Thursday, September 07, 2006

Komuniti: Kempen Keselamatan

Perasan tak iklan2 tentang keselamatan jalan raya yang semakin agresif sifatnya kebelakangan ini ditayangkan kat televisyen. Bermula dengan iklan penunggang motosikal yang melanggar lampu merah, dan kemudian dilanggar oleh lori [Mesej: Merah tanda berhenti]. Kemudian, muncul pula iklan yang memaparkan percikan darah ke muka salah seorang remaja akibat daripada rakannya yang dilanggar oleh kenderaan daripada belakang semasa mereka berjalan beriringan di tepi jalan [Mesej: Berjalanlah bertentangan dengan aliran kenderaan]. Yang terbaru ialah, seorang bapa dengan luka2 kecil meratapi kematian anaknya sambil memegang teddy bear yang anaknya pegang ketika kemalangan berlaku akibat kecuaiannya membelok dan akhirnya berlanggar dengan lori yang datang dari arah beakang [Mesej: Lihat cermin, berikan lampu isyarat dan barulah anda membelok].

Ya, kempen keselamatan semakin agresif.
Percikan darah bukan lagi hanya boleh kita tonton dalam filem berklasifikasi 18sg.
Mesejnya jelas, cuma pendekatannya “agak kejam” seperti kata crabster.

Pada saya, kempen memang baik : untuk meningkatkan kesedaran dan juga memberikan maklumat kepada masyarakat tentang sesuatu aspirasi atan perkara yang ini dipertekankan kepada umum. Malah, kempen melalui iklan di televisyen dilihat paling ampuh untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat kerana hampir semua lapisan mastyarakat menonton televisyen. Malah, melalui iklan perlakuan atau mesej dapat disampaikan lebih jelas berbanding dimedia cetak seperti surat khabar. Gerak geri, ekspresi, lakon layar adalah lebih berkesan untuk menyampaikan sesuatu maksud. Maka, pendekatan menggunakan iklan oleh kementerian berkenaan adalah sesuatu yang wajar dipuji.

Malangnya, medium yang dianggap paling berkesan ini, rupa2nya mungkin sekadar teori sahaja kerana realitinya, masyarakat seperti tidak mengambil ikhtibar. Baru minggu lalu, saya melalui satu jalan kat perumahan ni. Ramainya budak-budak remaja yang berjalan ditengah jalan, dan menghalang perjalanan. Hon, sikit pun tak dilayan. Kalaupun tengah practice kawad hari kebangsaan pun, kenapa macam berterabur dan tidak berada dalam single file?

Kalau dibuka akhbar pulak, kes kemalangan makin banyak. Dan bukan sedikit mangsa kemalangan macam tu yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Apakah kempen ini tidak berkesan? Atau setiap kali iklan seperti itu ditayangkan, mereka akan menekan channel lain untuk ditonton? Masih tak cukup kejam dan ngeri ker iklan2 macam tu?

Ni satu jalanraya kat Perlis, lengang jer...

3 comments:

Anonymous said...

tu belum cukup kejam lagi. lagi effective kalau buat macam ni:
http://www.youtube.com/watch?v=qpYq9CBZoKQ
http://www.youtube.com/watch?v=cjbM5iHBp78
http://www.youtube.com/watch?v=FrO5R1EVtho

ada satu lagi, tapi tak jumpa pulak. was actually hoping for a local ad that resembles the intensity these ads were creating, but i gather we're not prepared to air that much violence on malaysian TV. the climax for these ads were sudden, u'r not prepared, and so you'll feel the impact.

Anonymous said...

Ini semua sikap la wak....
letak la iklan yang dapat berjuta anugerah pun...kalau sikap pengguna jalan raya masih third class...tak boleh buat apa jugak...kadang-kadang...ada pihak yang tak bersalah pun teraniaya disebabkan sikap pengguna jalan raya lain yang biadab...
Baru2 nih ada berita sorang mamat kena pukul dengan crowd sebab langgar sebuah teksi dan menyebabkan pemandu teksi tu meninggal...bagus pun dorang hentam mamat tu...kalau saya ada kat situ pun saya bagi penyepak sama...

Anonymous said...

ada 3 cara untuk jadikan kempen itu efektif:
1. UBAH SIKAP
2. UBAH SIKAP
3. UBAH SIKAP
selagi 3 cara ini tak dilakukan, takyah membazir buat iklan. duit tu buat tolong orang palestin atau tampung kos harga minyak yang naik memanjang lagi bagus.
sekian, terima kasih.