Wednesday, September 20, 2006

Selftalk: Ramadhan selepas syabaan

Ramadhan datang lagi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya menanam azam untuk berpuasa penuh (
alhamdulillah, penuh sebulan selama ini pun). Dan setiap kali Ramadhan, banyak perkara yang difikir untuk dilakukan bagi memperbaiki diri. Dan saban tahun, sentiasa berharap untuk bertemu malam yang lebih baik baik daripada seribu bulan itu. Dapatkah?

Ramadhan datang lagi tahun ini.
Seperti seorang sahabat, tahun ini Ramadhan dan Syawal (dan bulan/tahun/dekad seterusnya) menjadi berbeza kerana ini kali pertama akan menyambutnya dengan seorang isteri yang disayangi. Awal-awal lagi kami telah membuat perancangan untuk bersahur di Ipoh, dan berbuka puasa di Kampung Pandan pada hari pertama berpuasa nanti. Di Ipoh, jika 1 Ramadhan jatuh pada 24 September, maka emak akan melalui hari pertama berpuasa pada hari lahirnya yang ke 56 (Selamat hari lahir mak, Amin dan Eina sayangkan mak, dan kami berdoa kepada-Nya, kesihatan yang baik dan kegembiraan berpanjangan dalam hidup mak). Mungkin sahur pertama kami akan dijadikan masa kami meraikan hari lahir emak. Dan petangnya, kami merancang untuk berbuka puasa dengan mama dan abah, serta keluarga di Kampung Pandan. Nampaknya, awal-awal lagi Ramadhan ini bakal memberikan pengalaman yang istimewa.

Ramadhan tahun ini ;
pada 30hb September pulak, kawan-kawan merancang untuk berbuka puasa bersama. Dan tambah istimewa bila ada kawan-kawan yang sudi meraikan keinginan isteri saya yang teringin nak makan steamboat. Rupa-rupanya, tak pernah lagi isteri saya ini pergi makan steamboat (kecuali yang kat Jalan TAR, yang orang jual dengan van/motor tu; katanya). Harap-harap tempat makan seperti yang telah kawan saya
setkan ni, dapat memenuhi impian isteri saya. Insya Allah.

Belum lagi bermulanya Ramadhan, sudah terasa keistimewaannya.
Semoga tahun ini, diri saya sendiri dapat berusaha mencari
keistimewaan Ramadhan...

3 comments:

Anonymous said...

Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at. karenanya melalui pesan ini saya memohon maaf jika slama ini saya memiliki kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani semuanya dengan khusyuk, amin.

Selamat menjalani ibadah puasa buat Mr.Herman dan Mrs. Zarina

Anonymous said...

beza, memang berbeza pengalaman berpuasa dan beraya tahun ni. semoga kita dapat menjalaninya dengan penuh jaya disamping isteri, keluarga dan keluarga mertua yang terchinta!
jumpa di kerinchi kita yop!

Anonymous said...

Sena: Selamat berpuasa untuk cik sena tetpei.dan sepuluh jari juga disusun minta dihalal makan minum dan dimaafkan segala salah dan silap.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita semua satu kebahagiaan.

pyerudz:Puasa ke-4, tak bangun sahur sebab isteri kat sebelah pun tak terjaga. Emh...ingat bro, isteri tu bukan alarm clock...Heh!