, menurut catatan doktor di HKL.
Sebagai anak menantu, saya merakamkan terima kasih untuk sekalian yang telah banyak membantu dalam proses menguruskan jenazah. Juga terima kasih untuk teman-teman saya dan rakan-rakan Zarina, yang telah menelefon, mengirimkan sms, memaklumkan di email dan di blog, terima kasih atas sokongan kalian kepada kami dalam menghadapi detik sukar ini.
Benar kematian itu adalah janji. Janji yang kita tidak pernah tahu bila akan ditunaikan. Perjanjian yang membawa kita kedunia akhir, dan meninggalkan keluarga kita didunia untuk urusan mereka sebagai manusia. Abah pergi mengejut. Dan kejutan ini, mencelikkan mata kepada kami semua. Tentang pelbagai perkara yang kadangkala kita ambil endah tak endah.
Tentang janji kita pada Tuhan, tentang kita sebagai pemimpin dan khalifah didunia, tentang tanggungjawab anak dengan ibu bapa. Tentang banyak perkara.
Sekali lagi, saya memohon, jika ada yang membaca ini, mengenali Arwah Yang Ahmad bin Mat Din, andai ada arwah terkasar bahasa, tersilap kata, saya mewakili arwah, mohon dimaafkan segala salah silapnya. Jika ada makan minum yang terlebih kurang, mohon dihalalkan segalanya.
Semoga arwah Yang Ahmad bin Mat Din, suami kepada Ainon Mohamed Yusop, bapa kepada Kartina, Zarina, Athirah, Zainol Abidin, dan Zainal Arifin, bapa mertua kepada Tarmize dan Herman, atuk kepada NurKhalisyah Amani akan dicucuri rahmat ke atas roh beliau dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman.
Al-Fatihah...
Wednesday, November 08, 2006
Selftalk: Satu hari di Hari Raya
Nini dan Roslan, kali pertama berhari raya sebagai suami isteri, memilih Ipoh untuk raya pertama.
Saya, dan Eina juga ke Ipoh untuk raya kali pertama selepas perkahwinan kami.
Abang Bad, tak balik raya.
Chai, adik perempuan saya, kena bertugas di hari raya pertama, di Penang.
Adik-adik yang lain, belum berkeluarga, maka di Ipoh lah mereka.
Pagi raya, kami ke Gopeng.
Melawat atuk yang duduk dikampung.
Namun begitu, di pagi raya lagi, sudah ada sesuatu yang terjadi.
Balik daripada masjid, belum sempat membuka pintu pagar rumah, sudah ada 3 orang kanak-kanak menunggu didepan rumah. Saya, tak kenal diorang. Mereka dijemput masuk, walaupun rendang dan lemang belum terhidang di atas meja. Dalam hati tertanya juga, awal diorang ni datang beraya, tak salam raya dulu dengan mak ayah ker? Bukankah orang baru jer balik dari masjid?
Soal ayah pada mereka, nak datang beraya ke nak kutip duit raya? Tersengih-sengih budak bertiga tu. Setelah dijemput duduk di meja, ayah bertanya pada mereka, anak siapa, tinggal dimana, darjah berapa dan soalan-soalan lazim yang lain.
Sehinggalah ayah sajer2 bertanya, siapa Perdana Menteri Malaysia, masing-masing yang dalam umur 8 ke 9 tahun ini, hanya tersengih dan menggelengkan kepala. Huh, tak tahu siapa PM? Ayah bertanya lagi, siapa yang berkahwin dengan Siti Nurhaliza? Tak sampai sesaat masa menunggunya, nama Datuk K terus disebut. Bukan "K" sahaja, malah Khalid Mohammad Jiwa begitu lancar di mulut anak-anak ini.
Emh...
Di satu tempat yang lain, di Johor Bahru, seorang kawan menerima tetamu, juga kanak-kanak. Seperti biasa, soalan-soalan lazim seperti nama siapa, tinggal mana dan sebagainya, adalah perbualan biasa bila tetamu seperti kanak-kanak ini datang. Cuma kali ini, jawapannya agak memeranjatkan.
Tuan rumah: Tinggal mana?
Tetamukecil: Masai
(Nota: Kata kawan, jarak Masai dan JB lebih kurang 1 jam setengah perjalanan)
Tuan rumah: Macam mana datang sini?
Tetamu kecil: Ayah hantar
Tuan rumah: Macam mana balik nanti?
Tetamu kecil: Nanti ayah ambik
Emh...
Itulah. 2 kejadian yang tidak berkaitan tetapi memberikan makna tersirat untuk saya di hari raya ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripadanya. Semoga akhir-akhir Syawal ini terus membawa nur dalam hidup kita.
Friday, October 13, 2006
Wednesday, October 04, 2006
Selftalk: Babies...
Nur Khalisha Amani
Nur Dhiya Humairah
Mohd Ahnaf
Hani Najihah
Saya kurang sihat hari ni. Sejak sahur pagi tadi, perut terasa sebu dan terasa sesuatu yang kurang enak di tekak. Mungkin kari mamak semasa menikmati Roti Milo di Kedai Mamak di Kampung Pandan sahur tadi tidak betah dengan keadaan perut kosong di pagi hari. Akibatnya ia memberikan kesan yang kurang selesa ketika ini. Sesekali terasa denyutan-denyutan kecil di kepala. Terasa nak letakkan kepala sebentar di surau bila solat Zuhur nanti.
Teringatkan pesan seorang sahabat tempoh hari yang bertanyakan saya sama ada sudah melihat ganbar anaknya yang baru dilahirkan pada 28 September yang lalu. Lalu saya kembali ke laman friendster yang sejak dua tiga menjak ni semakin susah untuk saya access daripada line di UPM nih. Alhamdulillah, hari ini keadaan agak baik dan saya berjaya menatap gambar Balqis Batrisyia, cahaya mata pertama, pengikat kasih sayang Badrul dan Azila. Tahniah untuk kalian berdua.
Sesungguhnya, tiba-tiba perasaan melihat anak kecil ini telah menerbitkan suatu rasa yang sangat dalam. Sungguh halus perasaan itu menjalari hati kecil ini. Melihat tangan kecil Balqis Batrisyia itu mengenggam tangan bapanya, dengan mata yang menusuk pandangan, sesungguhnya benarlah kata orang bahawa anak itu umpama malaikat (A baby is an angel whose wings decrease as his legs increase. ~Author Unknown). Malah anak yang suci ini menerbitkan kesyukuran dan terima kasih atas kurnia-Nya, betapa keajaiban yang Dia ciptakan dalam rahim seorang wanita selama 9bulan diterjemahkan dengan kelahiran bayi comel.
Sejak setahun yang lalu, anak kawan-kawan (dan anak saudara yang seorang itu, Nur Khalisha Amani Mohd Termize) menjadikan hari-hari tertentu sangat istimewa. Mohamad Ahnaf Mohd Afifi, abang kepada Hani Najihah Mohd Afifi tidak lagi takut-takut dengan saya seperti semasa kami mula-mula berpindah ke rumah sewa kami. Mohamad Ahnaf yang telah berusia setahun lebih sudah selesa untuk dibawa berjalan. Malah ke Putrajaya bersama saya dan Zarina pun dia tidak menangis. Malah gembira menaiki kereta sorong Carrefour, cuma gelisah sedikit bila dia diletakkan di atas permainan yang berbunyi dan bergoyang-goyang apabila dimasukkan 2keping syiling 50sen. Selebihnya, senyum dan gembira.
Anak adalah anugerah dan tanggungjawab kepada ibubapa. Kadang kala, anugerah itu lambat hadir dalam perkahwinan dan ada juga yang bertuah untuk memperolehinya seawal selepas perkahwinan. Telah dijanjikan rezeki mereka masing-masing, apabila mereka lahir kedunia ini bak kain yang putih.
Tiba-tiba, rasa sebu saya itu hilang dan pening kepala tadi beransur pergi ketika saya melihat-lihat gambar wajah suci anak-anak ini.
Benarlah, mata mereka yang suci menenangkan hati dan duka.
Suara kecil mereka melaungkan tangis yang membawa lagu bahagia.
Mulut mereka menguntum senyum gembira.
A baby is God's opinion that the world should go on. ~Carl Sandburg
Tuesday, October 03, 2006
Kodoks: You guys are KODOKs!
Tahun lepas, rasanya.
Lebih kurang pada masa yang hampir hampir sama.Dalam bulan puasa jugak, rasanya.
Kenal dengan seseorang daripada korang nih...
Kemudian, kenal lebih ramai lagi antara korang ni.
Tahun ni pulak, berbuka puasa sama-sama kita semua.
Sembang dalam satu tune yang hampir sama.
Satu wavelength fikiran yang hampir serupa.
Kita ketawa pada lawak yang sama.
Kita oernah tengok cerita yang sama (baca:cerita Gaban) masa kecik dulu.
dan ambik/makan aiskrim yang sama kaler. Heheh.
Dan kemudian ada pula cadangan, untuk buat event ni sesama kita, setiap tahun...
Wah...
Terima kasih untuk Pye dan Shidah, Nina the gorgenizer, Lynn, Topek (yang baru join), Lizzam, Wan dan Razi.
Dan juga Zarina..
(tak dilupakan dj Redzuan yang nak join tapi tak tak dapat menolak urusan kerja...)
Semoga ukhuwah ini berpanjangan...
Note: certain pics were failed to upload due to unknown reason.sorry weh...
Friday, September 29, 2006
Selftalk : MILO atau Ooo-Som?
For some couples, they happened to be a neighbour to each other and their parents stayed nearby, so it wont be a hassle for them to go back to whose place this Raya. They can be at husband's place in the morning and at the wife's place in the evening or vice versa.
Actually I just realised that Deepavali is celebrated 2days before Raya, that will make traffic even worst heading to Ipoh. So I need to decide now, will it be Ipoh or Kampung Pandan?
And to decide that (dear sweetheart), we will go by Ooo-Som (bird,water and stone) or this game called MILO. How to play MILO? This is explained by a friend of mine, Erma (during YM chat) :
erma: camnie.. sorok satu tgn kat belakang *both parties*
erma: then.. kire la bape fingers yg kuar
erma: let say, herman tunjuk 3 jari.. ur wife tunjuk 4 jari
serma: then kire la.. herman: mi-lo-mi
erma: ur wife: sambung dari 'mi' tadi: lo-mi-lo-mi
erma: beforehand.. korang patut pilih la
erma: let say herman pilih MI
erma: ur wife LO
erma: so skrg ni, end kat MI kan..
erma: means herman la menang.. leh balik ipoh
Emh..OooSom or MILO to decide Ipoh or Kampung Pandan?
Wednesday, September 20, 2006
Selftalk: Ramadhan selepas syabaan
Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya menanam azam untuk berpuasa penuh (alhamdulillah, penuh sebulan selama ini pun). Dan setiap kali Ramadhan, banyak perkara yang difikir untuk dilakukan bagi memperbaiki diri. Dan saban tahun, sentiasa berharap untuk bertemu malam yang lebih baik baik daripada seribu bulan itu. Dapatkah?
Ramadhan datang lagi tahun ini.Seperti seorang sahabat, tahun ini Ramadhan dan Syawal (dan bulan/tahun/dekad seterusnya) menjadi berbeza kerana ini kali pertama akan menyambutnya dengan seorang isteri yang disayangi. Awal-awal lagi kami telah membuat perancangan untuk bersahur di Ipoh, dan berbuka puasa di Kampung Pandan pada hari pertama berpuasa nanti. Di Ipoh, jika 1 Ramadhan jatuh pada 24 September, maka emak akan melalui hari pertama berpuasa pada hari lahirnya yang ke 56 (Selamat hari lahir mak, Amin dan Eina sayangkan mak, dan kami berdoa kepada-Nya, kesihatan yang baik dan kegembiraan berpanjangan dalam hidup mak). Mungkin sahur pertama kami akan dijadikan masa kami meraikan hari lahir emak. Dan petangnya, kami merancang untuk berbuka puasa dengan mama dan abah, serta keluarga di Kampung Pandan. Nampaknya, awal-awal lagi Ramadhan ini bakal memberikan pengalaman yang istimewa.
