Friday, January 14, 2011

Tulisan tangan

Semalam, semasa menghantar Sasaran Kerja Tahunan yang di minta pihak atasan makmal di mana aku bekerja, lady boss aku menegur tulisan aku yang lebih kemas daripada biasa. Kecil-kecil dan bulat-bulat. Tidak seperti kebiasaannya yang mana buruk-buruk dan cakar ayam.

Sebetulnya, tulisan aku cantik.

Ini bukan pujian atau bakul yang aku angkat tinggi, tapi itu kata kawan-kawan aku, mahupun senior dan junior ku sama ada semasa aku di sekolah atau di universiti dahulu. Mungkin, ex-girlfriend aku pun boleh menjadi saksi pada statement angkat bakul aku itu. Bukan isteri tak boleh jadi saksi, tapi nampak bias pulak.

Tapi…itu cerita lama, der. Tulisan aku hari ini, dalam mode routine, memang tak boleh bla. Aku sendiri tak suka. Tak cantik. Senget benget. Tak kemas.  

Tulisan adalah aspek penting dalam hidup aku. Sejak kenal ABC, kemudian ke buku garis-garis yang melatih kita menulis abjad tu sebijik-sebijik, dan kemudian menulis di atas buku latihan sebelum ke foolscap paper, kekemasan dan keboleh bacaan, serta kecomelan tulisan antara aspek yang menjadikan sesuatu penulisan itu di anggap menarik (pada impressi pertama), pada pandangan aku. Aku masih ingat saat aku dapat 4A masa UPSR, mak menghadiahkan aku sebatang pen dakwat jenama Parker, yang dakwatnya didalam botol dan boleh diisi apabila diperlukan. Mata pennya hujung tirus, macam dip pen dalam cerita omputih- rambut ropol-ropol warna putih, zaman kolonial. Mungkin itu antara punca kenapa tulisan aku agak baik, kerana aku dilatih emak menulis dengan pen sebegitu, dalam versi tulisan sambung.

Menginjak remaja, aku jarang-jarang menggunakan pen mata bola kilometrico, tetapi pen pilot g1 fine atau super fine tips. Tak pun, aku gunakan pen technical. Sedikit mahal ketika itu, tetapi awek boleh impress bila tulis ayat jiwang dengan pen dan tulisan cantik (tipu, jer). Heh.

Zaman ini, semuanya bertaip. Dulu-dulu, surat cinta ditulis tangan dengan penuh ketelitian, dalam memastikan warkah yang ditulis betul ejaannya, suku kata dan maksudnya, agar si manis yang membaca nanti terpersona dengan apa yang di tulis xi teruna. Ada personal touch, kata kita hari ini. Nak tambah lebih personal, sebelum warkah di lipat kemas, sedikit talkum di tabur, biar wangi warkah cinta, haruman menjadi igauan si dara di malam hari.

Hari  ini, semuanya kita text aja. Tweet, dan shout di fb (eh, betul ker fb nak tutup pada bulan Mac ni?). Semuanya di taip ya, encik. Ayat-ayat cinta hanya atas skrin. Itu pun dalam bentuk short form. “syg awk”. Dijawabnya, “2!”. Dah! Tak der personal touch. :)

Jika ada pilihan aku ingin:

a. Menulis dengan tulisan tangan ku di blog ini. Jika tak semua pun, mungkin ada entri tertentu. (Apa gajet yang diperlukan untuk aplikasi ini yer?)

b. Menulis kemas kembali. Bulat. Besar. Macam dulu.

c. Tulis surat cinta kembali, untuk isteri.

d. Catatan dan pesanan buat anak-anak, yang di tulis tangan dalam buku khas.

e. Jika sampai ke tempat tertentu, hantar poskad. Boleh buat kenangan dalam simpanan.

 

Ya. Boleh buat ni…

No comments: