Friday, January 06, 2006

Hiburan: Another masterpiece by Afdlin Shauki

Balik daripada Putrajaya sekejap tadi, ingat nak uploadkan gambar makan2 mafiaries ngan tunang, cik zarina "sleepycrab" yang ahmad, tapi entah mana cradle camera Nikon Exlim tu ntah. So later2 la untuk mengisahkan tentang cerita makan2 di satu tempat yang best la jugak kat Alamanda Putrajaya.
So, pergilah jenguk2 blog Afdlin Shauki yang sekarang ni, antara nama artis yang sedang meletup2 akibat movienya yang terbaru, Baik Punya Cilok. Dan telah pun mencecah kutipan 2.0juta ringgit malaysia. Tahniah2..
Baik Punya Cilok ialah kisah pasal 4 org kawan yang bernama Aben,Wak,Jerry dan Bob yang cuba menolong Wak yang ingin mencuri(mendapatkan semula) kerongsang yang dipajaknya kepada Uncle Wong, kerana Uncle Wong menipunya dengan meletakkan harga bunga berganda apabila Wak ingin menebusnya semula. TONTONLAHHHH!!

Satu benda yang mafiaries nak promote kat sini ialah kedatangan satu lagi hasil kepala-pemikiran "P.Ramlee in the making" ni ialah sequel kepada satu movie yang telah meletakkan Afdlin Shauki sebagai pelakon lelaki terbaik, iaitu Buli.. sambungan Buli iaitu Buli Balik. Kata Afdlin, sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia dan kodok2 yang telah menyokongnya selama ini, tiket free akan diberikan kepada sesapa yang nak menonton preview filem Buli Balik ni. Tarikhnya pada 12 Januari 2006. Korang akan jadik antara orang pertama menonton filem ini, sebab Buli Balik akan berada di pawagam seluruh negara hanya pada 26 Januari. 2 minggu lebih awal, korang dah leh tengok Buli Balik dan seterusnya mewar2kan keseantero tentang filem ini.
Caranya: korang mintak tiket free tu kat Anne di alamat ini: kodokgonewild@gmail.com Setahu mafiaries, Anne yang uruskan benda ni. Oh ya, korang jugak boleh tempah satu/dua/tiga/sukahatikorangberapabanyak T-Shirt yang direkadesignkan oleh cipster kodok, iaitu Afdlin sendiri. Harga: RM20.00.
Anyway, kalau korang tak gi preview ni pun, jangan lupa menonton Buli Balik ini nanti dipawagam pada 26 Januari...

gracias...

No comments: