Saturday, March 25, 2006

Selftalk: Surat terbuka untuk MEA


Assalamualaikum warahmatullah...

Ke hadapan adikku, Mohd Erwan Affendi (MEA) semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hari ini, 24hb Mac - adalah satu tarikh yang istimewa untuk kamu. 16 tahun yang lalu, kamu telah dilahirkan ke dunia ini, hadir dalam keluarga kita, setelah sembilan bulan sepuluh hari emak mengandungkan kamu. Dan hari ini, apabila melangkah ke alam 16 tahun, bermakna telah 5840 hari kamu bersama keluarga kita.
Pada usia 16 tahun ini, angah fikir sewajarnya kamu berfikiran lebih dewasa berbanding 15 tahun yang lalu. Malah kamu telah sepatutnya boleh berfikir tentang diri kamu, dan masa hadapan yang kamu pilih.

Tetapi...
hari ini, angah masih lagi tertanya-tanya, apakah kamu sedar bahawa kamu telah berusia 16 tahun?

Bukan tujuan angah menulis ini untuk memaparkan kisah kamu kepada khalayak. Bukan juga tujuan angah ingin meraih simpati si anu atau si polan. Bukan juga untuk mencanang cerita duka yang bermain dalam hati angah sejak hari itu. Cuma, angah ini memberikan peluang kepada diri kamu, mengerti dan memahami bahawa tindak tanduk kamu selama ini telah mengundang sesuatu yang pedih dalam pertalian kita adik beradik. Sewajarnya kamu, apabila telah berusia 16 tahun ini, kamu harus labih memahami erti kematangan, dan erti keluarga dalam hidup kita.

Pagi tadi, semasa angah menelefon kamu dari jauh untuk mengucapkan salam hari lahir, suara kamu begitu bersopan. Angah, dalam waktu yang sedetik itu, berfikir alangkah bagusnya jika kamu telah berubah. Alangkah bagusnya jika wujud keakraban antara kita adik beradik. Tetapi, buat masa ini, angah masih keliru...
Apakah itu kamu, atau kamu hanya bermain kata?
Angah hanya mahukan kamu menjadi seorang lelaki yang lebih baik daripada kamu yang dahulu. Segala janji kamu pada angah: nak berubah perangai, nak pergi kesekolah, nak duduk dirumah dan sebagainya, buktikanlah kepada angah. Telah angah katakan pada kamu, angah akan sentiasa cuba menyokong kamu, tetapi jangan kamu cuba menghilangkan kepercayaan angah kepada kamu. Dulu, kamu katakan pada angah, jika kamu minta sesuatu, kamu tahu kamu tidak akan memperolehinya. Tetapi angah katakan pada kamu, kamu ada kata-kata angah, kamu ada janji angah pada kamu dan kata angah; angah akan cuba dapatkan apa yang kamu minta, dengan syarat kamu MESTI BERUBAH.
Tetapi, rupa2nya angah hanya mendengar janji kosong. Mana surat pindah sekolah yang kamu kata kamu akan ambil? Mana sekolah yang kamu kata kamu akan pergi? Mana semua yang kamu janji pada angah? Kamu menyebabkan angah ternanti-nanti, dan angah sendiri tidak pasti bila janji kamu akan ditepati.

Jadi bagaimana angah boleh mengotakan pula janji angah pada kamu?

Mohd Erwan Affendi,
Walau apa pun alasan kamu untuk menjadi diri kamu yang sekarang, angah rasa kamu telah tersalah jalan. Tak guna angah menjerit teriak pada kamu. Apatah lagi berpukul hempuk. Kamu anak bongsu dalam keluarga. Kamu sepatutnya menjadi adik yang paling selesa. Tetapi... kamu memilih untuk menjauhkan diri sendiri daripada adik beradik kamu. Kamu tidak bercakap dengan abang-abang kamu, kamu bermasam muka dengan kakak-kakak kamu. Pilihan itu adalah pilihan kamu. Jika kami tegur, dan marahkan kamu, apakah kami tidak berhak membimbing adik kami? Apakah kami salah bila kami cuba membetulkan kamu? Kamu membentak dan membantah. Kamu fikir kamu betul dan kami salah. Kamu fikir kami tidak berhak berkata apa kepada kamu. Kamu marah. Kami marah. Akhirnya, hubungan kita adik beradik jadi hambar. Tiada warna lagi dalam keluarga. Mungkin bagi kamu tidak apa, tetapi percayalah, ada hati yang merasa duka dengan perangai kamu...ada hati yang tertanya, kenapa kamu jadi begitu, dan ada perasaan yang terguris bila sanggup kamu berbuat begini dan berkata kotor begitu.

Kami hanya mahu kamu berjaya. Tumpukan perhatian pada SPM selepas apa yang berlaku semasa PMR sangat mendukacitakan. Kami mahu kamu ke sekolah, belajar dan jadi insan yang berguna. Sekurang-kurangnya untuk kamu selesa bagi diri kamu sendiri dan bukan orang lain. Apakah kamu fikir untuk 10 tahun lagi, kamu akan terus melakukan kerja yang kamu lakukan sekarang? Bukan angah hina kerja kamu, tetapi ini bukan masanya untuk kamu bekerja. Kamu seharusnya sedar diri dengan keadaan hidup kita sekeluarga hari ini, kamu bukan hidup seperti kami dulu. Kamu tidak pernah makan nasi dan air gula seperti kami dahulu kerana keluarga kita tidak berduit. Tetapi kami tidak kemaruk mencari duit. Kami hanya menumpukan pada pelajaran dan bertekad mengubah kehidupan. Hari ini, sekurang-kurangnya tiga abang-abang dan kakak kamu telah bekerja, dan sekiranya kamu perlukan duit untuk tujuan tertentu, angah rasa tiada seorang pun daripada kami yang keberatan untuk memberikannya. Tetapi kamu yang memilih jalan "permusuhan". Kamu engkar kata kami, kamu tidak dengar kata kami. Jadi bila ada berasa hati, inilah keadaan keluarga kita sekarang.

Angah sendiri tidak pasti salah silapnya. Emak semakin tua. Satu hari nanti, bila semua telah belajar diluar, dan bekerja, akhirnya emak akan tinggal seorang dirumah. Kamu yang diharapkan berada dirumah sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi, sering pula tak balik rumah. Tidur rumah kawan, kata kamu. Kawan yang mana satu, seorang pun tak tahu. Akhirnya, emak tidur seorang dirumah. Kalau emak perlukan apa-apa dirumah? Entah, hati kecik angah sangat sayu bila mengenangkan perkara ini.

Mohd Erwan Affendi,
Akhir kata, angah doakan kamu segera berubah. Jadilah lelaki yang lebih bertanggungjawab. Tugas anak lelaki tidak berakhir sampai bila-bila. Ayah dan emak tetap menjadi tanggungjawab kita. Apatah lagi jika kamu telah cukup dewasa untuk membina keluarga kamu sendiri, kamu perlu bertanggungjawab untuk orang lain pula. Hingga hari ini, walaupun telah banyak kali hati angah terluka kerana janji kamu, angah masih cuba mencantumkan sepihan-serpihan itu dan memegang hati ini seolah-olah tiada luka. Angah masih percaya pada kamu, dan angah harap kamu tidak selamanya akan menyebabkan luka itu terus luka.

Sekian.

Angah.

Bandar Baru Bangi, Selangor

Thursday, March 16, 2006

Selftalk: A picture speaks a thousand words

untuk yang sedang berlari mengejar cinta,
mungkin ini masanya untuk kamu berhenti.
untuk yang sedang meraba mencari cinta,
mungkin ini masanya untuk kamu berhenti.
namun bagi kamu yang sedang memegang cinta,
jangan kamu sesekali berhenti mencintai cinta.
kerana cinta adalah satu kalimat
yang satu ketika dulu menyelamatkan kamu
daripada penat berlari dan meraba.

Komuniti: Tag Game - Part 1

Sudah lama agaknya saya ingin melaksanakan permainan “tagged” (tag game) ini. Bermula dengan satu soalan yang diajukan kepada Nina lewat hari itu, saya sebenarnya telah terhutang pada Nina untuk menyertai permainan ini. Prinsip permainan ini, seorang blogger akan memberikan “soalan-soalan” yang kemudiannya dijawab oleh blogger tersebut, dan beliau kemudiannya akan meminta (tag) mana2 blogger lain untuk turut menjawab soalan2 tersebut. Kadang kala memang permainan ini menguji kerana (jika) jawapan yang disertakan adalah dengan ketulusan, ianya bisa mengundang senyum pada orang lain dan juga mungkin diri sendiri. Mungkin mereka rasa kelakar dengan apa yang sebenarnya kita jawab, dan kita sendiri rasa begitu.

Apapun, sebagai memenuhi impian diri sendiri dan berterima kasih pada Nina yang sudi memilih diri mafiaries, di paparkan jawapan seikhlas mungkin yang akhirnya, pasti membuatkan mafiaries sendiri sedar diri.. huhuhu.

So, here goes. My seven weird habits:

Uno: Kalau saya pergi mana2 shopping complex, saya akan masuk ke hampir semua kedai buku di shopping complex tu. Tujuan: hanya untuk belek2 majalah. Kalau dah beli majalah yang dikehendaki pun, dan mesti dah beli dah pun, masih nak masuk jugak ke kedai2 yang lain. Pergi tengok je pun majalah2 kat kedai tu. Padahal sama jer majalah kat mana2 kedai pun. [Bukannya nak beli lagi majalah yang sama pun..]

Dos: Bila makan makanan yang sedap, contohnya makan nasi goreng daging merah, saya akan makan nasik goreng tu dulu, daging tu jadik lauk sikit2 jer. Dan akhir sekali barukah menikmati daging masak merah tu sahaja (kan elok, mintak daging masak merah jerr..?)

Tres: Saya akan tekan alarm kereta banyak kali untuk pastikan kereta betul2 lock. Tak pun tanya sesiapa yang ikut sekali dengan saya, sama ada saya dah lock kereta atau belum.Ambil langkah berhati2..Heh!

Cuatro: Kalau bermimpi, dan kemudian terjaga, mesti nak cuba tidur balik dan cuba sambung mimpi tu. Exactly kat part yang sebelum terjaga tu.Itu yang selalu bangun lambat tuh..(alasan...)

Cinco: Mandi lama2. Bersih kan itu, ini, dan itu semula, kemudian ini kembali.

Seis: Menguji orang. Kadang2 tu, dah tulis dah expected result dalam satu buku ni, dan kemudian akan test seseorang tu, tengok adakah dia seperti yang telah difikirkan. Emh..teringat lak kata crabster, dia tak suka selalu kena uji.tapi dialah selalu saya uji..huhu. sorry-lah dearie.nak kenal awak lebih lagi... [but maybe, kena buang sifat ni sikit2..entah?!]

Siete: Ini mungkin berkait ngan nombor lima..tapi cam “weng” sket. Emh..kalau mandi wajib (pada masa2 tertentu jer lah..), selalu baca niat banyak kali. Dah mula mandi, karang tengah2 mandi karang, baca lagi.. Tapi tak pulak begitu masa ambik wuduk...

Huh!

Macam itulah. Dah tertunai dah impian satu untuk buat tag game ni. Sekarang dengan sesuka hatinya saya harapkan beliau2 yang dibawah ini akan sudi meneruskan permainan muhibbah ini:

1. Crabster
2. Superdiman
3. Dontwanttobeknown (yes, you laa..you know who you are)

Gracias..
Note: ada satu lagi tag game. Malam ni, cuba jawab. To Nina, thank you for tagging.

Wednesday, March 01, 2006

Hiburan: Actorlympics- We Ruv You Wrong Time

First of all, it was my first time to Actorlympics.
Seriously, i enjoyed the show eventhough some reviews by my friend said that, that night show wasnt their best show. For a first timer like myself, i would say it was funny and i enjoyed the night very much. I am sure be joining the next season of Actorlympics. and maybe next time I willl be that person who join the whole cast on the stage..hehehe.

Apapun, sesuatu yang tak dapat dilupakan, walaupun ini hanya diketahui oleh diri sendiri dan sedikit orang, malam itu dalam satu segmen game yang mafiaries sendiri tak perasan nama game tu (something like message in the box) , Cip Kodok telah membaca apa yang mafiaries tulis. Err..macam ni, sebelum show bermula, audience boleh pergi tulis anything yang diorang nak player (cast actorlympics) cakap during the game dan letakkan dalam satu tupperware. Pastu masa show, player akan ambik 3 keping notes dan pada bila2 masa semasa game berlangsung, player dikehendaki membaca apa sahaja yang tertulis pada note yang telah dipilih. dan kebetulan, what i wrote (it was something about our miss siti nurhaliza) was "picked" by Cip kodok and he read the note during the game.
weeehuuuuu..... (",)

[masa tu,bila Cip kena baca note tu...terasa sesuatu perasaan (perasan,hehe) yang sangat istimewa..]

Tapi,cam tak berapa pasti content malam tu..
ingatkan ada unsur2 Jepun for the whole show, cuma semasa introduction sahaja, nampak ada elemen jepun...
memang macam tu ka?
The entrance performance was marvellous! To watch Cip Kodok and his fellow actolympics casts (Ida Nerina, Edwin Sumun, Fish, Na'a Murat, Douglas Lim and Reza Zainal Abidin) doing the Asmaradana dance was superb, in their kemban outfit.Huhuhhu...


the rest of the show...worth the RM44 spending!
clap!clap!clap!

Lepas show, seperti biasa Cip Kodok lepak ngan kitorang.Kali ni kat Muthu's@Bangsar. Setiap kali jumpa Cip, pasti ada sesuatu yang mafiaries belajar daripada pertemuaan tu. Tapi respect lah sama Afdlin Shauki nih. Bagi mafiaries, dia tahu apa yang dia mahu berikan pada industri ni. Walaupun banyak dugaan, tetapi mafiaries tahu Cip Kodok ni seorang yang kuat semangat. Demi memberikan yang terbaik kepada masyarakat Malaysia amnya, Melayu khususnya. Jadi marilah menyokong artis yang mempunyai wawasan baik demi untuk kita. (Maybe I'll elobarate on this later).

To all my fellowship of kodok, seronok ah jumpa korang..
enjoy the pics yang gua snap..


Gua ada rekod sikit lagu "BigFoot" tu, kalau korang nak tgk, tinggalkan message kat comment. Sekali la ngan korang punya email. I'll see if I can send it tou you guys..ok?
Bila lagilah ada flashmob kodok nih?

Oh, malam tu jugak Afdlin Shauki telah sudi memberikan otograf diatas VCD "Baik Punya Cilok" yang baru mafiaries beli..

Thank you, Cip!

p/s: Thank Nina, sebab bagitau my "comments" was not functioned.Sekarang dah okay dah (patutla takde comment selama nih..heh!)