Wednesday, September 07, 2005

My forecast today: 07.09.05

Huh?! tembamnyer!
Today's Forecast
You want things to go your way, but someone you're very close to has different ideas about what should happen next. Talk it over rather than declaring 'my way or the highway.' You might find that you'll end up on the same path that way.
The Bottom Line
Your mind is on business, but your emotions still matter. Let your feelings show.
In Detail
You take care of your investments, your car and your house, so why not treat your health like the valuable investment it is? In other words, it's important to floss, exercise, eat your fruits and veggies and to get plenty of sleep. It's only when you don't have it that you realize how important good health is, so make sure that you do everything in your power to ensure that your mind, body and soul are in top-of-the-line shape.
Sajer jer baca forecast horoscope hari nih. Cam betul lak.. Heh..

Kehilangan...

Tak sangka, dalam sekelip mata aku kehilangannya.
Dalam satu masa yang tidak pernah terjangka, dalam satu keadaan yang tidak pernah terbayang.
Satu ketika dahulu, ketika dia hadir dalam hidupku, mungkin aku kurang menghargainya.
Benarlah kata orang tua, apabila kita telah kehilangan barulah kita menghargai sesuatu itu.
Ketika dia bersamaku dahulu, segalanya nampak mudah, walau kadangkala ada waktunya susah.
Sudah lumrah hidup begitu, adakala kita diatas, dan adakala dibawah.
Namun dia tetap bersamaku senang dan susah.
Masih terngiang suara halusnya..dan suaranya yang kadangkala kuat melalak.
Memanggilku.
Mengingatkanku.
Tanpa jemu.
Sekarang, aku merindui waktu itu.
Dia hadir dalam hidupku kira-kira 4 tahun yang lalu.
4 tahun yang indah.
Dan kini aku kehilangannya.
Hilang sekelip mata, dalam waktu yang tidak terjangka, tidak terbayang.


p/s: Kawan-kawan, handphone hilanglah. Sedih woo.. Semua kengkawan, boleh tak email atau "ym" kan nombor hp korang masing2. nanti kita leh berhubung semula.. OK.

Saturday, September 03, 2005

Kasih

Sepanjang malam ini, hati terasa berkobar2 untuk menulis sesuatu yang dirasakan amat penting. Malah, sebenarnya perasaan itu bertambah sukar untuk dijelaskan apabila menatap kenangan lama yang tersimpan sebagai gambar di album. Bukanlah sesuatu yang terlalu mencabar, atau berasa tercabar dengan kata2nya tempoh hari, cuma entah kenapa hati terasa disentuh oleh satu perasaan yang sungguh halus... Betapa perasaan cinta itu adalah kurniaan hebat daripada Tuhan untuk kita menikmati dan menghargaimya...

When i said that i love you, i didn't just say it, i engraved it on your heart...

Assalamualaikum Zarina,

Jika mahu diimbas semula, bagaimana dibawah hujan pada hari itu, pada hari saya meluahkan apa yang terbuku dan terpahat didada, dan kembali menitipkannya dalam perkataan, sesungguhnya amatlah sukar untuk saya melakukannya kerana hari yang berlaku itu sungguh istimewa.

Namun, jika boleh saya kembalikan perasaan pada hari itu melalui bait2 perkataan, biarlah saya menyatakan apa yang berlaku pada saya setelah awak meninggalkan kawasan itu. Memerhatikan awak masuk kedalam teksi, saya masih terpaku dan terkasima disitu. Seakan tidak percaya apabila semasa awak pergi, hati ini terasa sayunya. Perasaan yang bercampuran, dan sukar dimengertikan. Dalam hujan itu, saya dapat merasakan hati saya yang mencair kerana kepanasan yang tak terjangka, dan kemudian beku semula dek kesejukan yang tidak terasa. Dalam hujan itu, saya kembali percaya pada sebuah cinta. Kembali menyatakan kepada diri saya, betapa saya perlu teruskan hidup ini seperti yang saya rancangkan. Walaupun saya tidak pernah menyangka, pertemuan antara hati saya dan hati awak berakhir dengan satu penyatuan.

Saya bersyukur dengan pertemuan kita. Saya berterima kasih kerana awak menerima saya. Selepas peristiwa hujan itu, banyak lagi perkara dan peristiwa yang menjadi ingatan kepada awak. Awak akan sentiasa mengingati tarikh itu, dan kemudian tarikh kita bertunang seterusnya tarikh2 istimewa yang lain dan hari2 istimewa yang lain, dan menjadikan hari2 kita sentiasa istimewa. Selain keistimewaan itu, tidak kurang juga sengketa kecil kita, yang kadang kala mengundang rasa hiba dan jauh hati. Saya orang yang ego, Zarina. Saya sentiasa percaya kepada apa yang saya fikirkan betul. Saya fikir, sifat itu jugalah yang menjadi kekuatan dalam diri saya. Sifat itulah yang menjadikan saya seorang yang berpegang kepada prinsip hidup saya, dan saya percaya tentang apa yang saya rasa. Namun, pastilah ada harinya keegoan saya itu bukan berada ditempat yang betul. Saya membuat kesilapan ekoran keegoan saya. Saya mohon awak bertahan dengan saya. Lembutkanlah kerasnya keegoan itu dengan suara lembut awak yang menuturkan kata-kata yang manis. Usah dicampakkan dengan kata-kata kasar kerana ianya hanya akan lebih mengundang duka antara kita. Gunakanlah senyuman manis awak untuk kembali meruntun hati saya yang dipenuhi amarah tika itu.


Saya suka melihat awak tersenyum. Suka melihat dua lesung pipit dipipi montel awak, terutama sekali dipagi hari. Alangkah indahnya hidup saya apabila memulakan hari dengan sebuah senyuman daripada insan yang saya sayangi...
Satu hari nanti, saya ingin membina mahligai hidup saya bersama2 dengan awak. Pastinya kita akan melalui kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duka. Mahukah awak berjanji untuk menempuhi duka dan bahagia bersama? Seperti yang awak tahu, saya tidak punya apa untuk dipersembahkan kepada awak. Saya hanyalah lelaki biasa yang sedang mengejar cita2nya. Semasa dia mengejar apa yang dia percaya, adakalanya bukit sukar, gunung tinggi, lembah curam harus dia jelajahi sebelum dapat meneguk air yang manis dari tasik bermadu. Mahukah awak
berjanji untuk sentiasa bertahan dengan lelaki ini?

Zarina,
Telah saya ceritakan tentang impian saya. Tentang keluarga yang ingin saya bina. Tentang teratak yang bakal didiami. Tentang kerjaya. Tentang harapan. Tentang mak. Tentang ayah. Tentang abang, nini, papa, chai, nana, ayen dan aboy. Meskipun ada perkara yang masih tersimpan, sentiasalah percaya pada saya. Kepercayaan awak kepada saya, keterbukaan awak tentang apa yang saya ingin lakukan, sangat bermakna untuk saya. Tidaklah saya ingin melukakan hati lagi. Cukuplah sekali.



Zarina,
Dikesempatan ini juga saya ingin merakam rasa terima kasih saya atas segala yang telah awak lakukan untuk saya. Mungkin tidak selalu saya mengucapkan terima kasih, namun sentiasa saya menghargainya. Jika ada sesuatu yang saya lakukan untuk awak, bukanlah bermakna untuk membalas kembali segala kebaikan awak, cuma sebagai tanda penghargaan saya untuk awak, sebagai ingatan saya untuk awak. Juga dimohonkan maaf atas kekasaran atas sifat saya yang tidak tersedar itu.

Sayang ku Zarina Yang Ahmad...
Semoga kasih ini adalah sesuatu yang terindah pernah terjadi dalam hidupmu...

Ya Allah,hambaMu memohon dipanjangkan jodoh kami sehingga keakhir hayat kami, beroleh kehidupan yang sentiasa dibawah rahmat Mu dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Amin...