Friday, May 23, 2008

KisSing: #4


Soalan: Macam mana kamu nak pastikan ayam yang kamu nak makan tu, adalah ayam betina?
Jawapan: Beli lauk ayam kat kedai "Nasi Lemak Ayam Dara".
(";)

Thursday, May 22, 2008

Paracetamol, aku harus lupakan mu...


Sakit kepala dah masuk tiga hari. Maksudnya, dah tiga hari tiada penambahan helaian pada tesis yang sedang ditulis.
Adik aku, Yenny Ratna Dewi yang sedang gabra menunggu keputusan matrikulasinya, sempat mengingatkan aku tentang keburukan Paracetamol. Dengan sumber internetnya, dia tegas menyatakan Paracetamol boleh menyumbang kepada keburukan berbanding kebaikan, in a long run. Sebelum menulis ni, aku sempat juga mencari di internet jika ada kesahihan tentang keburukan paracetamol ni.
Lihat sini.
Tapi 2biji paracetamol sudah aku telan. Mana tahan sakit kepala begini.
Hari ini, masih ada saki baki sakit itu. Kalau ikutkan pesanan internet daripada adikku, air 100+ yang dicampurkan dengan air masak dalam nisbah 1:1 atau 1:2, boleh membantu mengurangkan sakit kepala ni. Sakit kepala juga adalah disebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, dan bendalir 100+ tadi bertindak untuk mengembalikan keseimbangan elektrolit badan. Tak membantu aku. Masih sakit kepala.
Minyak Yuyi cap limau milik Maisarah, aku lumurkan ke kepala. Minyak cap kapak atau Tiger Balm, takda dalam simpanan. Masih juga tiada kesan. Masih sakit kepala.
Hari ini, hidung mulai berair, dan tekak terasa rengsa. Ada penawar diluar sana, nenek kebayan?

Thursday, May 15, 2008

akhir nafas


Semalam aku daftar kat extdk.net, dan kemudian melalui forum yang rancak tentang sambutan Jubli Perak MRSM Terendak, aku turut membaca/melihat gambar-gambar kenangan lalu mengusik jiwa yang di tampal diforum.

Terbaca aku caption disalah satu gambar: Dari kiri: "Nama", arwah Wira, "Nama lagi" dan seterusnya. Terdetik disudut hati ku tentang persoalan akhir nafas kita yang entah bila kita tidak tahu. Arwah Wira adalah schoolmate aku di Terendak semasa tahun 1993 hingga 1995. Dan hanya semalam baru aku tahu, beliau telah tiada didunia ini. Al-Fatihah.

Siapa kita untuk tahu tentang hari akhir kita?

Tak lama, dalam bulan lepas housemate aku semasa tinggal di Taman Tenaga BBB, (arwah) Firwance meninggal akibat kemalangan. Beliau meninggalkan seorang balu, dengan dua anak. Arwah hanya tua setahun daripada aku. Dan kenanganlah yang beliau tinggalkan hari ini. Seorang sahabat yang baik, seronok bersembang dengannya, beliau aku panggil Wan-Cer telah pergi menemui Illahi selepas kemalangan semasa konvoi bermotosikal kuasa tinggi. Semasa menerima panggilan telefon daripada Kord, aku berada di Perak. Kesal sedikit hati kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir aku untuk seorang kawan. Jenazah disemadikan di Sarawak.

Pada umur kita hari ini, siapa yang pasti dirinya akan hidup 40 tahun lagi?

Dalam akhbar mingguan dihujung minggu lalu, kisah superstar yang berubah menjadi islamik juga bercerita tentang diri masing-masing yang sering termimpikan tentang kematian. Itu juga menjadi satu faktor kenapa mereka insaf dan kembali ke jalan-Nya. Sesungguhya memikirkan tentang kematian itu satu fasa yang boleh mengubah jiwa kita.

Hari ini, aku memblog tentang "rasa" ku di hati tentang akhir nafas. Sedang aku sendiri tidak tahu bila nafas ini akan tiba akhirnya.