Tuesday, November 29, 2005

Apa yer?

Senak.
Sesak.
Sedak.
Semak.

hanya satu huruf sahaja yang ditukar dalam perkataan2 diatas. satu huruf ditengah2. sesuatu yang ironi tentang perkataan2 ini adalah, ianya paling jelas untuk menggambarkan perasaan saya diwaktu ini.
nak pegi tengok pantai dan laut, hati mendesak2.

ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. proposal project master,nak baca pasal NDV (Newcastle Disease Virus), nak siapkan laporan semester untuk serahkan pada JPA/USM, hal2 peribadi.

Senak.
Sesak.
Sedak.
Semak.

Huh, itulah yang dirasakan sekarang.

Alhamdulillah.

Note: Selesai sudah majlis perkahwinan adik saya, Nini dan pasangannya Roslan pada 19 November 2005 yang lalu.

Saturday, November 12, 2005

sebuah sajak di satu syawal

Allahuakbar Allahu akbar Allahu akbar,
Laaillahaillah Allahu Allahu akbar,
Allahu akbar walillahillam.

Takbir raya telah bergema lagi.
Setelah satu tahun ianya pergi.
Sebagai tanda Ramadhan telah dilalui.
Syawal bermula Aidilfitri dirai.

Namun bagi keluarga itu, esok hari adalah hari perit.
tiada lemang,nasi himpit mahupun biskut semperit.
ayah yang dinanti nampaknya tak akan kembali.
abang sulong pula menambah derita dihati.

dalam sayu orang bertakbir dimalam raya.
along, ceti menjerit dipagar rumah.
si abang sulong dah sekali dilepuk didada.
kata kesat semua keluar, tak ada hemah.

malam raya, jatuh air muka ibu.
orang menyerbu mintak duit di langsai malam itu.
nak harap pada suami, dah pasti dia tak balik.
anak pulak, bawak masalah buat perangai pelik.

malam raya dah hilang seri.
berhutangla ibu nak selamatkan anak.
tapi entah anak itu akan insaf nanti?
apakah anak itu akan minta maaf pada si emak?

bersambung...