Tuesday, June 14, 2005

kemaafan

hari sabtu yang lalu, telah berjanji saya pada seorang rakan. janji tentang satu gathering yang sebenarnya sangat ditunggu-tunggu. malah, betapa bersungguhnya diri ini, dan juga rakan itu, janji diulang-ulang dan disemat dalam hati berkali-kali. janji pada pagi sabtu, bertemu di masjid upm, untuk menuju destinasi sesuai untuk lakukan janji: bertemu kawan-kawan baru, bersapa membina ukhkuwah.
malangnya,
janji tu tak tertunai oleh diri ini.jam 9.00 baru sedar diri daripada mimpi.weh, teman..maaf.maaf besar nih.nak jadi cerita, teman yang berjanji tu, memang bagus sekali, siap miscall/call jam 7:50 pagi.bagi tanda siapkan diri.tapi teman, handphone tengah dicas bateri, kat tingkat bawah, tempat beradu ditingkat satu lagi.itulah tak dengar suara telefon tu menjerit pagi-pagi.
maaf sekali lagi..
sorry bro, tak buat lagi!

Oh Kancilku! Posted by Hello

Sunday, June 05, 2005

terusik kenangan

Kadang-kadang, dalam hidup ini akan ada waktu kita merasakan sangat blues. dan pada waktu ini, perasaan biru ini sangat mendesak-desak hati saya. sejak maghrib tadi, berbagai-bagai perasaan datang. bila mengenang kembali apa yang telah berlaku, macam terasa saya seolah-olah tidak belajar banyak daripadanya. contoh: kenapalah si herman ni, masih lagi tak belajar untuk memujuk. dah beberapa artikel kat macam-macam majalah dibaca, tetapi macam orang tua kata, masuk telinga kiri,keluar telinga kanan, perkara itu tak lekat dihati.
susahkah untuk menjadi seorang lelaki yang bisa menggembirakan hati seorang wanita?susahkan untuk melafazkan kata-kata pujukan, andai walau dengan satu perkataan?
saya tahu, saya pernah melukakan hati.dan saya tahu, saya kerap mengulanginya. [tetapi kenapa setakat tahu, en.herman?] hati yang terluka, pasti sukar diubati.pasti akan berbekas dihati dengan parut kelukaan. dan parut itu akan kekal, dan dibawa sepanjang hidup.[ herman, mahukah engkau menjadikan hati wanita yang kau sayangi, penuh dengan parut kelukaan? pasti engkau tidak dapat menghilang parut duka pada hati seorang wanita yang lain itu, dan tidak cukupkah perbuatan itu?
hargailah hati itu, herman.parut dihati memang tidak akan nampak dimata kasar, tetapi...ia akan selamanya kekal.

Friday, April 29, 2005


:: kata mafiaries hari ini :: Posted by Hello
baru balik.singgah destina.beli air cincau.bukak blogdrive satu member.
wah!
menarik.penuh jiwang.teruja.kepala tengah ligat.ada banyak frasa-frasa.bait-bait kata.
huh!malam ni nak jegil sikit mata.menulis pada tagboard kwan ini.
huh!teruja!
sila lawat : www.oksigen.blogdrive.com untuk keterangan lanjut. (Superdiman, aku tak mintak izin ni..)

Wednesday, April 27, 2005


hari yang panjang..sebenarnya. dalam banyak hari saya tak menulis nih, terasa hilang skill.namun, banyak sekali perkara yang berlaku dalam tempoh masa ini.emh..menguap panjang dengan satu perasaan yang terbuku didada. Posted by Hello