Wednesday, September 07, 2005

My forecast today: 07.09.05

Huh?! tembamnyer!
Today's Forecast
You want things to go your way, but someone you're very close to has different ideas about what should happen next. Talk it over rather than declaring 'my way or the highway.' You might find that you'll end up on the same path that way.
The Bottom Line
Your mind is on business, but your emotions still matter. Let your feelings show.
In Detail
You take care of your investments, your car and your house, so why not treat your health like the valuable investment it is? In other words, it's important to floss, exercise, eat your fruits and veggies and to get plenty of sleep. It's only when you don't have it that you realize how important good health is, so make sure that you do everything in your power to ensure that your mind, body and soul are in top-of-the-line shape.
Sajer jer baca forecast horoscope hari nih. Cam betul lak.. Heh..

Kehilangan...

Tak sangka, dalam sekelip mata aku kehilangannya.
Dalam satu masa yang tidak pernah terjangka, dalam satu keadaan yang tidak pernah terbayang.
Satu ketika dahulu, ketika dia hadir dalam hidupku, mungkin aku kurang menghargainya.
Benarlah kata orang tua, apabila kita telah kehilangan barulah kita menghargai sesuatu itu.
Ketika dia bersamaku dahulu, segalanya nampak mudah, walau kadangkala ada waktunya susah.
Sudah lumrah hidup begitu, adakala kita diatas, dan adakala dibawah.
Namun dia tetap bersamaku senang dan susah.
Masih terngiang suara halusnya..dan suaranya yang kadangkala kuat melalak.
Memanggilku.
Mengingatkanku.
Tanpa jemu.
Sekarang, aku merindui waktu itu.
Dia hadir dalam hidupku kira-kira 4 tahun yang lalu.
4 tahun yang indah.
Dan kini aku kehilangannya.
Hilang sekelip mata, dalam waktu yang tidak terjangka, tidak terbayang.


p/s: Kawan-kawan, handphone hilanglah. Sedih woo.. Semua kengkawan, boleh tak email atau "ym" kan nombor hp korang masing2. nanti kita leh berhubung semula.. OK.

Saturday, September 03, 2005

Kasih

Sepanjang malam ini, hati terasa berkobar2 untuk menulis sesuatu yang dirasakan amat penting. Malah, sebenarnya perasaan itu bertambah sukar untuk dijelaskan apabila menatap kenangan lama yang tersimpan sebagai gambar di album. Bukanlah sesuatu yang terlalu mencabar, atau berasa tercabar dengan kata2nya tempoh hari, cuma entah kenapa hati terasa disentuh oleh satu perasaan yang sungguh halus... Betapa perasaan cinta itu adalah kurniaan hebat daripada Tuhan untuk kita menikmati dan menghargaimya...

When i said that i love you, i didn't just say it, i engraved it on your heart...

Assalamualaikum Zarina,

Jika mahu diimbas semula, bagaimana dibawah hujan pada hari itu, pada hari saya meluahkan apa yang terbuku dan terpahat didada, dan kembali menitipkannya dalam perkataan, sesungguhnya amatlah sukar untuk saya melakukannya kerana hari yang berlaku itu sungguh istimewa.

Namun, jika boleh saya kembalikan perasaan pada hari itu melalui bait2 perkataan, biarlah saya menyatakan apa yang berlaku pada saya setelah awak meninggalkan kawasan itu. Memerhatikan awak masuk kedalam teksi, saya masih terpaku dan terkasima disitu. Seakan tidak percaya apabila semasa awak pergi, hati ini terasa sayunya. Perasaan yang bercampuran, dan sukar dimengertikan. Dalam hujan itu, saya dapat merasakan hati saya yang mencair kerana kepanasan yang tak terjangka, dan kemudian beku semula dek kesejukan yang tidak terasa. Dalam hujan itu, saya kembali percaya pada sebuah cinta. Kembali menyatakan kepada diri saya, betapa saya perlu teruskan hidup ini seperti yang saya rancangkan. Walaupun saya tidak pernah menyangka, pertemuan antara hati saya dan hati awak berakhir dengan satu penyatuan.

Saya bersyukur dengan pertemuan kita. Saya berterima kasih kerana awak menerima saya. Selepas peristiwa hujan itu, banyak lagi perkara dan peristiwa yang menjadi ingatan kepada awak. Awak akan sentiasa mengingati tarikh itu, dan kemudian tarikh kita bertunang seterusnya tarikh2 istimewa yang lain dan hari2 istimewa yang lain, dan menjadikan hari2 kita sentiasa istimewa. Selain keistimewaan itu, tidak kurang juga sengketa kecil kita, yang kadang kala mengundang rasa hiba dan jauh hati. Saya orang yang ego, Zarina. Saya sentiasa percaya kepada apa yang saya fikirkan betul. Saya fikir, sifat itu jugalah yang menjadi kekuatan dalam diri saya. Sifat itulah yang menjadikan saya seorang yang berpegang kepada prinsip hidup saya, dan saya percaya tentang apa yang saya rasa. Namun, pastilah ada harinya keegoan saya itu bukan berada ditempat yang betul. Saya membuat kesilapan ekoran keegoan saya. Saya mohon awak bertahan dengan saya. Lembutkanlah kerasnya keegoan itu dengan suara lembut awak yang menuturkan kata-kata yang manis. Usah dicampakkan dengan kata-kata kasar kerana ianya hanya akan lebih mengundang duka antara kita. Gunakanlah senyuman manis awak untuk kembali meruntun hati saya yang dipenuhi amarah tika itu.


Saya suka melihat awak tersenyum. Suka melihat dua lesung pipit dipipi montel awak, terutama sekali dipagi hari. Alangkah indahnya hidup saya apabila memulakan hari dengan sebuah senyuman daripada insan yang saya sayangi...
Satu hari nanti, saya ingin membina mahligai hidup saya bersama2 dengan awak. Pastinya kita akan melalui kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duka. Mahukah awak berjanji untuk menempuhi duka dan bahagia bersama? Seperti yang awak tahu, saya tidak punya apa untuk dipersembahkan kepada awak. Saya hanyalah lelaki biasa yang sedang mengejar cita2nya. Semasa dia mengejar apa yang dia percaya, adakalanya bukit sukar, gunung tinggi, lembah curam harus dia jelajahi sebelum dapat meneguk air yang manis dari tasik bermadu. Mahukah awak
berjanji untuk sentiasa bertahan dengan lelaki ini?

Zarina,
Telah saya ceritakan tentang impian saya. Tentang keluarga yang ingin saya bina. Tentang teratak yang bakal didiami. Tentang kerjaya. Tentang harapan. Tentang mak. Tentang ayah. Tentang abang, nini, papa, chai, nana, ayen dan aboy. Meskipun ada perkara yang masih tersimpan, sentiasalah percaya pada saya. Kepercayaan awak kepada saya, keterbukaan awak tentang apa yang saya ingin lakukan, sangat bermakna untuk saya. Tidaklah saya ingin melukakan hati lagi. Cukuplah sekali.



Zarina,
Dikesempatan ini juga saya ingin merakam rasa terima kasih saya atas segala yang telah awak lakukan untuk saya. Mungkin tidak selalu saya mengucapkan terima kasih, namun sentiasa saya menghargainya. Jika ada sesuatu yang saya lakukan untuk awak, bukanlah bermakna untuk membalas kembali segala kebaikan awak, cuma sebagai tanda penghargaan saya untuk awak, sebagai ingatan saya untuk awak. Juga dimohonkan maaf atas kekasaran atas sifat saya yang tidak tersedar itu.

Sayang ku Zarina Yang Ahmad...
Semoga kasih ini adalah sesuatu yang terindah pernah terjadi dalam hidupmu...

Ya Allah,hambaMu memohon dipanjangkan jodoh kami sehingga keakhir hayat kami, beroleh kehidupan yang sentiasa dibawah rahmat Mu dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Amin...

Tuesday, August 30, 2005

Afdlin Shauki rocks!

Balik daripada ex-office di PJ petang tadi, terpandang suratkhabar
Mingguan Malaysia yang tidak sempat dibaca semalam. Menyelak sikit2 helaian akhbar, tiada apa yang menarik perhatian. Sekadar bacaan sekali lalu, kurang-kurang tahu jugak hi-lite isu2 semasa.
Hinggalah kepada sisipan Pancaindera diruangan yang selalu juga saya baca dihari minggu: Tolong Jawab (oleh Tengku Khalidah) membicarakan tentang tajuk - Afdlin Shauki Dah Hilang Akal.
Membaca patah demi patah perkataan, ayat demi ayat, barulah saya tahu selama ini Afdlin tengah buat satu projek giler tak penah dibuat dek orang: menjual album "Fuyoo" nya melalui "konsep dengar dulu baru bayar". Maksudnya, Afdlin akan hantar CD/kaset kat korang, lepas tu korang dengar lagu2 dia. Kalau suka, puas hati..hantarlah bayaran kat dia mengikut sukahati korang nak bagi berapa. Kata Afdlin, kalau korang rasa nilai album tu 25sen, hah, bagilah 25sen. Tak ke hilang akal namanya tuh.. Tapi kalau korang tak suka, apa yag korang perlu buat, campak je CD tu, atau hancurkan jer. Takleh bagi orang. Reason Afdlin buat cam gitu..?
Afdlin is one good and talented person, yang memang sejak dulu jadi idola saya. Senang citer, setiap tindakan dia adalah tindakan yang dibawa dengan otak dan ilmu. Malah dengan keadaan dia yang agak besar tu, dia sebenarnya mempunyai attitude yang tinggi tentang keyakinan diri. Dia boleh jadi kurus, kalau dia nak. Dan jadi gemuk balik bila dia perlukan. Buktinya, korang tengoklah filem Buli. BYW, sesapa yang tak tahu, Buli menang pengarah terbaik dan aktor filem terbaik (Afdlin lahh, mengalahkan Rosyam Nor dan M.Nasir) dalam Anugerah Skrin baru2 nih. To afdlin: "Serius, you deserved it Bro! Good Luck untuk projek2 akan datang ..."
Kenapa bagi saya Afdlin adalah idola...
Korang kalau baca blog mamat kodok nih (bacalah, korang nanti tahu kenapa saya cakap mamat kodok) http://afdlinshauki.blogspot.com, korang akan dapati nilai2 kejujuran dalam dia berkarya dan jugak nilai individu yang baik. Ahh..susah ah nak puji orang nih.. Tapi meh tengok apa yag saya quote kat blog dia nih:
"Since today is wanita day, i would like to pay much respect an homage to all the women in my life... MY MOM especially, for being my strength and inspiration. My wife Chris, for her friendship, love and devotion, Miasara Shauki, my first child for giving meaning to my life, to Anais Shauki, my second busyuk bacin for teaching me what being a father is all about. "
(this article(partial) and photo of Buli was taken with no permission from afdlin shauki's blog, and used only for promoting purposes)

Dalam hidup ni, berjaya atau masih kurang berjaya, nilai keluarga perlu kuat. Sebab dalam keluarga, bermula dengan entiti suami dan isteri, perlu sentiasa saling sokong menyokong, kemudian bila dah ber+ dengan anak2, hubungan yang dbina atas dasar saling memahami ni akan jadi benda yang buat teguh, buat kuatkan family.
Dalam catatan Afdlin, beberapa kali menyebut pasal isterinya, dan pada malam Anugerah Skrin itu hari, isteri dia yang datang represent dia...
What a lovely couple.
Banyak lagi alasan untuk diri saya kata kenapa Afdlin leh jadik idol.
Tapi takper.. korang lawat Afdlin's blog, dan jangan lupa beli Fuyoo!

p/s: Saya dah hantar email kat selambakodok@gmail.com untuk tempah satu CD Fuyoo!!!. Harap leh dapat cepat.

Monday, August 29, 2005

Kemerdekaan dan Malam Puisi Merdeka, Putrajaya


31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 2005.
Sudah 48 tahun lamanya kita merdeka. Setiap tahun, pada masa tersebut, kita akan melaungkan perkataan keramat ini, yang menaikkan setiap bulu roma kita setiap kali ianya diucap kuat.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Di setiap pelusuk tanah air, pasti ada sekurang-kurangnya satu bendera yang terpacak. Baguslah, jika ianya dipacak atas nama semangat kemerdekaan, tetapi malanglah jika ianya terpacak kerana, alah..barang free, letak je lah. Di atas kenderaan, sama ada bendera kecil yang dilekatkan atau bendera besar yang membalut tubuh kenderaan, sangat menaikkan perasaan patriotik kemerdekaan. Baguslah jika ianya kerana gembira dan bangga tentang negara, namun malanglah andai kata bendera yang terpacak itu, sekadar memenuhi arahan tanpa niat ikhlas kerana negara. Lebih-lebih lagi apabila bendera itu rupa-rupanya edaran di pejabat, yang mana semua orang, tak kiralah yang punya kenderaan atau pun berjalan kaki, atau menggunakan LRT semua orang mendapatnya. Dalam pada itu, dalam kebanggaan melihat bendera berkibar megah diatas kenderaan, perasaan sedikit terguris bila melihat tidak sedikit juga bendera yang jatuh diatas jalan raya bila angin yang kuat kencangnya menyebabkan bendera terlepas daripada tempat asalnya dan akhirnya terbang dan jatuh. Kemudian, kenderaan lain berdesup desap laju terus melenyek bendera jalur gemilang itu. Sigh...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Di tempat membeli belah juga, terasa aura kemerdekaan dengan bendera Malaysia disamping dekorasi lain yang ada kalanya, terasa menenggelamkan Jalur Gemilang yang dipasang. Emh, cantik sebenarnya bendera Malaysia yang dicipta oleh En. Mohamad bin Hamzah ini, seorang arkitek anak jati Johor dalam sebuah pertandingan. Rekaan arkitek ini telah diumumkan setelah diterima melalui pendapat majoriti orang ramai dalam The Malay Mail pada 29 November 1949. Setelah melalui beberapa penyesuaian maka pada 19 April 1950 dibacakan seperti berikut sebagai usul terima bendera Malaysia (pada ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) :
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera tersebut dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor, pertama kali dikibarkan dibumi Tanah Melayu. Kerana itu, jika dikirakan tempoh masanya bendera Jalur Gemilang ini (pada waktu itu belum dibei nama lagi) telah dulu diangkat sebagai lambang negara (walaupun pada ketika itu, negara ini belum merdeka).

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, bersebelahan Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam negara, agama rasmi Malaysia dan berhadapan Bangunan Persekutuan yang berkubah hijau, pada malam Ahad, 28.08.05 yang lalu[ketika itu rancak di tv3 menayangkan program realiti tv: Mentor] hangat malam itu dengan bacaan puisi kemerdekaan oleh para pemuisi negara. Semangat merdeka diekspresikan melalui sajak-sajak dan nyanyian puisi yang menyentuh tentang bangsa Malaysia umumnya, dan bangsa Melayu khususnya. Menyentuh tentang betapa kita sebenarnya hanya sekelumit menghirup nafas kemerdekaan ini kerana sebenarnya kita telah dijajah selama 400 tahun sebelum kemerdekaan ini kita capai. Malam itu kami mengenang pejuang-pejuang tanah air, seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Maharajalela dan lain-lain yang menumpahkan darah mereka, yang hilang nyawa mereka mempertahankan negara daripada penjajah! Betapa pada hari ini, ramai anak muda yang hanya menumpahkan air mata kerana program realiti tv. Betapa anak-anak muda lebih merasa sedih melihat pujaan hati mereka tersingkir kerana tidak cukup undian daripada mengalirkan air mata mengenang pengorbanan pahlawan negara yang berjuang mempertahankan negara. Betapa kita lebih ingat siapakah yang tersinggkir di minggu pertama daripada mengenangkan nyawa pahlawan negara yang disingkir oleh penjajah ketika pejuang ini mengangkat senjata menentang si penjajah. Lebih menyentuh rasa apabila anak Melayu hari ini, sangat lemah dek pengaruh barat dan penjajahan senyap kuasa-kuasa luar [melalui dadah, fesyen, konsert dan lain-lain] yang cemburukan negara Malaysia yang aman ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malam itu Pak Samad membacakan sajaknya tentang tuah Malaysia yang dikurniakan dengan empat Perdana Menteri yang terdahulu. Sengaja tidak dibacakan tentang Perdana Menteri yang sekarang, katanya. Setiap pemimpin negara kita ini telah menyumbang bakti yang tidak ternilai, bermula dengan (Allahyarham) Tunku Abdul Rahman, kemudian (Allahyarham) Tun Abdul Razak, (Allahyarham) Tun Hussein Onn, dan kemudiannya Tun Dr. Mahathir. Kita beruntung mempunyai pemimpin - pemimpin yang bukan calang orangnya, kerana bangsa Malaysia adalah bangsa majmuk. Masyarakat yang berbeza budaya, agama dan cara hidup tetapi Allah mengurniakan negara kita dan masyarakat kita ini dengan seseorang yang berupaya menyatukan bangsa-bangsa ini. Bukan sedikit pengorbanan pemimpin2 ini. Kemudian kesinambungan kepimpinan negara ini disambung pula oleh YAB Datuk Seri Abdullah yang beriltizam membawa Malaysia kepada sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Sudahkah kita melafazkan syukur Alhamdulillah hari ini kerana nikmat kemerdekaan dan keamanan negara ini?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Diakhirnya, marilah kita mempertahankan kemerdekaan ini dengan nilai ketimuran kita, memegang nilai bangsa kita dengan utuh, berpaksikan agama kita dengan kuat dan sentiasa ingat pada sejarah kita. Kita ini adalah bumi yang bersejarah. Marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang, kerana kita berbangga dengan bendera dan negara kita. Marilah laungkan kata Merdeka dengan semangat patriotik sebagai tanda kita pewaris bangsa. Marilah kita memastikan bahawa air mata kita yang jatuh, malah jika darah sekalipun yang kita tumpahkan, adalah demi negara. Memetik kata salah seoarng pemuisi pada malam itu:
Kita orang Melayu,
Merdeka kerana Alif, Ba dan Ta.
Alif itu agama (Islam),
Ba itu Bangsa (Melayu),
Ta itu Tanah Air (Malaysia).

p/s: Marilah sedekah Al-fatihah untuk pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang negara, para tentera, polis dan setiap perwira yang berkorban nyawa demi tanah air kita yang tercinta ini, Al-fatihah.