Wednesday, November 08, 2006

Selftalk: Satu hari di Hari Raya

Ayah sampai Ipoh, malam raya tahun ini.
Nini dan Roslan, kali pertama berhari raya sebagai suami isteri, memilih Ipoh untuk raya pertama.
Saya, dan Eina juga ke Ipoh untuk raya kali pertama selepas perkahwinan kami.
Abang Bad, tak balik raya.
Chai, adik perempuan saya, kena bertugas di hari raya pertama, di Penang.
Adik-adik yang lain, belum berkeluarga, maka di Ipoh lah mereka.

Pagi raya, kami ke Gopeng.
Melawat atuk yang duduk dikampung.
Namun begitu, di pagi raya lagi, sudah ada sesuatu yang terjadi.

Balik daripada masjid, belum sempat membuka pintu pagar rumah, sudah ada 3 orang kanak-kanak menunggu didepan rumah. Saya, tak kenal diorang. Mereka dijemput masuk, walaupun rendang dan lemang belum terhidang di atas meja. Dalam hati tertanya juga, awal diorang ni datang beraya, tak salam raya dulu dengan mak ayah ker? Bukankah orang baru jer balik dari masjid?

Soal ayah pada mereka, nak datang beraya ke nak kutip duit raya? Tersengih-sengih budak bertiga tu. Setelah dijemput duduk di meja, ayah bertanya pada mereka, anak siapa, tinggal dimana, darjah berapa dan soalan-soalan lazim yang lain.
Sehinggalah ayah sajer2 bertanya, siapa Perdana Menteri Malaysia, masing-masing yang dalam umur 8 ke 9 tahun ini, hanya tersengih dan menggelengkan kepala. Huh, tak tahu siapa PM? Ayah bertanya lagi, siapa yang berkahwin dengan Siti Nurhaliza? Tak sampai sesaat masa menunggunya, nama Datuk K terus disebut. Bukan "K" sahaja, malah Khalid Mohammad Jiwa begitu lancar di mulut anak-anak ini.

Emh...

Di satu tempat yang lain, di Johor Bahru, seorang kawan menerima tetamu, juga kanak-kanak. Seperti biasa, soalan-soalan lazim seperti nama siapa, tinggal mana dan sebagainya, adalah perbualan biasa bila tetamu seperti kanak-kanak ini datang. Cuma kali ini, jawapannya agak memeranjatkan.

Tuan rumah: Tinggal mana?
Tetamukecil: Masai

(Nota: Kata kawan, jarak Masai dan JB lebih kurang 1 jam setengah perjalanan)

Tuan rumah: Macam mana datang sini?
Tetamu kecil: Ayah hantar

Tuan rumah: Macam mana balik nanti?
Tetamu kecil: Nanti ayah ambik

Emh...

Itulah. 2 kejadian yang tidak berkaitan tetapi memberikan makna tersirat untuk saya di hari raya ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripadanya. Semoga akhir-akhir Syawal ini terus membawa nur dalam hidup kita.