kira2 setahun yang lalu, semasa mula2 menulis diruangan blog ini, mafiaries fikir ianya (blog ini) adalah bagi ekspresi segera mafiaries terhadap perkara2 tertentu yang berlaku. kadangkala, event2 dan peristiwa2 yang berlaku dalam satu2 hari itu, terus mengundang perasaan samada gembira, sedih, suka, duka, tenang, marah dan lain2. setiap peristiwa itu juga, apabila berlaku ianya akan menyumbang kepada pembentukan diri seseorang itu. Maka, apabila ekspresi tentang rasa itu digabungkan dengan peristiwa, mafiaries rasa, individu seseorang itu terbentuk daripadanya. Mungkin apa yang mafiaries cakap ini melalut2, tetapi... hakikatnya, diri kita adalah berpunca daripada pengalaman kita.
mafiaries sering merasakan dalam sesuatu perkara, mafiaries mempunyai hanya satu persepsi sahaja. Dalam kata lain, mafiaries ada satu jawapan sahaja bagi setiap soalan. Rigid, keras, narrow-minded dll. dalam sesetengah perkara, sifat begitu baik.tetapi dalam banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini, rupa2nya menjadi terlalu keras hanya mengundang duka.
mafiaries sedar sebenarnya, hidup ini banyak pilihan. kita ditawarkan dengan pelbagai persepsi dan pendapat.
No comments:
Post a Comment