Thursday, December 21, 2006

Selftalk: Cerita Cinta

Cinta.
Satu subjek yang cukup indah, malah dekat dihati bagi hampir semua manusia di dunia ini.
Perkataan keramat bagi sesetengah daripada kita.
Malah Cinta dianggap begitu suci, biar daripada sudut mana kita melihatnya.
Oleh kerana begitu subjektifnya rasa yang terbuai daripada perasaan ini, cinta sebenarnya telah lahir dalam hidup setiap kita ini sejak lahir lagi.

Perasaan tulus seorang ibu yang menanggung sakit semasa melahirkan seperti hilang begitu sahaja bila melihat anak yang dikandungkannya, diletakkan diatas dadanya sebaik sahaja keluar menjengah dunia. Kerana CINTA.

Seorang bapa berasa sayu dan gembira melihat bayi kecil yang dikandung isterinya, kini berada didunia sebenarnya, dan menjadi pengikat kasih cinta antaranya dan si isteri. Kerana CINTA.

Dan bermula sahaja hari pertama seorang anak itu, maka kisah "cinta" akan datang bersama-samanya dalam pelbagai versi. Sama ada kisah itu akan bermula dengan gembira dan berakhir dengan bahagia jua, atau bagaimana sekalipun kisah itu bermula dan berakhir, semua itu didorong oleh satu rasa universal yang berada di hati setiap manusia.

dan Cinta di pawagam sekarang ini mengangkat lima cerita yang berlaku disekelilling kita.

Pastilah, setiap penonton akan mempunyai kecenderungan terhadap salah satu (atau dua, atau tiga) daripada ceritera yang dilukiskan dengan baik oleh Kabir Bhatia dilayar perak ini.
Atas alasan seperti pengalaman sendiri, atau pengalaman disekellilling yang berlaku, atau apa sahaja alasannya, sesetengah scene itu memang berjaya menyentuh hati.

Di kala ini, cinta bagi saya telah melepasi peringkat "mengenali hati budi" tetapi pada fasa ini, "memahami antara satu sama lain" adalah kunci kepada keindahan cinta. Kemudian "percaya" mungkin adalah tangga satu kepada seratus atau seribu anak tangga yang bakal sama-sama kami langkah. Maka dalam Cinta, kisah Airin dan Harris paling menyentuh hati. Malah, Harris seperti bukti bahawa masih wujud lelaki yang tulus dan ikhlas dalam kasih terhadap seorang isteri.

Menutup tahun 2006 ini, saya boleh senang dengan apa yang telah saya lakukan sebagai seorang suami.
Pasti 2007 nanti, saya mengharapkan menjadi lebih baik apatah lagi nametag " seorang bapa" bakal saya pakai nanti.
semoga, kisah CINTA ini telah mengajar khalayak sesuatu, supaya masyarakat dapat sedikit berlajar, sometimes it's all about the loved one.

p/s: Nina, terima kasih sekali lagi atas gathering ini.
Pye and Shidah, raikan cinta kamu berdua selalu!

No comments: