Saturday, November 17, 2007

Budak hilang

Sebenarnya, saya baru sahaja menulis (copy dan paste, sebenarnya) tentang seorang budak yang hilang di Bandar Baru Bangi.Email yang saya terima pada hari rabu, 14 November 2007 menyatakan ada seorang kanak-kanak perempuan berumur 10tahun yang sepatutnya ke sekolah dihantar oleh kakaknya, tidak hadir kesekolah dan tiada di rumah.

Setelah saya copy dan paste maklumat-makulumat yang penting seperti yang diberikan diemail, tergerak hati saya untuk membaca susulan email yang berkaitan dengan kes tersebut. To my suprise, rupa-rupanya kes itu cerita lama dan sudah pun ditutup.

Malang sungguh bila orang menggunakan kemudahan internet ini untuk sesuatu yang tidak benar, palsu dan mungkin fitnah.

Friday, November 09, 2007

KisSing (4)

Lokasi: Tesco Ampang

Pekerja Pasar Tesco: Kak, ikan ni nak siang ke nak potong?

Akak yang tak tahu: Saya tak tahu la. (Geleng kepala.Dahi berkerut. Muka tak faham)

Saya (yang menyibuk): Kak, siang tu maksudnya buang insang sahaja, dan tak kerat ikan tu. Potong tu maksudnya, kerat ikan tu kepada beberapa bahagian. (Ya, dialog bahasa melayu secara hampir tepat nahunya dan tatabahasanya).

Akak yang tak tahu (sekarang dah tahu): Oo... Siang je lah. (Angguk kepala.Dahi dah tak berkerut. Muka dah nampak faham)

Pekerja Pasar: Baik kak.

KisSing (3)

Mukhsin dan Sulaiman sembang-sembang pasal golf.

Mukhsin: Aku ni baru je berjinak-jinak...Tak pernah turun green lagi.. tapi dah lebih 100m laa
kalau driving range..cuma feeling pukul atas green berbeza dari dekat driving range.Aku dengar cerita org lain aaa... Kalau nak join aku, setiap Selasa di Bukit Jalil
Golf Club, 8.30 malam dan Cyberjaya Driving Range (depan MMU) setiap Khamis
jam 6 petang.

Sulaiman angguk.

Mukhsin: Kalu kau turun driving range, ajak aku. Aku tengah cari kengkawan nak kasi cukup
flight. Dapat 4 orang dah boleh masuk mana-mana green.

Sulaiman angguk lagi dan berkata;

Sulaiman: Kau boleh represent batch kita..senior kita akan organize golf event untuk
ANSARA tak silap, Januari / Februari 2008..ada 3-4 bulan lagi nak practice
swing
!!

Mukhsin: Kau pun bukan lagi hebat dari aku ke dalam golf??? Dengar citer kau dah main
beberapa tournament dah.

Sulaiman: Adala jugak...Aku ingat hari ni nak main..tapi CD pulak tertinggal kat rumah!

Mukhsin: ??


**Mukhsin dan Sulaiman adalah bukan nama sebenar.