Tuesday, August 30, 2005

Afdlin Shauki rocks!

Balik daripada ex-office di PJ petang tadi, terpandang suratkhabar
Mingguan Malaysia yang tidak sempat dibaca semalam. Menyelak sikit2 helaian akhbar, tiada apa yang menarik perhatian. Sekadar bacaan sekali lalu, kurang-kurang tahu jugak hi-lite isu2 semasa.
Hinggalah kepada sisipan Pancaindera diruangan yang selalu juga saya baca dihari minggu: Tolong Jawab (oleh Tengku Khalidah) membicarakan tentang tajuk - Afdlin Shauki Dah Hilang Akal.
Membaca patah demi patah perkataan, ayat demi ayat, barulah saya tahu selama ini Afdlin tengah buat satu projek giler tak penah dibuat dek orang: menjual album "Fuyoo" nya melalui "konsep dengar dulu baru bayar". Maksudnya, Afdlin akan hantar CD/kaset kat korang, lepas tu korang dengar lagu2 dia. Kalau suka, puas hati..hantarlah bayaran kat dia mengikut sukahati korang nak bagi berapa. Kata Afdlin, kalau korang rasa nilai album tu 25sen, hah, bagilah 25sen. Tak ke hilang akal namanya tuh.. Tapi kalau korang tak suka, apa yag korang perlu buat, campak je CD tu, atau hancurkan jer. Takleh bagi orang. Reason Afdlin buat cam gitu..?
Afdlin is one good and talented person, yang memang sejak dulu jadi idola saya. Senang citer, setiap tindakan dia adalah tindakan yang dibawa dengan otak dan ilmu. Malah dengan keadaan dia yang agak besar tu, dia sebenarnya mempunyai attitude yang tinggi tentang keyakinan diri. Dia boleh jadi kurus, kalau dia nak. Dan jadi gemuk balik bila dia perlukan. Buktinya, korang tengoklah filem Buli. BYW, sesapa yang tak tahu, Buli menang pengarah terbaik dan aktor filem terbaik (Afdlin lahh, mengalahkan Rosyam Nor dan M.Nasir) dalam Anugerah Skrin baru2 nih. To afdlin: "Serius, you deserved it Bro! Good Luck untuk projek2 akan datang ..."
Kenapa bagi saya Afdlin adalah idola...
Korang kalau baca blog mamat kodok nih (bacalah, korang nanti tahu kenapa saya cakap mamat kodok) http://afdlinshauki.blogspot.com, korang akan dapati nilai2 kejujuran dalam dia berkarya dan jugak nilai individu yang baik. Ahh..susah ah nak puji orang nih.. Tapi meh tengok apa yag saya quote kat blog dia nih:
"Since today is wanita day, i would like to pay much respect an homage to all the women in my life... MY MOM especially, for being my strength and inspiration. My wife Chris, for her friendship, love and devotion, Miasara Shauki, my first child for giving meaning to my life, to Anais Shauki, my second busyuk bacin for teaching me what being a father is all about. "
(this article(partial) and photo of Buli was taken with no permission from afdlin shauki's blog, and used only for promoting purposes)

Dalam hidup ni, berjaya atau masih kurang berjaya, nilai keluarga perlu kuat. Sebab dalam keluarga, bermula dengan entiti suami dan isteri, perlu sentiasa saling sokong menyokong, kemudian bila dah ber+ dengan anak2, hubungan yang dbina atas dasar saling memahami ni akan jadi benda yang buat teguh, buat kuatkan family.
Dalam catatan Afdlin, beberapa kali menyebut pasal isterinya, dan pada malam Anugerah Skrin itu hari, isteri dia yang datang represent dia...
What a lovely couple.
Banyak lagi alasan untuk diri saya kata kenapa Afdlin leh jadik idol.
Tapi takper.. korang lawat Afdlin's blog, dan jangan lupa beli Fuyoo!

p/s: Saya dah hantar email kat selambakodok@gmail.com untuk tempah satu CD Fuyoo!!!. Harap leh dapat cepat.

Monday, August 29, 2005

Kemerdekaan dan Malam Puisi Merdeka, Putrajaya


31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 2005.
Sudah 48 tahun lamanya kita merdeka. Setiap tahun, pada masa tersebut, kita akan melaungkan perkataan keramat ini, yang menaikkan setiap bulu roma kita setiap kali ianya diucap kuat.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Di setiap pelusuk tanah air, pasti ada sekurang-kurangnya satu bendera yang terpacak. Baguslah, jika ianya dipacak atas nama semangat kemerdekaan, tetapi malanglah jika ianya terpacak kerana, alah..barang free, letak je lah. Di atas kenderaan, sama ada bendera kecil yang dilekatkan atau bendera besar yang membalut tubuh kenderaan, sangat menaikkan perasaan patriotik kemerdekaan. Baguslah jika ianya kerana gembira dan bangga tentang negara, namun malanglah andai kata bendera yang terpacak itu, sekadar memenuhi arahan tanpa niat ikhlas kerana negara. Lebih-lebih lagi apabila bendera itu rupa-rupanya edaran di pejabat, yang mana semua orang, tak kiralah yang punya kenderaan atau pun berjalan kaki, atau menggunakan LRT semua orang mendapatnya. Dalam pada itu, dalam kebanggaan melihat bendera berkibar megah diatas kenderaan, perasaan sedikit terguris bila melihat tidak sedikit juga bendera yang jatuh diatas jalan raya bila angin yang kuat kencangnya menyebabkan bendera terlepas daripada tempat asalnya dan akhirnya terbang dan jatuh. Kemudian, kenderaan lain berdesup desap laju terus melenyek bendera jalur gemilang itu. Sigh...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Di tempat membeli belah juga, terasa aura kemerdekaan dengan bendera Malaysia disamping dekorasi lain yang ada kalanya, terasa menenggelamkan Jalur Gemilang yang dipasang. Emh, cantik sebenarnya bendera Malaysia yang dicipta oleh En. Mohamad bin Hamzah ini, seorang arkitek anak jati Johor dalam sebuah pertandingan. Rekaan arkitek ini telah diumumkan setelah diterima melalui pendapat majoriti orang ramai dalam The Malay Mail pada 29 November 1949. Setelah melalui beberapa penyesuaian maka pada 19 April 1950 dibacakan seperti berikut sebagai usul terima bendera Malaysia (pada ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) :
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera tersebut dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor, pertama kali dikibarkan dibumi Tanah Melayu. Kerana itu, jika dikirakan tempoh masanya bendera Jalur Gemilang ini (pada waktu itu belum dibei nama lagi) telah dulu diangkat sebagai lambang negara (walaupun pada ketika itu, negara ini belum merdeka).

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, bersebelahan Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam negara, agama rasmi Malaysia dan berhadapan Bangunan Persekutuan yang berkubah hijau, pada malam Ahad, 28.08.05 yang lalu[ketika itu rancak di tv3 menayangkan program realiti tv: Mentor] hangat malam itu dengan bacaan puisi kemerdekaan oleh para pemuisi negara. Semangat merdeka diekspresikan melalui sajak-sajak dan nyanyian puisi yang menyentuh tentang bangsa Malaysia umumnya, dan bangsa Melayu khususnya. Menyentuh tentang betapa kita sebenarnya hanya sekelumit menghirup nafas kemerdekaan ini kerana sebenarnya kita telah dijajah selama 400 tahun sebelum kemerdekaan ini kita capai. Malam itu kami mengenang pejuang-pejuang tanah air, seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Maharajalela dan lain-lain yang menumpahkan darah mereka, yang hilang nyawa mereka mempertahankan negara daripada penjajah! Betapa pada hari ini, ramai anak muda yang hanya menumpahkan air mata kerana program realiti tv. Betapa anak-anak muda lebih merasa sedih melihat pujaan hati mereka tersingkir kerana tidak cukup undian daripada mengalirkan air mata mengenang pengorbanan pahlawan negara yang berjuang mempertahankan negara. Betapa kita lebih ingat siapakah yang tersinggkir di minggu pertama daripada mengenangkan nyawa pahlawan negara yang disingkir oleh penjajah ketika pejuang ini mengangkat senjata menentang si penjajah. Lebih menyentuh rasa apabila anak Melayu hari ini, sangat lemah dek pengaruh barat dan penjajahan senyap kuasa-kuasa luar [melalui dadah, fesyen, konsert dan lain-lain] yang cemburukan negara Malaysia yang aman ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malam itu Pak Samad membacakan sajaknya tentang tuah Malaysia yang dikurniakan dengan empat Perdana Menteri yang terdahulu. Sengaja tidak dibacakan tentang Perdana Menteri yang sekarang, katanya. Setiap pemimpin negara kita ini telah menyumbang bakti yang tidak ternilai, bermula dengan (Allahyarham) Tunku Abdul Rahman, kemudian (Allahyarham) Tun Abdul Razak, (Allahyarham) Tun Hussein Onn, dan kemudiannya Tun Dr. Mahathir. Kita beruntung mempunyai pemimpin - pemimpin yang bukan calang orangnya, kerana bangsa Malaysia adalah bangsa majmuk. Masyarakat yang berbeza budaya, agama dan cara hidup tetapi Allah mengurniakan negara kita dan masyarakat kita ini dengan seseorang yang berupaya menyatukan bangsa-bangsa ini. Bukan sedikit pengorbanan pemimpin2 ini. Kemudian kesinambungan kepimpinan negara ini disambung pula oleh YAB Datuk Seri Abdullah yang beriltizam membawa Malaysia kepada sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Sudahkah kita melafazkan syukur Alhamdulillah hari ini kerana nikmat kemerdekaan dan keamanan negara ini?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Diakhirnya, marilah kita mempertahankan kemerdekaan ini dengan nilai ketimuran kita, memegang nilai bangsa kita dengan utuh, berpaksikan agama kita dengan kuat dan sentiasa ingat pada sejarah kita. Kita ini adalah bumi yang bersejarah. Marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang, kerana kita berbangga dengan bendera dan negara kita. Marilah laungkan kata Merdeka dengan semangat patriotik sebagai tanda kita pewaris bangsa. Marilah kita memastikan bahawa air mata kita yang jatuh, malah jika darah sekalipun yang kita tumpahkan, adalah demi negara. Memetik kata salah seoarng pemuisi pada malam itu:
Kita orang Melayu,
Merdeka kerana Alif, Ba dan Ta.
Alif itu agama (Islam),
Ba itu Bangsa (Melayu),
Ta itu Tanah Air (Malaysia).

p/s: Marilah sedekah Al-fatihah untuk pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang negara, para tentera, polis dan setiap perwira yang berkorban nyawa demi tanah air kita yang tercinta ini, Al-fatihah.

Wednesday, August 24, 2005

Migraine Headache

A migraine headache is a severe pain felt on one, and sometimes, both sides of the head (emh..ada,ada rasa nih). The pain is mostly in the front around the temples or behind one eye or ear (ya..selalu sakit belah tuh). Besides pain, you may have nausea and vomiting, and be very sensitive to light and sound(takdelah muntah2, tapi light sensitive ahh, bunyi2an ok). Migraine can occur any time of the day, though it often starts in the morning (tak jugak start pagi, kadang2 tu main belasah sukahati dia je nak datang). The pain can last a few hours or up to one or two days(Sigh...).

Setelah "mendiagnosis" diri sendiri, saya rasa ada jugak simptom2 migraine nih kat diri yang satu ni. Kesian kepala, kesian badan. Tak boleh nak amik Paracetamol, nanti effect kat hati yang jugak tak berapa baik nih pulak. Itulah..lepas satu, satu.
Besar betul dugaan berkaitan dengan penyakit ni. Badan yang baik adalah impian setiap daripada kita. Masa kecik2 dulu, walaupun aktif, jika dah besar(dewasa) amalan kesihatan yang baik tidak dilakukan, seperti makan dengan betul dan amalan senaman, badan yang nak pakai lama ni boleh jatuh sakit ooh.. Tetapi sebenarnya, pokok utama kepada maslah kesihatan ii adalah apa yang kita makan. Sebab, setiap zat makanan yang masuk dalam badan kita sebenarnya menyumbang kepada pembentukan badan kita. Daripada protein yang kita makan, tisu2 baru akan dibentuk dan yang rosak akan diperbaiki, karbohidrat pula akan menjanakan tenaga untuk aktiviti fizikal badan.
Lemak. Orang selalu mengaitkan lemak sebagai punca penyakit. Hakikat umumnya, lemak penting untuk metabolisme badan. Tak semua lemak adalah "lemak jahat", yang mebawa penyakit. Kalau kita belajar lebih jauh, ada dua kategori lemak atau bahasa yang selalu kita dengar lemak ialah cholestrol, jadi ada 2 jenis cholestrol. Iaitu LDL (Low density lipoprotein) dan HDL (High density lipoprotein). Dua2 ni kita makan setiap hari. Tapi salah satu adalah "lemak jahat" yang kita patut kurangkan. Ianya adalah LDL. LDL yang berlebihan ini boleh meyebabkan berlaku pembentukan atherosclerosis (iaitu salur darah tersumbat dengan LDL nih). Akibatnya , kita boleh kena serangan jantung dan darah tinggi.
Berbalik kepada apa yang kita makan tadi, sebenarnya kita selalu tak kisah dengan apa yang kita makan. Goreng2 nih dah jadik macam satu tabiat harian kita. Ditambah pulak dengan masakan lemak2 yang bagi kita sungguh menyelerakan. Itu tak kira lagi dengan fast food yang rajin kita makan. Semua ni adalah sumber kepada masalah dalam badan kita dikemudian hari.
Jadi, apa nak buat nih?
Nak kena berhenti makan apa? Kepala makin sakit, dan ditambah sakit lagi bila tengok harga untuk makanan diet, huh.. mahal giler! Macam mana nak diet?

Saturday, August 20, 2005

fotopages mafiaries

Emh..
Teruja jugak tengok fotopages orang lain. Walaupun skill photography masih ditahap sangat rendah, tetapi selain daripada jealous tengok orang lain punya online album, semangat nak mintak orang lain kongsi komen (dan kongsi tengok gambar), pun adalah jugak.
Apa pun, silalah lawati:

http://mafiaries.fotopages.com/

p/s: buat masa ni lum banyak gambar lagik. dan kebanyakan gambar pun, personal jek. ada masa, nanti upload gambar AF punya Konsert kat TwelveSI. Ayyway,comments are welcome.


Tuesday, August 16, 2005

6 finalist Akademi Fantasia 3

Bertempat di Atmosphere, TwelveSI, Kuala Lumpur, pada 14 Ogos 2005. Masa yang dicatatkan di tiket masuk adalah dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Tiket; Eina beli top up Hotlink RM10, dapat satu tiket. Beli dua top up RM10, dapat dua tiket; satu untuk saya, satu untuk dia.

Huh, demi Konsert Eksklusif AF3, kami meredah hujan lebat yang turun sejak jam 2.oo petang. Saya yang memandu Kancil dalam hujan, dan Eina melilau mata melihat tepi2 jalan kerana kedua2 kami tak tahu kat manalah terletaknya Atmosphere, TwelveSI ni. Dan akhirnya...selepas satu round pusingan tak jauh daripada Hard Rock, kami menjumpai tempat tu. [Dah banyak kali lalu di Jalan Sultan Ismail tu menghala ke KLCC, tak pernahnya saya ambil tahu nama kelab2 kat situ]. Nasiblah, banner2 Hotlink memberi petunjuk kepada tempat tu. Kemudiannya kami mencari parking kereta. Hujan semakin lebat. Ditambah pulak dengan angin yang bertiup dengan sungguh kuat. [Rahmatnya hujan petang itu, bila jerubu yang melanda Lembah Kelang sejak seminggu yang lalu, telah semakin berkurang selepas itu].
Kami beratur.Bertolak2an.Serbu ke pentas. dan basah!
Kata pukul 3.oo petang, tapi lambat sungguh untuk mula! Sehingga lebih kurang hampir ke jam 4.00 petang, barulah persembahan bermula. Si deejay yang tak habis-habis kata persembahan akan bermula sebentar lagi, dan berulang-ulang memainkan lagu baru Hotlink (oleh Siti Nurhaliza), rasa macam nak campak kasut jer kat dia. Ces...


Felix memulakan persembahan yang hangat (dalam itu, saya sebenarnya sangat kesejukan...hujan membasahkan kasut, seluar, batu etc..sigh...) dengan lagu daripada Amuk - "Matahari". Felix, naib juara AF3 ni, memang suka lagu rock gamaknya. Overall persembahan Felix biasa jer, takder tarik2 suara macam lagu "Tiada Lagi Kidungmu" dan "Hukum Karma". relax2 jer. Tapi oklah.



Kemudian, duo Kefli dan Yazer menyanyikan lagu "Hati Emas". Sebenarnya sessi ni untuk Kefli, tapi biasalah si Yazer, back up singer untuk Kefli. Tapi Yazer memang penyanyi yang baik, sebab apabila sessi dia..dengan suara rock serak2 basah tuh, layan lagu "Pupus", peghh... memang layan. Kata yazer, dia pernah bertepuk sebelah tangan [Jadi sapa nak bertepuk tangan ngan Yazer, sila angkat tangan... Err, Eina, awak takleh angkat tangan.]Dan masa Kefli dan Yazer menyanyi kat pentas nih, cam biasa, perempuan2 jerit2. Sigh...

Alamak...(hati cair..hati cair..tolong!tolong!)

Marsha lah.

Heheh.. Marsha nyanyi lagu Saloma/Sheila Majid-alamak, lupa lak nama lagu tu.tapi lagu tu Marsha nyanyi masa final AF3 itu hari. Cuma masa ni, lupa lak tajuk dia. Sesiapa yang ingat, tolong refresh saya...Masa Marsha nyanyi, ada pulak "mamat" ni siap naik atas pentas untuk bergelek2 lak. Ces..mentang2 la Marsha nih bersukan (sporting, lah).

Amylea yang kecik comel, [serius, memang kecik jer adik ni] menyanyi kan lagu final concertnya, Sweet Child O'mine (original singer, the coolest rock band -Guns and Roses).

Yeah!Yeah! Lompat! Lompat! Cam best jer. Ada satu shot tu, Amylea memang dekat giler ngan saya, dan siap head banging lagik tu. Dapat la wat short movie ngan digital camera tu..

Dan akhir sekali, lepas orang menjerit2 panggil nama mamat ni (sejak mula konsert), dan entah berapa kali si deejay nih suruh jerit "World!!!", barulah Mawi keluar. Mawi nyanyi lagu Jawa (dia yang cakap) bertajuk "Beautiful Maria". Ala, cam kita tengok kat tv gak. Adalah perasaan macam dicubit2 oleh Marlia Musa, cam kat diari tu. Mawi kata, world2 jugak, akhirat jangan lupa. Mawi siap ajak semua berselawat keatas Rasulullah (S.A.W) dalam Atmosphere, TwelveSI tu. Huh, bergegar!

Personally, saya memang rasa dia ni something jugak ah.

Dan persembahan berakhir dengan lagu "Menuju Puncak" dan sesi beramah mesra (alah... tangkap2 gambar, sign2 autograph) antara 6 finalist ni ngan 30 penonton bertuah (yang mana diorang ni telah dipilih sebelum konsert bermula untuk naik ke atas pentas, dan kemudian kena jadi model Hotlink dengan melakukan catwalk, bergelek dangdut, dan menari hindustan dengan lagu Kuch2 Hota Hai)... Mana2 yang tak dapat naik tu, duduk la kat bawah tunggu2, kalau2 ada peluang naik.

Saya dan Eina... blah jer dari situ lepas Eina naik pentas tangkap2 gambar ngan diorang.

Hujan dah berhenti, jam dah dekat 6.oo petang. Eksklusif? Emh..

Note: adalah beberapa shots lagi gambar, tak tahu nak post kat mana. Friendster ker, photopages ker, tapi kalau dah ada link nanti, sesapa nak tengok, boleh la...

Saturday, August 13, 2005

Ungu Violet

"Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendakap penuh harapan
Tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
Tuk memilikimu"

Menghayati satu lagi buah tangan karya artisan Indo, mengetuk pintu hati untuk mencatatkan satu lagi perasaan indah yang berjaya diekspresikan dilayar perak dengan baik sekali. Bermula dengan starting cerita yang mempunyai konflik kepada watak utmanya, Lando dan bersambungan hingga ke akhir cerita, Ungu Violet membawa kita ke suatu daerah yang sebenarnya "biasa" dihati kita (walaupun kita tidak berada di tanah air yang sama dengan mereka). Kerana persoalan ceritanya sangat universal iaitu : CINTA. Kisah cinta yang diangkat bersama-sama sedikit sebanyak nilai kekeluargaan, seni tari bumi Indo dan juga tarikan actress utamanya, Dian (sebagai Kalin). Sebenarnya Ungu Violet adalah sebuah cerita biasa.

Cuma apa yang menjadikan ianya luar biasa (pada pandangan mata ini) ialah, kisahnya adalah seperti kisah kebanyakannya daripada kita. Yang ada cita-cita untuk memperbaiki diri, mencari kerja yang lebih baik untuk membantu keluarga, tentang ada antara kita yang sempit fikir akalnya bila menghadapi sesuatu penyakit hingga sanggup menolak keindahan cinta, dan juga tentang kita yang sering kali terperangkap dalam perasaan cinta.

Bertanya pada Eina, scene mana paling dingati:
"Scene Kalin mengintai Lando dari booth tiket"
Dan mafiaries:
"Scene Kalin dan Lando, memegang titik hujan bersama-sama dalam mata Kalin tertutup oleh kebutaannya dan hanya tangan Lando mengarahkan tangannya pada titis hujan"
[Perasaan percaya pada orang yang kita sayang, membolehkan walau dalam mata yang tertutup, kita mampu merasai indahnya sesuatu itu tanpa perlu melihat].

** Nanti bila anda menonton, perhatikan scene-scene ini ya! **

Ungu Violet berakhir dengan satu perasaan cinta yang mendalam. (Indah). Mungkin itu satu perkataan yang terbaik dapat dituliskan untuk menilai kehadiran Ungu Violet ditengah-tengah perasaan cinta yang kadang-kala terusik oleh perkara-perkara kecil. Betapa Ungu Violet mencetuskan perasaan menghargai keluarga, meghargai insan yang menyayangi kita, dan mempertahankan persahabatan.





Begitu sempitnya waktu,
Begitu besarnya cinta.

Gambar petikan daripada filem Ungu-Violet adalah milik Sinemart Production.

Tuesday, August 09, 2005

Fenomena Mawi



Petang ini, masa dihabiskan dengan melayari website http://mawifc.com , lamatweb untuk peminat2 Mawi - Akademi Fantasia 3.

