Sejak tahun lepas, penyakit ni selalulah datang. Tak kira masa, dan tempat. Macam2 cara juga yang dah dilakukan, tetapi "dia" tetap datang tanpa diundang. Dua tiga menjak ni, semakin teruk pula. Malah semasa memandu pun, kalau serangan tu datang, terasa macam tersentak juga kepala. Apakah punca sakit kepala?
1. Stress (mungkin ke? disebabkan kerja ke? keadaan hidup ke?)
2. Alkohol (tak minum nih... baik minum air mineral)
3. Corak tidur yang berubah-ubah (kadang2 memang kena stay-up)
4. Kelaparan (jarang sangat..tu la pasal badan semangat...)
5. Makanan tertentu seperti coklat (oh, ye ker?coklat tak boleh ker?)
6. Perubahan hormon sperti ketika haid, pengambilan pil perancang (nope!tet!!!)
7. Kesan daripada tidak mengambil kopi (emh..baru 3 hari tak minum kopi)
Itulah antara penyebab kepada sakit kepala.tapi tak banyak membantu dalam keadaan aku sekarang ni. Apa pun, nak carik penawarnya. dah tak larat telan panadol. dan ntah berapa banyak tigerbalm yang dah dilumurkan di kepala.
