Friday, October 26, 2007

KisSing (2)


Tadi pagi dengar di hot.fm (panggilan hangit). Telah diubah sedikit, untuk versi KisSing.

Si pembakar: Hello, saya telefon dari hotel X .Saya nak panggil awak nyanyi la untuk satu dinner show.

Si hangit: Dinner show? Bila ya?


Si pembakar: Minggu depan. 29hb.

Si hangit: Oh....malam ke?


Duh!

Cik kak, dinner show mestilah malam...

Ces!

KisSing (1)

Ini bukan idea baru. Mungkin kisah pendek sebegini tak begitu mengambil masa untuk ditulis dan dibaca. Saya namakan "KisSing" (Kisah Singkat).

Berbudi bahasa itu penting.
Sangat penting sehinggakan kesan dan akibat daripada berbudi bahasa ni kadang-kadang membuatkan seseorang memberikan respond yang abnormal dan sangat menyentuh kalbunya.

Petang tadi, tangan dan hati tanpa sangsi memilih barang-barang di sebuah kedai.
Satu diambil.Satu diletak ke bakul.
Dua diambil. Menyertai satu dibakul.
Hingga bakul separa penuh.

Dikaunter,tokei kedai mula mengimbas kod bar barang.
Satu barang..tut..tut.. RM10.90 di panel cash machine nya.
Dua barang..Tut..tut..RM15.90 ditambah.
Hingga barang terakhir daripada bakul separa penuh, jumlah kesemuanya RM132.50.

Kad kredit dihulur.

"Encik,kad kredit ni dah patah" kata tokei.
"Takper,cuba dulu." kata siapa lagi.

"Encik,chip failed" kata tokei.
"Takper, cuba kad ini pula." Tangan cepat-cepat keluarkan kad lain dan beri pada tokei.

"Encik, chip failed juga" kata tokei.
Cis!
"Takper, saya bayar cash."
Muka rasa panas.
Tangan cepat-cepat keluarkan kepingan wang kertas.

"Tapi Encik kena bayar ngam-ngam RM132.50"
Ces. Demand pulak!
Geram la nih.
Muka lebih rasa panas.
Tangan lebih laju mengorek-ngorek dompet.

RM132.50 bertukar tangan 10 saat selepas itu.

Kemudian, senario ini tiba-tiba berlaku...

"Wah! Encik memang bagus. Saya suka customer macam encik. Encik cekap lah. Encik pandai lah. Datanglah lagi kesini. Nanti saya boleh bagi diskaun dan seterusnya.." dengan suara yang begitu teruja dan mesra, tak macam masa bilang kad kredit aku di reject tadi.

Secara otomatis ketika itu,muka jadi tak panas dah. Senyum terus sampai ke telinga. Badan dah terasa ringan dan melayang-layang dengan pujian...

Kan penting budi bahasa tu?

Tak sedar harga RM132.50
Tak ingat kad kredit tak boleh guna (kenapa eh?gua dah bayar ok....)

Jadi,berbudi bahasalah kita yer?.

Nota kaki: Gambar Maisarah di kolam tiada kaitan dengan KisSing ni, sekadar hiasan dan makluman, Maisarah first time masuk kolam dan dia suka mandi kolam!

Tuesday, October 23, 2007

Ouchh!

Ini bukan kali pertama saya menulis tentang sakit kepala. Hari ini sakit kepala lagi. Macam-macam cara yang dah dibuat, tapi belum betul-betul berhasil, untuk hilangkan sakit kepala yang semakin tegar ni.

Silap sendiri jugak.

Ahad malam lepas, sambil menunggu order nasi goreng kat desa pandan, hujan turun renyai-renyai.Tak lebat, rebas kata orang. Tapi mamat yang goreng nasi goreng tu punyalah lama, sampai kan hujan yang turun sikit-sikit tu mulai menunjukkan kesan diatas tubuh yang menunggu nasi goreng, di bawah hujan.

Balik rumah, terus tidur. Nasi goreng pun tak dimakan.

Hari isnin, jam 6:00pagi sudah terasa denyut-denyut kecil dibelakang kepala. 2biji panadol dimakan dan tidur semula. Bagitahu Eina, tak boleh nak gi kerja, dia kena ambil public transport untuk ke UKM.
Dan hari isnin berlalu dengan 6 biji panadol ditelan tapi denyut-denyut kecil itu hanya semakin menggila.

Hari ini, 5 biji panadol (sebiji panadol terjatuh, kalau tak jadikla 6 biji) dah ditelan. Tapi sampai saat ni, sakit kepala ni masih bermastautin.

Help!

