Showing posts with label Maisarah. Show all posts
Showing posts with label Maisarah. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

KisSing-versi Mysarah


Suatu hari, mamasarah tanya pada sarah;
Mamasarah: Sarah, nanti sarah masuk tadika, sarah boleh belajar banyak-banyak. Sarah boleh belajar, One...Two...
Sarah: Three...
Mamasarah: A...B...
Sarah: C...
Mamasarah: Satu...Dua...
Sarah: Tiga...
Mamasarah: Alif...Ba...
Sarah: Ta...
Mamasarah: Do...Re...
Sarah: Mon..
Doremon???

Tuesday, March 25, 2008

Invitation to Maisarah's birthday party

Dear Papa Sarah friends...

You are cordially invited to Maisarah's birthday party to be held on 29th March 2008, at 4:30pm till 6:00pm.
Maisarah will be wearing pink gown, and waiting for all uncles and aunties to come to sing her 1st birhtday song. So, please come okay. :)

Please send Papa Sarah your RSVP; either by email to mafiaries(at)gmail(dot)com or you can text him.

See y'all, uncles and aunties!!


Monday, February 11, 2008

Selepas 3 tahun berlalu...


3 tahun berlalu (Tahun Baru Masihi, Awal Muharram dan Tahun Baru Cina)..
Maaf, untuk kawan yang sekian kali hadir ke blog ini, tanpa ada update.
Untuk yang menerima SMS-SMS daripada gua, yang gua mintak tolong sedikit sebanyak, itulah update kisah jurnal gua ni untuk lu orang. Untuk yang tidak menerima SMS gua, jangan risau, lu orang masih "kenang daku dalam doamu"...dan gua harap gua pun ada dalam doa lu.
Gua masih sengal.
Masih belum mampu untuk tersenyum seperti Maisarah yang gembira dengan krim cup cake mama dia (ada yang nak tempah cupcake,contact gua, jangan malu-malu).
Kepala gua buntu.
Tangan gua kaku.
Tapi gua percaya, gua diuji dengan peperiksaan (baca: ujian) yang gua boleh lalui. Gua bersyukur, isteri gua tak banyak songel. Tak pernah merungut atas kegagalan gua untuk masa ini. Sedikit sebanyak, itu jadi gua punya tiang kekuatan untuk gua berdiri. Gua bersyukur, atas pertolongan teman-teman jauh dan dekat, memberi tangan bantuan untuk menarik gua keatas. Ya, gua susah beb.
Gua percaya...ini semua bekal hari depan.
Supaya gua tahu dan sedar, ada tangan yang diangkat ditepi jalan itu, menadah simpati orang ramai, sedang hidup lebih dengan penuh sukar berbanding gua.

Sunday, July 08, 2007

Nota buat Anak

Maisarah dah 3bulan plus-plus. Dalam tempoh sesingkat itu, dah berbaldi-baldi perasaan melimpah ruah untuk budak kecik yang sorang ini.
Pernah satu ketika, saya terfikir; boleh ke anak ini bermanja dengan papa nya ni. Sementelah, papa dia ni bukannya pandai memanjakan orang (tanya mama sarah..), jadi macam mana yer?Tetapi, itulah keajaiban yang sering kali berlaku, dan terus berlaku sepanjang masa ini. Maisarah pandai bermanja dengan papanya (mungkin dengan mamanya lebih-lebih lagi), dan papa nya berani jugak nak memanjakan maisarah. Nampak macam menjadi jer proses manja-memanjai itu.

Kuasa Papa!

Heh!

Sunday, May 27, 2007

1st Anniversary

Setahun yang lalu, dengan 3 kali lafaz barulah sempurna "akad dan perjanjian" antara saya dan zarina. (3x tu ada sebabnya tau..bukan sebab saya gelabah,hehe) Dan hari ini genaplah setahun kami bersama sebagai suami isteri. Usah cerita tentang duka dan gembira kerana itulah asam garam kehidupan. Seperti pelengkap kepada rasa sebuah hidangan, tangis dan ketawa adalah syarat kehidupan.

Banyak sudah yang dilalui, tetapi keterujaan tetap wujud kerana kita tidak tahu apa yang bakal menghadapi kita dimasa hadapan. Baik dan buruk setiap peristiwa yang bakal berlaku memberikan makna untuk kehidupan diteruskan.
Arghh..susah pulak nak mengarang malam ni. Dah lama sungguh tak buat catatan di dalam blog ni. Lama jugak tak jumpa kodok2 untuk membuat onar diKLCC selepas menonton movie. Apa khabar kodoks sekalian? Sumolah, apa cerita?

Beginilah.

Lepas nikah, banyak juga peristiwa perit macam kecurian kereta, kamera digital, dan baru-baru ni pulak laptop yang menjadi nadi untuk menyiapkan tesis sarjana, turut menjadi mangsa kecurian. Entah kenapa, orang kata kena mandi bunga? heh!


Teringat sebuah lagu Dewa yang bicaranya tentang keadaan diri seseorang yang menerima dugaan hidup dengan senyuman, kerana percaya setiap yang berlaku adalah sudah ditentukan.

" Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi, biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja "

Yup, kehadiran Maisarah dalam hidup kami adalah anugerah yang terindah. Sudahpun dua bulan cik maisarah kami ni. Tapi atuk maisarah pun belum lagi jumpa dengan maisarah. Busy ye atuk? Oh, terima kasih kepada teman-teman yang dapat menghadirkan diri pada majlis aqiqah maisarah pada 20 Mei tempoh hari. Kami sekeluarga berterima kasih atas kesudian kalian meluangkan masa.

Malam Anniversary kami ajak keluarga zarina makan Domino pizza. Letak satu lilin atas domino, dan kami tiup sama2. Heh!

On a personal note, I would like to express my sincere love to my beloved wife Zarina Yang Ahmad for being there as my wife, my friend and my partner. Thank you so much for your sacrifice to be a mother to our dear baby Maisarah. Happy anniversary, sayang.


Emh...hari ini saya perlu letakkan dalam diri untuk menghadapi hari-hari mendatang (yang mencabar ini) dengan lebih tabah dan kuat. Saya tahu, hidup ini bukan hanya saya seorang tetapi adalah perkongsian hidup kami.


" Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang "

Tuesday, April 10, 2007

Debut




We are ecstatic to announce the arrival of our beautiful baby girl, Nurizqi Ratna Maisarah!


Alhamdulillah.

Tanggal 24 Mac 2007, jam 10:08 malam di Hospital Kuala Lumpur, anakanda yang dinanti-nanti dilahirkan secara pembedahan. Eina diberikan induce jam 12:00 tengahari selepas menunggu tanda-tanda sakit bersalin secara semulajadi tidak berlaku. Pada 24 Mac, usia kandungan adalah 10bulan 9hari, dan Eina belum menunjukkan rasa sakit untuk bersalin. Oleh itu, induce perlu diberikan dan nampaknya berkesan.

Jam 7:30 malam, Eina dibawa ke labour room selepas pemeriksaan menunjukkan ada tanda-tanda untuk melahirkan. Dan bermula saat itu, entah kenapa detik waktu rasa terlalu lambat. Jam 8:40 malam, saya dibenarkan masuk ke dalam labour room untuk berada disisi Eina. Dengan hati yang berdebar-debar dan perasaan yang berkobar-kobar, saya mahu berada disisi Eina untuk memberikan semangat.

Eina mencuba dan mencuba tapi tidak berjaya. Kesian juga melihatkan si isteri yang cuba meneran sekuat tenaga, tetapi masih tidak berjaya. Kata Dr, baby masih jauh walaupun laluan telah terbuka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menggunakan vacuum.

Entahlah, waktu itu terasa longlai kaki ini bila diarah keluar kerana Dr ingin melakukan prosedur itu. Diluar labour room, saya menunggu dan berdoa. Jam 915 malam, seorang Dr wanita keluar dan masih terngiang kata-katanya:

”Encik suami Zarina?”
Saya mengangguk. Hilang suara.
”Keadaan jantung baby lemah. Jadi untuk menyelamatkan kedua-duanya, kami perlu menjalankan pembedahan sekarang juga”
Saya mengangguk lagi.
”Encik faham?”
Saya mengangguk juga.
”Betul faham?”
Mungkin muka yang blur dan perasaan yang kucar kacir membuatkan reaksi muka saya sungguh mengelirukan. Dengan suara yang tersekat dikerongkong saya menjawab faham.

Diluar dewan bedah, hati dan mulut terkumat kamit berdoa. Segala ayat yang saya tahu habis sudah dibaca. Dan bila jururawat keluar pada jam 10:30malam, mendukung seorang bayi dan mencari suami Puan Zarina, saya cepat-cepat bangun. Jururawat suruh mengecamkan jantina dan kemudian bayi dibawa pergi.

Belum ada lagi saya teruja kerana Eina masih didalam. Dan jam 11:00 malam Eina ditolak keluar diatas katil beroda dan ayat pertama yang keluar daripada mulutnya;

”Dah tengok baby? Tak muka abang kan?”

Huh?Saya tersenyum (kelat)...