Dalam dua tiga hari yang lalu, atas urusan pengajian mafiaries pergi ke Pulau Pinang. Untuk ke Pulau Pinang, selaras dengan menyambut saranan kerajaan; mafiaries menggunakan perkhidmatan awam. mafiaries telah membeli tiket bas daripada sebuah syarikat pengangkutan awal sehari. Perjalanan ditentukan jam 9.00 pagi dari stesen Puduraya.
[
to cut a long story short:
bas ni LAMBAT>bawak slow gilerrr!!!>akibatnya mafiaries sampai lanbat ke Butterworth>dan lambat untuk meeting!]
oleh kerana ini bukan kisahnya, takperlah...
simpan jerlah perasaan bengang kat syarikat bas nih!!!Kisah sebenarnya bermula semasa mafiaries dan penumpang-penumpang yang lain ditransitkan dari Stesen Pudu ke Stesen Duta. Dari stesen Pudu lagi, ada seorang
penumpang yang buta. Bagusnya syarikat bas tersebut ialah, pekerjanya sangat prihatin dalam melayan
penumpang buta ini. Pekerja bas tersebut telah menolong menempatkannya di tempat duduknya semasa di Stesen Pudu. Cuma bila sampai di stesen Duta, apabila bas sebenanya sampai untuk membawa kami ke destinasi: Butterworth,
penumpang buta ini telah naik ke dalam bas dengan sendirinya dan duduk disatu
seat yang kosong, agak hadapan, dua
seat dibelakang
driver. Waktu itu, sebenarnya diatas bas ada penumpang lain yang
sebangsa dengan
penumpang buta ini telah menempatkan
penumpang buta ini di
seat tersebut.
Tidak lama kemudian, datang seorang
lelaki dalam lingkungan 40an bersama seorang perempuan.
Lelaki tersebut naik ke dalam bas, dan kemudian berhenti ditempat dimana
penumpang buta itu sedang duduk.
dia melihat tiket ditangannya, dan kemudian dengan suara yang agak tinggi,
lelaki tersebut bertanyakan sama ada
penumpang buta itu tahu tempat duduknya atau tidak. Waktu itu, penumpang lain yang telah menolong
penumpang buta itu terus membantu
penumpang buta itu melihat tiketnya.
Ya, penumpang buta itu telah duduk ditempat yang salah. Kemudian,
lelaki 40an yang tidak buta tersebut masih dengan suara yang tinggi menyuruh
penumpang buta itu ke tempatnya seperti ditiket,
lelaki tak buta itu telah menyuruh
penumpang buta itu kebelakang,
lelaki tidak buta itu mahu perempuan yang datang bersamanya duduk dikerusi yang
penumpang buta itu duduk.
Ya Allah.Buta betul hati lelaki itu.Apakah dia tidak dapat melihat yang dia bercakap dengan si buta?Buta betul hati lelaki itu.Biarpun penumpang buta itu bukan bangsanya, tetapi itu bukan perkaranya.Perkaranya adalah: Lelaki itu BUTA dan awak TAK BUTA.Buta betul kepala otak lelaki itu.Apakah dia tak boleh mencari tempat lain untuk perempuan yang datang bersamanya itu duduk?Tidakkkah dia boleh berfikir, kalau penumpang buta itu telah mengambil tempatnya, maka tempat asal penumpang buta itu tidak ada sesiapa yang duduk dan dia boleh duduk disitu?Buta betul kepala otak lelaki itu.Tidakkah dia nampak lelaki itu buta?Buta hati.Buta segalanya.Shame on you!Note: apa pendapat korang? tinggalkan
comments anda dengan menekan pada "nombor berwarna kelabu" disebelah tajuk...