Emh, sudah hampir 2 hari berlalu.Hingga sekarang fenomena Tsumawi tetap terus diperkatakan. Dan hari ini, semasa menjengah ke kedai sekejap untuk membeli makanan tengah hari, hampir semua surat khabar mempunyai tulisan masing2 mengenai Mawi. Sungguh fenomena lah mamat ni. Cuma tertarik dengan sebuah akhbar tempatan, yang turut meletakkan cerita Mawi dimuka depannya. Bezanya, perspektif penulisan mereka adalah melalui cerita daripada tunang Mawi (emh..comel jugak...). Kata tunang Mawi, dia tahu Mawi tak kan lupa janji. Janji Mawi pada dia sebelum Mawi masuk AF3. Dan juga dia turut menceritakan mengenai saat-saat perkenalannya dengan Mawi (bagaimana jumpa, dimana jumpa, apa Mawi ajar dia..etc .

Dan di website MawiFC.. banyaklah mula mempertaruhkan komen tentang sikap tunang Mawi yang sungguh naif, menceritakan kisahnya dan Mawi. Nak baca komen2 tu. Pergilah layari site http://mawifc.com. Tapi perlu diingatkan, kena daftar dulu sebagai FC. Macam mana saya tahu? heh, saya pun dah daftar sebagai MawiFC!

Hahahahahahahahahah! Mawi.....World!


@Alamanda Putrajaya. Posted by Picasa

Sunday, August 07, 2005

Stress

Agak tertekan sedikit minggu ini.
Dan di 3R (best jugak series yang dah banyak menang award nih..walaupun fokus utama sesuatu isu tu pada wanita) ironinya, turut membincangkan perkara yang sama.
Stress ni dah jadi macam satu rencah dalam hidup. Kata salah seorang pengacara 3R tu, budak umur 5 tahun pun boleh rasa stress sekarang nih. Macam saya, dah nampak punca nya. Kalau nak cakap kerja/assignment yang banyak, kan dah jadi lumrah, banyak kerja jadikan kita "lebih" dewasa. Dan banyak kerja buat dahi kita akan makin berkerut, dan kerut tu kan buat kita nampak semakin dewasa.. hahahaha (entah apa ntah!)
Sebenarnya: [Ni penyakit malas dan tak pandai bahagi masa]. Dua benda yang dok datang kat dalam diri, pastu bawak kepada penyakit suka tido.. Huh, salah satu nikmat hidup yang indah ialah tidur yang lama. Nampak sangat, kalau statement ni ada orang lain quote, akan jadi statement yang paling mengarut. [Pesanan ikhlas untuk diri sendiri]. Bukan tak tahu, tidur yang paling baik adalah tidur yang betul. Walau tempoh masanya sedikit, tapi yang penting kualiti.
Bercakap pasal stress ni, teringat pada Diman dan Dya.
Dua orang kawan yang sedang berhadapan dengan masa sukar (masa stress?) masing2.

Diman: Aku harap ko dapat menghadapi "perkara manis dalam dunia" tu dengan baik. Aku tahu ko tengah rindu [eh, dah lepas 3hari dah kan?] pada silangsat, dan dalam masa yang sama berhadapan dengan perkara ko ngan cik m**u - aku harap semakin ber+ baik. Aku ikhlas bila kata ko seorang kawan yang baik. Walaupun kita sekejap jer kenal, aku senang ngan ko. Walaupun kita tak pernah lantit bersama lagi, tapi aku tahu bila tiba masanya nanti, sebagai seorang yang baik, ko pasti akan belanja aku... heheheheh... Anyway bro, my best wishes to you and silangsat!

Dya: Saya harap awak tabah hadapi kesukaran sekarang nih. Saya doakan abah awak cepat sembuh jugak. Macam saya selalu kata, awak kena kuat. Untuk mak awak. Adik2 awak. You're the pillar of your family. Tiba2 saya rasa, ada baiknya jika awak tak pergi jauh ke mana2 sekarang ni. Mungkin stabilkan sedikit keadaan. Kalau awak rasa saya boleh membantu... you know how to get me.

Emh.. selepas menulis kepada 2kawan nih, terasa satu kelegaan dihati. Stress jadi sikit kendur...