Sejak dulu, kedai buku adalah tempat kegemaran aku. Melihat buku-buku yang tersusun, sudah membuatkan hati aku berkobar-kobar, melonjak riang seperti kanak-kanak yang baru mendapat lolipop merah dari atas meja doktor (ketakutan berhadapan dengan doktor sebelum itu hilang begitu sahaja…).
Jadi ketika ini, bila berada di dalam kedai kopi di sebuah kedai buku, menghirup coklat panas yang berharga Rm6.50 ini, seperti seluruh aura buku-buku di sekitar ini meresap masuk ke dalam minuman coklat itu. Kemudian apabila minuman coklat itu melalui esofagusku, maka bersatulah ilmu bersama aroma coklat itu kedalam tubuhku.
:)
No comments:
Post a Comment