Ramadhan tahun ini ;
pada 30hb September pulak, kawan-kawan merancang untuk berbuka puasa bersama. Dan tambah istimewa bila ada kawan-kawan yang sudi meraikan keinginan isteri saya yang teringin nak makan steamboat. Rupa-rupanya, tak pernah lagi isteri saya ini pergi makan steamboat (kecuali yang kat Jalan TAR, yang orang jual dengan van/motor tu; katanya). Harap-harap tempat makan seperti yang telah kawan saya setkan ni, dapat memenuhi impian isteri saya. Insya Allah.
Belum lagi bermulanya Ramadhan, sudah terasa keistimewaannya.
Semoga tahun ini, diri saya sendiri dapat berusaha mencari keistimewaan Ramadhan...
Thursday, September 07, 2006
Komuniti: Kempen Keselamatan
Ya, kempen keselamatan semakin agresif.
Percikan darah bukan lagi hanya boleh kita tonton dalam filem berklasifikasi 18sg.
Mesejnya jelas, cuma pendekatannya “agak kejam” seperti kata crabster.
Pada saya, kempen memang baik : untuk meningkatkan kesedaran dan juga memberikan maklumat kepada masyarakat tentang sesuatu aspirasi atan perkara yang ini dipertekankan kepada umum. Malah, kempen melalui iklan di televisyen dilihat paling ampuh untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat kerana hampir semua lapisan mastyarakat menonton televisyen. Malah, melalui iklan perlakuan atau mesej dapat disampaikan lebih jelas berbanding dimedia cetak seperti surat khabar. Gerak geri, ekspresi, lakon layar adalah lebih berkesan untuk menyampaikan sesuatu maksud. Maka, pendekatan menggunakan iklan oleh kementerian berkenaan adalah sesuatu yang wajar dipuji.
Malangnya, medium yang dianggap paling berkesan ini, rupa2nya mungkin sekadar teori sahaja kerana realitinya, masyarakat seperti tidak mengambil ikhtibar. Baru minggu lalu, saya melalui satu jalan kat perumahan ni. Ramainya budak-budak remaja yang berjalan ditengah jalan, dan menghalang perjalanan. Hon, sikit pun tak dilayan. Kalaupun tengah practice kawad hari kebangsaan pun, kenapa macam berterabur dan tidak berada dalam single file?
Kalau dibuka akhbar pulak, kes kemalangan makin banyak. Dan bukan sedikit mangsa kemalangan macam tu yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Apakah kempen ini tidak berkesan? Atau setiap kali iklan seperti itu ditayangkan, mereka akan menekan channel lain untuk ditonton? Masih tak cukup kejam dan ngeri ker iklan2 macam tu?
Ni satu jalanraya kat Perlis, lengang jer...
Monday, August 14, 2006
Hiburan: Mr.Shauki rocks!
Afdlin Shauki, Tahniah!!!
Friday, August 11, 2006
Hiburan: Oh Gusti Puteri...
Selftalk: k.a.w.a.n
dan bilang jari yang ada.
Cukup 5?
Angkat tangan kiri pula,
dan bilang juga jari yang ada.
Ada 5 juga?
Jadi, sepuluh jari yang ada di kedua2 tangan, kan?
Sempurna?
Alhamdulillah.
Beginilah, kalau kamu boleh bilang jari yang sepuluh itu, harap2 kamu juga boleh mengira jumlah yang sama untuk seseorang yang kamu gelarkan sebagai kawan. Kawan yang boleh bergembira, ketawa dan senyum ketika kamu merasa bahagia (meskipun dia dalam duka pada waktu itu), dan kawan yang sama itulah yang turut merasa duka lara kamu ketika dugaan pedih melanda hidup kamu. Kawan yang tidak lokek menghulurkan bantuan tatkala kamu tak cukup tangan dan fikiran untuk meyelesaikan masalah kamu, kawan itu juga yang merasa bahagia bila kamu turut membantunya dalam dia mencari jalan keluar bila dia seakan tersesat.
Bukan kawan yang sekadar mengangkat muka bila berselisih bahu.
Bukan kawan yang datang kepada kamu bila dia rasa perlu.
atau bukan kawan yang kamu hanya kenal suatu masa dahulu, sekarang "mana dia?ntah, mana tahu.".
Jika sekalipun kamu hanya dapat mengira 2 atau 3 daripada keseluruhan jari kamu, untuk senarai mereka yang boleh kamu namakan sebagai kawan,
sebenarnya kamu sudah cukup beruntung...
Kepada kawan ku, pye dah shidah, selamat pengantin baru dan selamat menempuh DUNIA BARU.
Pengantin '"emas"
Terima kasih Nina, Lynn, Kak Mimi dan Razi sebab tunggu kami itu hari. Tak sempat nak tunggu Lizzam..
Wednesday, July 26, 2006
Selftalk: 2 bulan
Happy 2months anniversary sayang..
---------------------------------------------
Hari ini, lebih kurang 30 minit masa saya diberikan kepada seseorang yang (agak) banyak juga mengubah beberapa persepsi hidup saya sejak kebelakangan ini. Kata-kata yang lancar daripada mulutnya sangat telus, hinggakan saban kali juga mendengar beberapa perkataan yang boleh dikira kasar dan bernada makian. Ada satu ketika, bercakap dengan seseorang yang rapat dengan beliau ini, katanya..
"If your intention is good, it's okay if you talk harsh."
Emh..bunyinya dah macam matlamat menghalalkan cara, macam falsafah Machiavellian.
Entahlah..walaupun kata-katanya, atau apa yang diutarakannya seperti sangat kejam, kadang-kadang saya (hampir) dapat menerimanya sebagai benar. Cuma, seperti bawang, kulitnya kena kita siat lapis demi lapis.
Dalam persepsinya mengenai keluarga dan kerjaya, beliau menyatakan tiada sesiapa dalam hidup ini, boleh capai setara dalam dua-dua aspek ini. Kalau awak berjaya sungguh, keluarga awak akan kureng sedikit, dan begitulah sebaliknya. Memang kita nak dua-dua ni seimbang, tapi susah nak jumpa orang yang kedua2nya ini, seimbang pada masa ini. Cemerlang ditempat kerja, dan cemerlang juga dirumah. Kedua-dua ini menuntut masa. Menuntut komitmen untuk ianya sempurna seperti yang diimpikan.
Emh..
dan hari ini, meraikan 2 bulan kami , saya masih termanggu2 mengenangkan satu lagi kata2 berbisanya tengah hari tadi...
"You're slow and you're not trying hard enough"
Sigh...
Wednesday, July 19, 2006
Selftalk: Ekspresi 19 Julai
Tuesday, July 04, 2006
Selftalk: Sebulan berlalu
Jika ada yang bertanya pada saya tentang perasaan atau lebih dalam lagi tentang rasa hati selepas bergelar SUAMI ini, pastilah satu perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkannya (mungkin bukan perkataan yang TERBAIK) maka perkataan tersebut adalah INSAF.
Mungkin ada juga yang bakal berkata “INSAF” bukanlah satu rasa. Rasa adalah perasaan seperti ”Gembira” dan ”Sedih”, ”Takut” dan ”Berani”. Perasaan adalah sesuatu yang kamu tahu menyentuh hati kamu. Hati akan menyimpan perasan itu. Seperti semasa kali pertama jatuh cinta, apatah lagi jika ianya cinta pandang pertama. Panahan mata arjuna akan menyusup ke hati sidewi, dan si hati terasa bagai diairi dengan banjir kasih dan sayang. Atau seperti semasa kamu tiba-tiba tersesat jauh seorang diri dikawasan yang sangat asing bagi diri kamu dan keadaan tiba-tiba gelap dek malam yang semakin menyingkapkan tabirnya. Itulah perasaan, kata kamu dan bagaimana pula INSAF boleh dijadkan perasaan? Apatah lagi ianya bagi mendefinisikan apa yang lahir daripada hati kamu selepas sebulan kamu menyambut akad daripada bapa mertua kamu?
Akad nikah yang perlu dilalui oleh pengantin lelaki
Sebulan yang lalu, diatas lapik bantal merah tangan saya digenggam erat; akad disambut oleh lafaz setuju terima saya. Kemudian taqlik khul’ dibaca dihadapan isteri yang telah sah dinikahi. Mungkin semua sang lelaki yang melalui saat tersebut akan merasai dibahu jemala mereka bagai telah diletakkan satu batu besar bertuliskan “tanggungjawab” selesai sahaja upacara akad nikah tersebut. Ya, selepas itu kami diraikan. Oleh keluarga dan teman sahabat handai yang datang berkunjung. Membawa bersama mereka doa dan ucapan buat si mempelai berdua. Itulah saat manis yang akan tersemai selamanya dihati dan difikiran kami. Malah, gambar yang dirakamkan dilensa kamera menjadi bukti kebahagian yang kami impikan bermula pada saat dan waktu itu. Di bibir senyum terukir, diwajah kegembiraan terlukis.
Perjanjian antara suami dan isteri
Meraikan Raja sehari
Pengalaman melangkah ke alam baru ini bukan sesuatu yang patut disimpan begitu sahaja. Mungkin ada baik nya jika kalian juga tahu, wahai lelaki bahawa perkahwinan yang menyatukan dua jiwa ini menuntut lebih daripada itu. Bukan hanya sekadar dua hati yang bertaut kasih. Si hawa yang melengkapkan rusuk kamu yang ”hilang” ini adalah seperti jua sifat tulang yang bengkok itu. Jika kamu kasar melenturnya, maka dia akan patah akibat tenaga keras yang kamu berikan itu. Maka, perlahan-lahanlah kamu memberikan tenaga lenturan itu, jika pun ia tidak akan lurus, sekurang-kurangnya belaian kamu itu memberikan rasa yang bahagia padanya. Penyatuan dua hati ini adalah sesuatu yang mengembirakan, pastinya. Apatah lagi kamu terasa bahawa hari ini ada orang yang menyayangi kamu, seperti hari semalam dan esok kamu pasti kasih itu akan terus ada disitu. Bukan itu sahaja, kamu merasa cukup bahagia kerana baju kamu juga digosoknya, tanpa dipinta, makanan kamu disuakan tanpa perlu diminta. Tak cukup dengan itu, malam dingin kamu akan ada yang menyelimutkan kamu dengan selimut meskipun sebenarnya selama ini kamu tidak pernah berselimut semasa tidur sepanjang hidup kamu.
Mungkin masih terlalu awal untuk menyatakan semua ini, betapa perkahwinan menuntut kamu memahami pasangan kamu dan meyayanginya seperti kamu menyayangi diri kamu. Mentafsirkan kasih sayang kamu kepada perlakuan yang memberikan makna dan bukti kasih kamu dan bukan hanya setakat kata-kata dibibir sahaja. Kata sesetengah orang,diawal perkahwinan semuanya indah. Kasih kamu masih segar, cinta kamu masih hangat. Maka semua laku kamu adalah bersulamkan cinta di awal-awal ini. Semuanya nampak seronok sekarang ini tetapi tunggulah kamu hingga tamat tahun pertama nanti. Baru kamu tahu bagaimana perkahwinan itu. Masuk tahun dua, tahun tiga segalanya akan terpamer dengan sendirinya. Yang manis bisa bertukar masam. Yang indah boleh bertukar ngeri. Tapi fikir saya, tidak salah untuk saya mencatatkan ini semua. Mungkin bakal jadi panduan kepada kalian yang bakal melangkah ke alam baru itu nanti. Atau sekurang-kurangnya menjadi self alarm kepada saya sendiri. Mengingatkan sahaja tentang niat suci perkahwinan.Memberikan amaran; jangan saya buat semua perkara negatif yang bakal mengundang duka dalam suasana perkahwinan kami. Juga menjadi ingatan kepada saya, tentang perkahwinan ini betapa ianya mematangkan saya. Mengikis sedikit demi sedikit sikap hanya memikirkan diri sendiri, menimbulkan rasa pengasih dan penyayang dan juga mengajar saya hari demi hari untuk belajar menghargai. Bukankah ini semua, akhirnya bakal menerbitkan perasaan INSAF dalam diri?
