Saturday, January 14, 2006

selftalk: definisi mafiaries.part 2

dalam satu tahun ada 365 hari. bayangkanlah, setiap hari ada saja perkara yang berlaku dalam hidup kita nih. jadi, bayangkanlah juga dalam satu hari itu, mesti ada sesuatu yang berlaku dalam diri kita, dan kita fikir ianya akan menyumbang kepada pembentukan diri kita. kemudian, apa yang berlaku dalam diri kita itu, kita ekspresikan pula melalui tulisan di blog. melalui tulisan itu, kita beritahu kepada kawan2, beritahu kepada pembaca blog, juga mungkin kita dapat beritahu sesuatu kepada seseorang, apa yang kita tak mampu luahkan secara bersemuka, face to face. bagi mafiaries, blog medan yang baik untuk develop diri. kalaupun tidak secara langsung, secara tidak langsung pun tak apa...
tetapi dalam tahun yang berlalu, hanya ada kira2 35 entri sahaja dalam blog mafiaries. itu hanya kira2 9% daripada seluruh tahun. kalau kita letak setiap hari dalam tahun itu diwakili oleh anggota tubuh kita, 9% hanya mengambil satu tapak tangan (mungkin) sahaja. sedikit sangatlah yang dapat orang lihat pasal diri kita, utuk kenal siapa kita. kita sendiri pun, belum tentu dapat kenal diri kita sendiri kalau hanya melihat tapak tangan...
begitulah...
ekspresi diri ini masih terhad dan tertutup lagi. kerana itu diri narrow-minded?

mafiaries tak pandai kawal marah. sebab itu mafiaries asyik buat crabster sedih kena marah.
mafiaries tak pandai memujuk. sebab itu mafiaries buat crabster selalu merajuk tanpa dipujuk.
mafiaries asyik ingat kisah lama. sebab itu mafiaries masih ingat memori lama dan rasa derita.
mafiaries banyak dah buang masa. sebab itu mafiaries belum dapat apa yang dimahukan.

sigh.. keluh panjang malam ini.

No comments: