Sudah dua bulan rupanya...
Happy 2months anniversary sayang..
---------------------------------------------
Hari ini, lebih kurang 30 minit masa saya diberikan kepada seseorang yang (agak) banyak juga mengubah beberapa persepsi hidup saya sejak kebelakangan ini. Kata-kata yang lancar daripada mulutnya sangat telus, hinggakan saban kali juga mendengar beberapa perkataan yang boleh dikira kasar dan bernada makian. Ada satu ketika, bercakap dengan seseorang yang rapat dengan beliau ini, katanya..
"If your intention is good, it's okay if you talk harsh."
Emh..bunyinya dah macam matlamat menghalalkan cara, macam falsafah Machiavellian.
Entahlah..walaupun kata-katanya, atau apa yang diutarakannya seperti sangat kejam, kadang-kadang saya (hampir) dapat menerimanya sebagai benar. Cuma, seperti bawang, kulitnya kena kita siat lapis demi lapis.
Dalam persepsinya mengenai keluarga dan kerjaya, beliau menyatakan tiada sesiapa dalam hidup ini, boleh capai setara dalam dua-dua aspek ini. Kalau awak berjaya sungguh, keluarga awak akan kureng sedikit, dan begitulah sebaliknya. Memang kita nak dua-dua ni seimbang, tapi susah nak jumpa orang yang kedua2nya ini, seimbang pada masa ini. Cemerlang ditempat kerja, dan cemerlang juga dirumah. Kedua-dua ini menuntut masa. Menuntut komitmen untuk ianya sempurna seperti yang diimpikan.
Emh..
dan hari ini, meraikan 2 bulan kami , saya masih termanggu2 mengenangkan satu lagi kata2 berbisanya tengah hari tadi...
"You're slow and you're not trying hard enough"
Sigh...
Wednesday, July 26, 2006
Wednesday, July 19, 2006
Selftalk: Ekspresi 19 Julai
Atau kalau bisa, kamu ingin lompat mencapai bintang?
Hari ini, kalau boleh terbang, ingin aku terbang.
Kalau boleh melompat tinggi, ingin aku lompat tinggi-tinggi.
Kerana ada suatu rasa yang bukan kepalang,
kerana ada rasa maha gembira didalam hati.
Aku dah cecah langit tujuh.
Aku dah capai semua bintang.
apabila ku tahu
bukti kasih sayang kami bakal mengundang datang.
Tuesday, July 04, 2006
Selftalk: Sebulan berlalu
Selamat bertemu kembali...
Jika ada yang bertanya pada saya tentang perasaan atau lebih dalam lagi tentang rasa hati selepas bergelar SUAMI ini, pastilah satu perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkannya (mungkin bukan perkataan yang TERBAIK) maka perkataan tersebut adalah INSAF.
Mungkin ada juga yang bakal berkata “INSAF” bukanlah satu rasa. Rasa adalah perasaan seperti ”Gembira” dan ”Sedih”, ”Takut” dan ”Berani”. Perasaan adalah sesuatu yang kamu tahu menyentuh hati kamu. Hati akan menyimpan perasan itu. Seperti semasa kali pertama jatuh cinta, apatah lagi jika ianya cinta pandang pertama. Panahan mata arjuna akan menyusup ke hati sidewi, dan si hati terasa bagai diairi dengan banjir kasih dan sayang. Atau seperti semasa kamu tiba-tiba tersesat jauh seorang diri dikawasan yang sangat asing bagi diri kamu dan keadaan tiba-tiba gelap dek malam yang semakin menyingkapkan tabirnya. Itulah perasaan, kata kamu dan bagaimana pula INSAF boleh dijadkan perasaan? Apatah lagi ianya bagi mendefinisikan apa yang lahir daripada hati kamu selepas sebulan kamu menyambut akad daripada bapa mertua kamu?
Akad nikah yang perlu dilalui oleh pengantin lelaki
Sebulan yang lalu, diatas lapik bantal merah tangan saya digenggam erat; akad disambut oleh lafaz setuju terima saya. Kemudian taqlik khul’ dibaca dihadapan isteri yang telah sah dinikahi. Mungkin semua sang lelaki yang melalui saat tersebut akan merasai dibahu jemala mereka bagai telah diletakkan satu batu besar bertuliskan “tanggungjawab” selesai sahaja upacara akad nikah tersebut. Ya, selepas itu kami diraikan. Oleh keluarga dan teman sahabat handai yang datang berkunjung. Membawa bersama mereka doa dan ucapan buat si mempelai berdua. Itulah saat manis yang akan tersemai selamanya dihati dan difikiran kami. Malah, gambar yang dirakamkan dilensa kamera menjadi bukti kebahagian yang kami impikan bermula pada saat dan waktu itu. Di bibir senyum terukir, diwajah kegembiraan terlukis.
Perjanjian antara suami dan isteri
Meraikan Raja sehari
Pengalaman melangkah ke alam baru ini bukan sesuatu yang patut disimpan begitu sahaja. Mungkin ada baik nya jika kalian juga tahu, wahai lelaki bahawa perkahwinan yang menyatukan dua jiwa ini menuntut lebih daripada itu. Bukan hanya sekadar dua hati yang bertaut kasih. Si hawa yang melengkapkan rusuk kamu yang ”hilang” ini adalah seperti jua sifat tulang yang bengkok itu. Jika kamu kasar melenturnya, maka dia akan patah akibat tenaga keras yang kamu berikan itu. Maka, perlahan-lahanlah kamu memberikan tenaga lenturan itu, jika pun ia tidak akan lurus, sekurang-kurangnya belaian kamu itu memberikan rasa yang bahagia padanya. Penyatuan dua hati ini adalah sesuatu yang mengembirakan, pastinya. Apatah lagi kamu terasa bahawa hari ini ada orang yang menyayangi kamu, seperti hari semalam dan esok kamu pasti kasih itu akan terus ada disitu. Bukan itu sahaja, kamu merasa cukup bahagia kerana baju kamu juga digosoknya, tanpa dipinta, makanan kamu disuakan tanpa perlu diminta. Tak cukup dengan itu, malam dingin kamu akan ada yang menyelimutkan kamu dengan selimut meskipun sebenarnya selama ini kamu tidak pernah berselimut semasa tidur sepanjang hidup kamu.
Mungkin masih terlalu awal untuk menyatakan semua ini, betapa perkahwinan menuntut kamu memahami pasangan kamu dan meyayanginya seperti kamu menyayangi diri kamu. Mentafsirkan kasih sayang kamu kepada perlakuan yang memberikan makna dan bukti kasih kamu dan bukan hanya setakat kata-kata dibibir sahaja. Kata sesetengah orang,diawal perkahwinan semuanya indah. Kasih kamu masih segar, cinta kamu masih hangat. Maka semua laku kamu adalah bersulamkan cinta di awal-awal ini. Semuanya nampak seronok sekarang ini tetapi tunggulah kamu hingga tamat tahun pertama nanti. Baru kamu tahu bagaimana perkahwinan itu. Masuk tahun dua, tahun tiga segalanya akan terpamer dengan sendirinya. Yang manis bisa bertukar masam. Yang indah boleh bertukar ngeri. Tapi fikir saya, tidak salah untuk saya mencatatkan ini semua. Mungkin bakal jadi panduan kepada kalian yang bakal melangkah ke alam baru itu nanti. Atau sekurang-kurangnya menjadi self alarm kepada saya sendiri. Mengingatkan sahaja tentang niat suci perkahwinan.Memberikan amaran; jangan saya buat semua perkara negatif yang bakal mengundang duka dalam suasana perkahwinan kami. Juga menjadi ingatan kepada saya, tentang perkahwinan ini betapa ianya mematangkan saya. Mengikis sedikit demi sedikit sikap hanya memikirkan diri sendiri, menimbulkan rasa pengasih dan penyayang dan juga mengajar saya hari demi hari untuk belajar menghargai. Bukankah ini semua, akhirnya bakal menerbitkan perasaan INSAF dalam diri?
And there goes, mafiaries speaks…
Doa kalian menjadi kekuatan kami.

Note: Entah kenapa tak boleh pulak upload gambar..sigh...
Subscribe to:
Posts (Atom)