Sunday, July 24, 2005

Ruang dan risiko

Kalau dinilai baik-baik hidup ini, setiap hari kita akan berhadapan dengan peluang yang timbul daripada keadaan hidup yang memerlukan kita untuk memilih. Hidup ini adalah ibarat seperti membuat pilihan. Ini kerana setiap daripada tindakan kita, brpunca daripada pilihan kita yang mahu membuat perkara tersebut. Hidup ini juga sebenarnya adalah hak kita untuk membuat pilihan yang kita rasakan terbaik abgi diri kita. Tidak menolak ketentuan dan pilihan yang telah tertulis di Lohmahfuz, setiap kita akan berhadapan dengan risiko setiap kali kita telah mengambil keputusan tersebut dan kita perlu sedar akan itu. Pilihan yang tertulis atas nama takdir, adalah diluar kemampuan kita.
Begitulah.
Hari ini, saya menguatkan hati tentang satu keputusan yang telah saya buat. Teringat kata-kata daripada Afdlin Shauki [my idol!] kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia 3 bahawa dalam hidup ini kita mesti bertanya "kenapa?" dalam tindakan kita. Kita hendaklah tahu, kenapa kita mahu/akan melakukan sesuatu yang kita rasa perlu dilakukan itu. Soalan "kenapa?" ini kita perlu tanya sebelum kita membuat perkara tersebut. dan dalam perjalanan kita mencapai apa yang kita mahu itu, alasan dan sebab itu lah menjadi pegangan untuk kita menguatkan diri kita. Jangan apabila disatu masa kita terjelepuk dan terjatuh, barulah kita bertanya "kenapa?". Pada waktu itu mungkin sudah terlambat.
Hari ini, saya bertanya pada diri saya buat ke sekian kalinya, kenapa saya berhenti kerja dan menyambung belajar?
kenapa saya tinggalkan satu bidang yang ramai orang berebut nak masuk, dan sambung belajar?
kenapa saya tidak terus stay bekerja dan sambung belajar semasa berkerja?
kenapa itu?
kenapa ini?

Dan dalam kegelisahan akibat hidung yang berhingus, dan tekak yang mula merasai batuk ini, hati saya kuat berkata...
"Tahun ini, saya mahu kejar impian saya, walau banyak dugaannya (yang sudah mula terasa), untuk masa hadapan yang selalu saya impikan."

"seperti bola tampar : hidup ini adalah ibarat mengambil peluang dan menghadapi risiko" Posted by Picasa

Tuesday, July 19, 2005

3 bulan yang berlalu


Nur Alya Irdina - 20 April 2005 Posted by Picasa

Pada 20hb Julai ini, cukup 3bulan. Emh, sejak majlis Aqiqah yang lalu, belum berkesempatan menatap wajah comel anak ini. Mungkin makin tembam. Kesibukan dan juga kepentingan perkara2 lain, membuatkan saya tidaklah melawat anak kecil ini.
Sebenarnya ada perasaan sedikit rindu. Heh, entahlah. Naluri kebapaan? Jauh lagi nampaknya. Menatap wajah ini juga, sebenarnya mencetus satu perasaan tenang. Indahnya perasaan ibu dan bapa yang dapat menimang anak kecil ini. Betapa perasaan istimewa itu, sangat berharga apabila ianya hadir diantara diri kita sendiri dan orang yang disayangi.
"Nur Alya Irdina, doa uncle untuk Alya, semoga sentiasa dicurahi kasih sayang daripada 2orang insan yang uncle hormati."

Thursday, July 07, 2005

Majlis pertunangan Nini

Alhamdulillah...
Itulah kata-kata yang mampu dan selayaknya
saya lafazkan atas kesyukuran, berlangsungnya
majlis pertunaangan Nini dan Roslan,
pada 2 Julai yang lalu.
Dalam segalanya yang nampak macam tak sempat,dan Roslan pulak datang sangat awal (huh, taksabar betul bakal adik ipar nih!), pertolongan
bakal bonda mertua saya yang dibawa khas
dari Kampung Pandan, mencerahkan segala
peluang menjadi kenyataan. Mama Eina telah bertungkus lumus sejak awal pagi, seawal 6.30 pagi menyediakan makanan untuk hidangan tetamu. Dibantu pula dengan kehadiran jiran-jiran, kawan-kawan mak dan juga makcik-makcik, pertolongan mereka sangatlah berharga.
Pada tengahari itu,kami menjamu keluarga Roslan yang bertolak awal pagi dari Jengka, Pahang dengan nasi putih dan lauk pauk yang sedap gilerr! Serius, usaha mama Eina memasak ayam masak merah, kari daging, ada satu sayur yang orang Jawa suka tu (yang saya pun tak tahu apa nama dia) dan juga sajian yang lain, makan tengah hari itu, sangat menggembirakan. Kenapa mengembirakan? Tidak kah layak kita berasa gembira bila tetamu menikati makanan dengan berulang kali, dan kelazatan makanan itu terpancar setiap kali, tangan mereka menyuap ke mulut? Satu perasaan yang sungguh istimewa.
Jam lebih kurang 1.30 tengah hari, Nini selamat menjadi tunangan orang. Itupun, dalam syahdu jugak..especially semasa tunduk mencium tangan bakal bonda mertuanya, selepas disarungkan cincin.
Nampaknya, kami sekeluarga telah mula merasai bahang kenduri dan bau nasik minyak semakin menusuk hidung ini.
Alhamdulillah, dan terima kasih kepada setiap orang yang datang membantu. Dan tak dilupa doa kalian, kawan-kawan yang sentiasa menjadi "pembantu" dikala kami menghadapi cabaran.
Insya Allah, semua anda akan dijemput apabila tiba tarikh besar nanti.
Alahmdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

p/s: dalam kegembiraan itu, sebenarnya entah kenapa saya sebenarnya menunggu kehadiran seorang teman, yang saya fikir dia akan hadir. tetapi pastilah..sehingga majlis tamat pada lebih kurang jam 3 petang, saya memandang jalan raya kerumah saya denga perasaan kosong... tiada kelibat dia akan hadir.
emh..