Friday, November 25, 2011

Nge-blog dari Tanah Jawa

Perkara yang pernah aku impikan daripada hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi Indonesia ini adalah untuk buat satu posting di blog ini. Dan lakukannya menggunakan chenta hati kedua-dua anakku, iPad. Susah jugak... a Jadi inilah percubaanku. (mungkin hasilnya nampak sama, tapi ya ampun, nak menulis guna bahasa Melayu memang mencabar.

Saturday, April 30, 2011

Mobiliti Proksi Jiwa

Aku penat dengan perasaan yang disimpan-simpan. Aku juga penat dengan perangai mereka yang sering kali memperlahankan rentak aku. Aku capek dengan kesemua perkara yang aku mampu lakukan perubahan, tetapi perubahan itu perlahan sama ada kerana sebab pertama, atau sebab kedua di atas.

Aku mahu cari jalan keluar.

Aku mahu pembaharuan.

Aku mahu hijrah!

Itu.

Wednesday, April 06, 2011

Petang itu, saya berperasaan

Petang itu, angin bertiup agak kuat. Di jalan tar, dedaun kering bergulung-gulung di sapa angin yang agak ganas. Debu kering bertompok di jalanan yang dipanaskan oleh sang matahari tengah hari tadi turut bersama-sama memeriahkan jalan yang sibuk dengan susur trafik.

Daripada atas langit cerah, bersama-sama desiran angin, kepulan-kepulan halus putih berterbangan. Lagak salji. Terbang bersama angin. Jatuh ke atas jalan raya berdebu, dan rona putihnya tercemar dengan oren jingga tanah.

Bukan salji, tetapi kekabu putih daripada pokok tinggi di tepi jalan.

Ada rasa damai.

Kamu pernah?

Kerana Dia…

Ayah aku seorang askar. Soldadu. Ayah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia di awal tahun 70-an. Pada tahun 2000, ayah menamatkan perkhidmatan, dengan pangkat Mejar.

Ayah bermula daripada bawah, daripada prebet cabuk kata emak. Sepanjang perkhidmatannya, ayah telah pergi ke merata tempat. Mungkin seluruh hutan di Malaysia ini, telah dijelajahinya bersama platun dan ketumbukan tentera kerajaan Malaysia. Daripada mencari sisa baki komunis, hinggalah menyelesaikan permasalahan di hutan yang membabitkan keselamatan negara.

Ayah pastinya pernah berada dibarisan hadapan peperangan ketika dia adalah anggota bawahan tentera. Meskipun berada di barisan perancangan di bawah khemah tentera ketika berpangkat pegawai, itu bukan bermakna dia tidak terdedah dengan bahaya peperangan. Bayangkan bahaya yang bersimpang siur dalam bentuk peluru dan mortar, kecelakaan dalam bentuk jerangkap samar, dan kemusnahan akibat bedilan tank yang menhembuskan peluru.

Ayah pernah melalui kesemua bahaya ini, meskipun bukanlah sepanjang perkhidmatannya itu dia kebal dengan kecederaan. Ayah juga pernah cedera, cuma tidaklah sehingga kehilangan mana-mana anggota badannya. Selama dalam perkhidmatan.

Namun, ayah tewas pada dia…

Ayah terpaksa membenarkan ibu jari kakinya terpisah daripada anggota kakinya, kerana dia…

Ayah berjaya menyelamatkan diri daripada jerangkap samar musuh negara, tetapi tidak dengan perangkap dia…

Begitulah. Ayah aku seorang askar. Soldadu.

Ibu jari kakinya dipotong kerana diabetes.

Image_28

Saturday, February 05, 2011

Pencarian Nama Blog Ini


Ada terdetik di hati untuk tukar nama ini. Selepas "Eclipse of My Life" dan sekarang "Mono...Log, Cakap sorang-sorang", pencarian nama blog ini cuba difokuskan pada nama tuan punya blog ini (akulah.. ('',) ).
Singkatan nama ku.


Di Urban Dictionary  pencarian untuk nama "Herm" memberikan maksud ini... (by the way, nama pulau kat atas ni adalah Pulau Herm (Herm island):


a. a person who is a hermaphrodite (sila baca terus...)
b. one who has both male and female sex organs 
c. can mean anything you want. it is a verb (herming), adjective (herm, hermy), noun (herm, hermer). can be used to describe anything in any way. it can be either positive or negative.
d. A standard unit of volume measurement equal to one cubic mouthful. Generally used in reference to female breast size. (err...)
e. Comments generally made by oversized ladies
f. Herm, one who never leaves their house, Also known as a Hermit.
g. A Herm is a truly outrageous penis measurement of 9 inches. Named after the person who is white (and claimer of a 9 inch penis), he has been laughed at for this absurd claim. The unit "Herm" is abbreviated "HK". 
1 HK = 9 inches or 7039 HK = 1 mile.


By the way, my initial kat office, ialah HK.


Huhu.