Friday, October 12, 2007

CyberCafe


sejak ada streamyx dirumah, gua dah tak jenguk cybercafe dekat rumah mertua gua tu.sebelum ni,dalam seminggu gua akan lepak sejam or dua jam kat cybercafe yang bingit tu.
Bukan lah sebab gua jatuh cinta ngan awek kat cybercafe tu, dan bukan jugak sebab gua suka PC dia yang banyak game, tapi gua suka usha-usha budak-budak bawah umur yang begitu asyik main permainan online/LAN seperti Counter Strike (CS).
Ya, kebanyakan mereka akan menjerit-jerit, memaki-maki kawannya di PC yang lain ketika bermain CS ini.Kalau pun bukan carutan yang merangkumi haiwan haram, mahupun bahagian badan yang tertentu sama ada kepunyaan mereka atau bukan kepunyaan mereka, memaki ni macam satu bentuk komunikasi antara mereka. Gua bukan la budak skema, tapi gua tak mencarut. Jadi bila budak-budak bawah umur ni tanpa segan silu mencarut,memaki dan menjerit-jeit, gua hairan sikit. Sikit la.
Tapi memang ramai budak-budak bawah umur ni yang suka bertandang ke cybercafe. Kalau bukan sebagai pemain CS, sekurang-kurangnya sebagai penyokong dan tukang sorak merangkap tukang maki.
Hari ni, gua masuk cybercafe kat desa pandan ni setelah sekian lama. Separuh premis ni diisi oleh budak tak cukup umur ni. Dan dah lama gua tak dengar makian "BODOH" bersahut-sahutan. Gua rasa, lepas raya ni tokei cybercafe ni lebih tersenyum lebar sebab budak tak cukup umur ni pasti kembali dengan WANG BESAR untuk menyambung pengajian CS mereka.
cartoon from www.getpakistan.com

Wednesday, October 03, 2007

Iftar@Cozy House

[ Pernyataan awal: Semoga entri ini dapat ditulis sempurna dan tidak terdelete ]

Iftar pertama diluar bersama rerakan kodoks sangat dinantikan. Apatah lagi, ms. gorgonizer telah bertungkus lumus membuat tempahan di Cozy House, Great Eastern Mall Ampang sejak awal lagi. Malah sebelum itu, banyak laman web yang diluncuri untuk mencari nombor telefon tempat yang bernama Cozy House ini. Kata orang, makanannya sedap.

Panggilan jam 1:00 petang Ahad itu oleh ms.gorgornizer meminta saya dan cik crabster memberikan menu untuk kami makan di Cozy House petang itu, disambut dengan ngangaan besar mulut kami. Mana nak tahu makan apa, dan mana pernah pergi ini Cozy House..Tapi kami order jugak. Dalam minit terakhir saya menukar order sebab order pertama saya tidak ada dalam senarai Cozy House, kata ms.gorgenizer susah betul nak dapat line di Cozy House tu.

Itu bukanlah sesuatu yang teruk dalam pengalaman pertama diCozy House ini.

1. Mulut kami lebih ternganga besar bila dimaklumkan tempahan ms.gorgonizer telah terdelete dan ini menyebabkan kami hanya boleh masuk di Cozy House pada jam 7:30malam
2. Bila kami sampai jam 7:30 malam di Cozy House tu, kami belum dapat masuk dan ms.gorgonozer still kena beratur, dan menunggu (dan kami pun menunggulah) walaupun telah membuat tempahan (yang telah terdelete dan diundelete kan)
3. Ada pulak 3 jenis line, yang mengamalkan budaya dijalan raya Malaysia iaitu "potong sesuka hati aku kerana macam aku sorang bayar road tax" yang menyebabkan penantian kami bertambah bila cik gorgonizer di potong barisannya
4. Akhirnya dapat masuk dan ditempatkan kat meja yang tak cozy langsung. Sila rujuk gambar sebenar di blog pye
5. Air orange juice saya paling kecik berbanding apple juice crabster, or ice lemon tea shidah/pye or even carrot juice lizzam
6. Pye et al. lambat dapat drink dan bila panggil waitress untuk check mana drinks yang tak sampai, datang la pulak waitress ni dengan order slip yang menurutnya takder pun senarai drinks tu padanya. Aiyah.. terdelete la tu, lagi mahu tunjuk-tunjuk bukti konon tak bersalah
7. Mintak air kosong sejuk, tapi yang sampai air suam sebab ais dah terdelete on the way nak sampai meja kami
Apapun, gembira dapat together-gether with my fellowships of the kodoks. Thanks guys!

Oh, the food is okay-lah by the way (8 patah perkataan sahaja). ** I ordered Chicken Chop with gravy and cik crabster ordered Fish n Chips.






<--The fellowships of the Kodok without the Cip

Jantung untuk Hui Yee

Adik Hui Yee sudah setahun hidup dengan jantung mekanikal, yang hanya dapat bertahan selama 2 tahun (naper la orang yang cipta jantung ni tak buat untuk boleh diguna lama-lama?). Setahun berlalu, masih belum ada penderma untuk Hui Yee. Maknanya tinggal satu tahun lagi sahaja untuk Hui Yee hidup (ni perkiraan manusia, ajal tetap di tentukan Allah).

Jadi seluruh media massa menyeru untuk membantu Hui Yee. Membantu Hui Yee bermakna satu nyawa perlu pergi, demi memberikan nyawa buat Hui Yee. Bukan sesuatu yang senang.

Ada pendapat berkata, inilah masa untuk mereka yang merasakan diri tidak pernah berbuat amal kebajikan, peluang untuk menebus dosa setelah dirinya meninggal.

Apapun, apa kata mat-mat rempit diluar sana: Jika anda ingin berlumba dihari raya nanti, dan anda rasa ada kemungkinan anda akan mati kerana perbuatan sia-sia anda, jangan lupa hubungi Utusan Malaysia di talian 03-9221 7055 sambungan 123 dan dermakan jantung anda kepada gadis yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini dengan menghubungi Pusat Transplant Negara di talian 03-2615 6576 atau talian bebas tol 1-800-88-9080.

Jangan lupa ya. Anda boleh beramal selepas anda meninggal.