Friday, September 21, 2007

Alfatihah untuk Nurin Jazlin

Tak sangka, dalam bulan Ramadhan ini kita menerima satu berita yang begitu menyayat hati; yang memperlihatkan "kebinatangan" manusia (masih layak kah di panggil manusia?) dan perilaku yang paling busuk. Apatah lagi dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, makhluk tuhan yang kita selalu rujuk sebagai penggoda manusia, iaitu syaitan telah "dirantai" maka apakah ini juga berpunca daripada godaan syaitan? Sakit hati ini, tatkala mendengar laporan berita, mengalir air mata membaca laporan di akhbar.


Meskipun ada percanggahan maklumat, dalam laporan diberita mahupun surat khabar, (rujuk: http://nurinjazlin.blogspot.com/) namun isi penting keseluruhan peristiwa ini masih relevan untuk kita sama-sama mengutuk perbuatan penjenayah kurang ajar, kejam, sadis dan zalim ini. Tidak wajar lagi dituturkan sebagai "apakejadahnya perbuatan ini", tetapi kalau mencarut pada orang ini (sekali lagi, layak kah dipanggil orang?) pun adalah tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan.


Ujian DNA adalah tepat. Tak perlu dipertikaikan. Memang sukar untuk menerima, tetapi mungkin untuk anak kecil yang mengidap penyakit darah tinggi ini, tidak menerima rawatan sepanjang tempoh diculik, ada kebarangkalian susuk tubuhnya susut dan berubah. Tak dapat dibayangkan tentang deraan dan kezaliman yang dilakukan, hingga merubah struktur wajahdan gigi anak kecil ini, dan lebam-lebam dimuka nya. Apatah lagi deraan seksual yang dilakukan... Ya Allah...betapa terseksa anak ini.



Anak menerima 50% DNA daripada bapa dan 50% lagi daripada ibu. Dalam ujian DNA, beberapa lokus (kawasan) pada DNA yang dipanggil STR akan diuji. Setiap lokus ini akan memberikan keputusan alel yang dikongsi oleh anak daripada ibubapanya dan kebangkalian alel ini dikira dengan statistik yang kita namakan Parentage Index (PI). PI ini dikira sebagai relatif keunikan diantara alel yang menyamai alel ibubapa. Semakin tinggi nilai PI, semakin unik persamaan anak antara anak dan ibubapanya. Mungkin contoh dibawah dapat membantu sedikit (bukan DNA Nurin dan ibubapanya) penjelasan tentang ujian DNA:


Untuk ibubapa Nurin, bersabarlah. Kita sama-sama berdoa supaya allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal. Jangan bimbang, jika bukan didunia ini, diakhirat nanti pasti dia/mereka akan menerima hukuman Allah.

Al-fatihah.

Wednesday, September 19, 2007

7 hari berpuasa

Salam Ramadhan.
Dah hampir seminggu berpuasa. Alhamdulillah, bulan yang penuh keberkatan ini dapat sama-sama kita lalui hingga hari ini.
Masa nak menulis entri ni,ada kerja sekolah yang nak kena siapkan tapi beberapa perkara yang di listkan kat bawah ni, betul-betul buat kepala jadi weng kejap.
1. Waktu bulan puasa ni, macam lagi banyak pulak kereta kat jalan raya. Semua dapat balik awal gamaknya. Tapi ramai jugak umat kat pasar ramadhan tu, jadi mana datangnya ramai2 orang ni?
2. Masih cerita kat jalan raya. Ramai pulak reckless driver muncul; main radok jer nak masuk kiri ke, kanan ke. Bagi la signal brader..Kang terlanggar atau sengaja langgar kang, ada yang tak pakai baju raya pagi syawal nanti...
3. Kat pasar ramadhan, jalan dua tiga gerai ada roti john.Pastu kat sebelah dia murtabak. Kat sebelah lagi nasi ayam berempah. Karang roti john balik. Pastu murtabak lagi. Ish..banyak betul makanan yang sama. Takder variasi ker? Saya belum jumpa lagi onde-onde.
4. Yang peliknya, kalau pergi pasar ramadhan tu dekat-dekat waktu nak berbuka, tengok-tengok gerai tu, tak kisah la roti john ker,murtabak ker, nasi goreng ayam berempah ker, mesti habis punya.. Punyalah banyak pillihan tadi, punyalah banyak gerai tadi, habis kesemuanya?? Wah!! Beli sendiri ker?
5. Pastu, kalau beli juadah kat pasar ramadhan: ie. Nasi ayam RM3.50, murtabak RM1.oo, kuih RM 1.00, air cincau RM1.00 jumlahnya dah RM6.50. Padahal masa tak puasa dulu belanja lunch baru RM5.00. Dah over budjet RM 1.50. Tu belum kira kalau beli nasi beriani yang adus...nampak sedap giler dibulan ramadhan yang mulia ini. Harga RM 5.00. Kira sendiri berapa belanjanya.
6. Mahal betul buffet2 kat KL ni. Kat mcD (selected outlet only) pun ada buffet gak. Tapi kan, kalau pergi buffet, pastu bayar mahal-mahal, makan dua tiga jenis makanan pastu chow, berbaloi ker? Dan.. kalau stay dan melantak sampai buncit perut yang kempis masa berpuasa pulak, sampai ker maksud berpuasa tu?
7. Ni ada orang tanya: Kenapa bila bulan Ramadhan jer, susah nak berurusan dengan orang melayu? Selalu jer takder? Boleh agakla siapa yang bertanya kan? Tapi macam betul lah, ramai yang tiba-tiba MIA. Baca al-Quran di surau yer? Tapi cam segan la bila ada bertanya macam tu. Nampak macam ramai yang kaki ngorok (check kamus jawa).
8. Barang-barang keperluan mulala naik harga. Mula-mula ayam, kemudian telur, kemudian sayur, la ni tepung. Pasni pulak? Pastu cadangan afdhal pihak-pihak tertentu ialah dengan memboikot barang-barang perlu ni. Pihak yang satu ni pulak, macam tak reti bahasa pulak bila suka hati jer nak naik jugak harga tu. Apa ni? Habis sapa yang akhirnya jadi mangsa?
9. Kenapa yahoo mail tak boleh diacess? Ada problem la. Puasa jugak ker? (Takder kaitan langsung ngan entri...!)
Apa pun, nilai sendiri la puasa masing-masing. Salam ramadhan!