And there goes, mafiaries speaks…
Doa kalian menjadi kekuatan kami.
Note: Entah kenapa tak boleh pulak upload gambar..sigh...
Thursday, June 22, 2006
Selftalk: Many thanks
The wedding went well.
Alhamdulillah.
We saw you, friends. And thank you for coming.
Alhamdulliah.
We both have started our own life.
Despite of the bad tragedy that happened (WKM 1544 was stolen, a day after I moved to the new neighbourhood, Innalillah...)
We thank Him for all the bless showered upon us.
Alhamdulillah.
(I am going to blog more in the future, meet all the kodoks [miss y'all], join the reunion genetics student party, and more to come...)
Friday, May 26, 2006
Selftalk: Hari yang di nanti
Ada orang kata, kalau inai di jari tak terang, orangnyer kuat cemburu.
Emh..
Orang yang mana tak cemburu kan..
Kan cemburu itu tanda sayang?
Kepada sekalian kodok dan kawan-kawan ku,
jemputlah datang ke Majllis Perkahwinan Herman dan Zarina.
Marilah meraikan kami.
Di Dewan Taman Maluri: 28 Mei 2006
Di Taman Rapat: 3 Jun 2006.
Kami mohon kalian mendoakan kesejahteraan kasih dan sayang kami berdua,
hingga cinta itu bercambah dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami, dan
kesetiaan dan persefahaman kami adalah kekal sehingga akhir nafas terakhir...
Amin...
Selftalk: Hari terakhir yang tidak akan berulang
Hari ini, dada saya penuh sesak.
Hari ini, otak saya berulang-ulang baris perkataan yang sama sejak awal pagi.
Hari ini, perut terasa sebu.
Hari ini, tangan rasa terlalu berpeluh, dan kaki terasa tidak terjejak dilantai.
ya, hari ini adalah hari yang tidak akan berulang.
benar, tiada hari yang akan berulang.
tetapi hari ini penting benar.
hari ini, segalanya nampak seperti berbeza.
huh..
tak boleh upload gambar...
Alahai..
Saturday, May 20, 2006
Selftalk: Prioritize
Huh, ilmiah sungguh!
Tetapi, ada sesuatu yang saya kutip daripada intro mesyuarat itu iaitu : Prioritize (keutamaan).
Menyemak maksud perkataan ini di Dictionary.com -
v. tr.
To arrange or deal with in order of importance.
v. intr.
To put things in order of importance: “Everyone should take time to be alone, to prioritize and meditate” (Art Linkletter).
In life, things always come in many ways. Things come unpredicted (or predicted), and it may comes to you for many reasons. Sometimes you feel like you have not enough time and sometimes you just deal with your things in a wrong way. You do not deal thing accordingly, based on what you should put more attention to it. At the end of the day, you feel tensed and frustated.
It is a third world thinking, that was said by my supervisor. Malaysia, as a country we have reach at least, at the "front door" of the developing country. However, the attitude and mentality of the citizen need more improvement in order to prepare yourself for the borderless world. The attitude has to change. The mentality has to change.
You have to prioritize in your life.
You should know what is MORE important and MORE attention should be given to it.
For example, while working at your office, your wife call and tell you that you're running out of sugar (oh, this is a BIG issue in Malaysia, mana entah pergi gula??) .
Should you stop working and run to the Giant and buy the sugar or...
you continue working, and ask your wife to buy the sugar at the nearest groceries shop.
I bet, there is someone who will stop his work and go get the sugar.
My point here is, what is MORE important?
What is your priority? Work at office? or get the sugar?
This prioritize habit is not only limits to your work, but it also applies to every decision you do in your life. When dealing with many chances and when you have to make an ultimate, only one decision, you usually will consider this. But NO, you should apply this attitude to everthing in your life. It is not only will help you, but others around you.
Amacam, berani berubah?
Tuesday, May 09, 2006
Selftalk: Lama sudah...
Sigh...
Alhamdulillah, still breathing until this very moment.
Another FM of Kodoks for Gubra
Alya's first cake (happy birthday to you-la sweetheart from uncle erman and auntie zarina)
my life will also change.