bangun pagi tadi dikejutkan oleh bunyi handphone yang telah sekian lama mengambil tugas jam loceng. kemudian termenung sekejap sebelum ke tandas. lakukan apa yang wajib pagi itu, kemudian mencari kembali tempat tidur untuk menyambung pencarian mimpi. mak kata - tak baik tidur semula lepas subuh, mahal rezeki. tetapi saban hari, sejak hampir setahun yang lalu, jika tiada perkara penting, pastilah tidur semula itu yang dilakukan selepas bangun untuk solat.
entah jam berapa, handphone tadi berbunyi lagi. kali ini bukanlah bunyi alarm sebaliknya bunyi panggilan yang menjerit2 dengan lagu "Shut up". sebelum menjawab panggilan, nombor diskrin diperhatikan. 038947**** . Ini nombor sekitar bangi,jer. Eina disebelah talian. Bertanyakan sama ada sudah bangun atau belum. Belum, itu jawapannya. Lepas bercakap lebih kurang, perbualan kami berakhir.
tiba-tiba semacam ada satu soalan terdetik difikiran. soalan yang datang seolah-olah dicampak masuk kedalam otak. soalan yang tak terjawab pada waktu ini. soalan yang pelik untuk masa di pagi hari ini. jam 9.00 pagi.
apa sudah jadi dengan azam tahun masihi? sudah masuk bulan dua tetapi banyak perkara yang seolah-olahnya, tertangguh. bukan itu sahaja, tahun baru islam juga telah masuk hari ke4. lebih menyedihkan lagi, tahun Hijrah 1427 ini yang sepatutnya menjadi tarikh penting tetapi segala-gala yang berlaku beberapa hari lalu ketika 1 Muharam, segalanya seperti biasa. bukankah pada setiap pertukaran tahun hijrah itu, buku amal kita yang dicatit dikiri dan kanan akan diangkat dan dinilai?
terasa daif dan derhaka diri ini bila hanya mengambil berat tentang masihi dan tahun hijrah pula seperti telah dilupai. hairannya, tahun anjing juga seperti segar dan terpahat sahaja dalam memori.
hijrah 1427.
hijrah kah kita?
No comments:
Post a Comment